Posts

Showing posts from March, 2013

The 4x4 Offroad

Image
Bosan dengan aktiviti hujung minggu? Berminat untuk meredah hutan dengan pacuan 4 roda? Disini anda boleh mencuba aktiviti lasak ini.  http://www.groupon.my/deals/klang-valley-selangor/four-by-four-off-road-princess/715956540 4x4 Off Road Princess Meet-up point:  Kolam Air Panas Hulu Tamu,  Pahlawan Hulu Tamu,  Batang Kali,  Selangor . Perjalanan kami dari Ampang ke Batang Kali mengambil masa 45 minit. Kami sampai awal dan selepas 20 minit ada kumpulan kedua pula yang sampai untuk bersama-sama melakukan aktiviti ini. 4x4 Jeep dah sampai Kami melakukan aktiviti di peringkat asas ( Light & Easy ), iaitu bagi mereka yang baru pertama kali untuk mempelajari cara teknik pemanduan 4x4 yang betul dan selamat. Kepada sesiapa yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman memandu secara lasak ni, mesti mempunyai lesen memandu dan boleh bawa kereta manual. Kami memang tak nak lepaskan peluang ni la. Nasib baik semua boleh bawak manual. 

The Cave

Image
Anda pernah meneroka ke dalam Gua? Jika belum, mari saya membawa anda meneroka ke dalam Gua Tempurung. Gua Tempurung terletak di Perak di antara Gopeng dan Kampar, kira-kira 36 kilometer ke selatan bandar raya Ipoh, ia merupakan antara destinasi menarik yang wajar dikunjungi. Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagtit dan stalagmit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air dan kandungan batu kapur dan marmar. Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia dan menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun luar negara. Pemandangan di sekitar tol Kampar  Perjalanan dari KL ke Perak sejauh 180 KM mengambil masa selama lebih kurang 3 jam.  Kami bergerak selepas solat Subuh dan sampai lebih kurang dalam pukul 9.15 pagi.  Ahli rombongan kami seramai 20 orang dan kami bergerak dengan menaiki 2 buah v