The Canopy Walk


Ape tu 'Canopy Walk'?





'Canopy Walk' adalah laluan berkanopi dari pokok ke pokok dan anda akan terasa seperti berada di atas awang-awangan..Macam 'Walking on air'.

Terletak di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) atau pun dipanggil Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Ia adalah kawasan Hutan Simpan Bukit Lagong seluas 485 hektar yang dibina pada tahun 1992 untuk kajian saintifik flora & fauna.Pada Februari 2009, ia diwartakan sebagai Taman Warisan Semulajadi di bawah Akta Warisan Kebangsaan (Akta 645).

Dianggarkan terdapat kira-kira 15 juta pokok terpelihara di situ dan dibahagikan kepada 2,500 spesies yang berlainan.

Lokasi FRIM di Kepong dan perjalanan dari PJ ke Kepong kira-kira 28 km & mengambil masa dalam 45 minit sahaja. Tak jauh pun..

Ade 'Climbing Clinic' masa kami sampai di situ.



Panjat jangan tak panjat
Tengok je macam senang...cube try test..hehe

Climbing Clinic
Sebelum mulakan perjalanan, ade sedikit briefing daripada staff di FRIM.


Lepas briefing sume nampaknye dah x sabar nak start.
Taman Herba


Sebelum sampai ke Canopy Walk, kene Hiking dulu.. 

Dongak sahaja kepala ke atas, boleh tengok himpunan pokok-pokok kapur setinggi 20 hingga 30 meter.
Mata terpaku melihat keunikan kanopi rimbunan daun-daunnya yang seakan-akan membentuk sebuah jigsaw puzzle. Cantik kan..


Terdapat dua cara untuk sampai ke Canopy Walkway. Yang paling mudah (tetapi agak jauh) laluan adalah untuk mengikuti 'Rover Track' iaitu laluan mendatar berbukit dan setelah beberapa ketika anda akan melihat papan tanda yang jelas arah ke Titian Kanopi.


Jalan lagi satu lebih dekat tetapi agak curam dan lebih berbatu-batu. Anda juga boleh memandu sehingga ke kawasan berkelah dan meletak kereta anda di sana.
Kalau sesat boleh ikut peta ni

Sebelum naik, bergambar dulu..

Yeah, I'm ready!



Mula-mula, jalan mendatar je..konon-konon tak mencabarlah..
Sampai di tengah-tengah, dah start laluan berbatu & berbukit.Huh..mengah jugak..
Come on Guys..
Tinggi lagi ni
Rehat dulu

Perjalanan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai di atas bukit.Pokok-pokok hutan yang besar dan menjulang tinggi memberikan suasana redup di sekeliling menyebabkan pendakian sejauh 500 meter itu tidak begitu memenatkan.

Canopy Walkway
Waktu Operasi

Titian Kanopi ni dibuka dari jam 9.30 pagi sampai 2.30 petang, kecuali hari Isnin dan Jumaat ditutup. Pendaftaran terakhir pada pukul 1.30 petang.

Kalau dah lewat sangat tak boleh masuk dah..Kalau hujan lebat pun akan ditutup dan dibuka semula selepas 2 jam.



Tiket-tiket
Untuk beli & tempah tiket di FRIM One Stop Centre. Harga tiket murah je..mai2 sini ramai2...


Harga tiket :

  • RM 10.00 (Bukan Warganegara)
  • RM 5.00 (Warganegara)
  • RM 3.00 (Pelajar 13 tahun ke atas - Tunjuk kad pelajar)
  • RM 1.00 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah

Satu 'pitstop' hanya boleh muat untuk 4 orang sahaja


Awin, Yus, Nadz & Anne
Excited!

Finally, dah sampai..Dengan ketinggian 300 meter dari aras laut dan 30 meter dari aras tanah, terasa gayat sekejap.. 

Terletak di antara puncak Bukit Lagong dan Bukit Hari, laluan ni sepanjang 150 meter digantung dari pokok ke pokok.


Ade brani pandang bawah?hehe...
Yus cover muka cuak..haha


Posing dulu.. 

Hati-hati Anne..

Feel2 macam Autumn in My Heart...Tiba2 daun-daun  sume berguguran...
Laluan Kanopi yang tertinggi di antara pokok-pokok


Boleh nampak view seluruh KL

Boleh nampak view Gunung-ganang

Pemandangan yang sangat cantik...Terpesona!

Huh mencabar jugak nak sampai kt sini, berpeloh-peloh Yus!

Nice View Awin!

Yeay, I'm Finally here - Anne

Dah nak turun dah

Laluan untuk turun agak mencabar. Kene melalui laluan yang agak curam dan berbatu. Ketaq lutut mak oi!

Bajet ala-ala model pulak si Yus ni..haha

Kemane kita?

Lepak kejap di Kawasan Air Terjun..Chill~


FRIM memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari lebih lanjut tentang hutan dan pada masa yang sama bersantai di persekitaran yang tidak tercemar.


Akhirnya sampai sudah kt bawah

Pokok-pokok ni sangat cantik. 'Feeling2' macam dalam cerita TWILIGHT



Info pelawat :

Tempat-tempat yang boleh dilawati selain daripada Canopy Walk

• Denai Keruing & Denai Salleh
• Air terjun & kawasan perkelahan Sungai Kroh
• Kawasan Berpaya 
• Muzium 
• Insectarium 
• Rumah tradisional 
• Pusat Pembelajaran Alam Semulajadi 
• Arboreta

Pose di Rumah Terengganu



Pengunjung ke sini juga boleh melihat keunikan seni bina beberapa rumah tradisional Melayu yang dipamerkan seperti Rumah Tradisional Terengganu



Ada gaya x?..hehe

Stylo..

Dara Pingitan

Tips untuk aktiviti ini
:


1) Pakai pakaian sukan : t-shirt, track suit, kasut sukan
2) Bawa tuala
3) Bawa air mineral
4) Bawa makanan jika ingin berkelah di kawasan perkelahan
5) Bawa pakaian lebih jika ingin mandi di kawasan air terjun
6) Bawa kamera untuk mengambil gambar-gambar yang menarik di Titian Kanopi dan di sekitar kawasan Frim



Done my list #12



Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah