Posts

Showing posts from April, 2013

Air Terjun Sg Chilling

Image
Hai uolls!..  Teringin tak, nak mandi di sungai bersama ikan-ikan? Dengan rombongan geng-geng bas sekolah yang diketuai oleh Pendi, moh kita ke Air Terjun Sungai Chilling! .  Air Terjun Sungai Chilling ni terletak di daerah Hulu Selangor dan berdekatan dengan bandar Kuala Kubu Bharu (KKB). Perjalanan dari PJ ke KKB mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Melalui Subang, ikut jalan menghala ke Ipoh dan Rawang. Nak dekat sampai di KKB, ambil jalan ke arah Fraser Hill.  Pemandangan di sepanjang perjalanan ke Sungai Chiling dari Kuala Kubu Bharu sangat memukau kerana anda akan melintasi sebuah tasik yang sangat luas yang dikenali sebagai Empangan Sungai Selangor.  Yeay dah sampai! Peace yo! Air terjun Sungai Chiling ni dikatakan antara air terjun tercantik di negeri Selangor dan merupakan santuari ikan kelah di bawah jagaan jabatan perikanan.  Kerana ianya pusat pemuliharaan ikan kelah, maka tidak dibenarkan untuk membawa sebarang ala