Air Terjun Sg Chilling



Hai uolls!.. 




Teringin tak, nak mandi di sungai bersama ikan-ikan? Dengan rombongan geng-geng bas sekolah yang diketuai oleh Pendi, moh kita ke Air Terjun Sungai Chilling!

Air Terjun Sungai Chilling ni terletak di daerah Hulu Selangor dan berdekatan dengan bandar Kuala Kubu Bharu (KKB). Perjalanan dari PJ ke KKB mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Melalui Subang, ikut jalan menghala ke Ipoh dan Rawang. Nak dekat sampai di KKB, ambil jalan ke arah Fraser Hill. 

Pemandangan di sepanjang perjalanan ke Sungai Chiling dari Kuala Kubu Bharu sangat memukau kerana anda akan melintasi sebuah tasik yang sangat luas yang dikenali sebagai Empangan Sungai Selangor. 

Yeay dah sampai!

Peace yo!
Air terjun Sungai Chiling ni dikatakan antara air terjun tercantik di negeri Selangor dan merupakan santuari ikan kelah di bawah jagaan jabatan perikanan. 

Kerana ianya pusat pemuliharaan ikan kelah, maka tidak dibenarkan untuk membawa sebarang alat menangkap ikan atau memancing ke sini. Sungai ini berada di dalam Hutan Simpan Kekal yang diwartakan oleh Kerajaan Selangor.

Ikan-ikan, kami datang!
Dah nampak je pintu gerbang, apa lagi sume muka masing-masing dah teruja!. Park je kereta di bahu jalan. Perjalanan dari pintu masuk ke tapak perkhemahan hanya mengambil masa 15 minit sahaja dengan berjalan kaki.

Hi saya Zuliana!
Selamat Datang ke Air Terjun Sungai Chilling!
Bayar-bayar

Dah sampai kena register dulu. Bayaran dikenakan sebanyak RM1 seorang. Kalau nak berkhemah di sini, sebanyak RM3 dikenakan setiap seorang untuk satu malam.


Sungai Chilling ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.


Kite, Lendz, Pendi (ketua rombongan) & Zue



Disebabkan kami semua ni first time datang sini, kami pun tak tahulah macam mana perjalanan nak ke air terjun tu. Kami follow aje Pendi. 




Fuh, laluanya berliku-liku, penuh onak duri, sempit , berbukit, masuk di celah – celah pokok dan meredah arus sungai yang agak deras. Memang adventure. 

Yang bestnya, aku pakai selipar je & selipar aku hampir putus. Korang tak cakap awal-awal trek dia mencabar, kalau tak aku dah pakai kasut boot aku!..haha

Angkat beg masing-masing, nanti basah!
Perjalanan untuk ke air terjun mengambil masa lebih kurang hampir 1 jam. Dengan muatan berat barang-barang makanan, khemah, tikar dan sebagainya kami pun redah aje lah.


Sorry kawan-kawan. Tikar  & roti yang aku pegang tu dah basah..hehe



Titi gantung berhampiran tapak perkhemahan merupakan lintasan sungai pertama dari enam lintasan kesemuanya yang harus dilalui. Huh, penat jugak nak redah sungai ni. Ada yang cetek, ada yang dalam sampai paras pinggang. 


Yang menariknya, sepanjang perjalanan merentasi sungai ni, terdapat banyak sangat ikan!


Wowwww!!!..

Akhirnya, sampai jugak di Air Terjun Sungai Chilling! Woww, pemandangan yang sangat cantik dan mempesonakan! 

Di sungai Chiling terdapat 3 air terjun kesemuanya. Namun air terjun yang pertama ini adalah yang paling tinggi. Kami pun tak sabar dah nak terjun dalam air tu..huuuu sejuk!

Chill sangat!
Semua dah kebuluran...makanan-makanan!
Banyaknya ikan!
What a wonderful world!
Gelojoh la ikan-ikan ni!

Sambil berkelah, makan-makan dan menikmati pemandangan, kami terleka dengan ikan-ikan yang sangat banyak yang berenang-renang disekeliling kami. Rasa macam ‘fish spa’ pulak. Hehee..Roti yang kami bawak last-last, bagi ikan makan.



Zue & Nadz
Aweks-aweks hot!...haha
Tadaaa!
Ape tu??
Geng-geng bas sekolah
Tu dia ikan.....


Lepas dah puas bersukaria mandi-manda semua, kami pun bersiap-siap nak berangkat pulang. Kene la redah laluan yang sama macam tadi. Huh...Come on!




Penatnye.!..chill kejap
Ni jenis pokok periuk kera yang tergantung 
Ni jenis pokok periuk kera yang menjalar atas tanah

Sepanjang trek perjalanan, kami menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat di sekeliling kami. 

kena redah sungai lagi...



Dah sampai di tapak perkhemahan laluan masuk tadi, kami pun salin pakaian dan solat. Disini ada kemudahan seperti pondok wakaf, tandas dan surau.



Semua dah bertukar!
Indahnya cuaca.....


Dah alang-alang dekat sini, kami pun bercadang untuk naik ke Bukit Fraser. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam jugak nak sampai, dengan jalan yang bersimpang siur..Fuh,pening kepala aku! 


Kami sampai pun dah lewat nak dekat pukul 6 petang. Rasa macam dekat oversea je..sejuk sangat dengan hujan renyai-renyai! Dah menggigil aku kesejukan!

Berkabus...Muka tahan sejuk ni..hehe



In a Nutshell, Air Terjun Sungai Chilling ni memang terbaik!



ENJOY!


Completed my list #5



 



Comments

  1. Menarik sungguh air terjun sungai chiling nie.. boleh try.. boleh camping tu yg lagi best :D
    harap boleh sampai sana suatu hari nanti ..:D

    ReplyDelete
  2. information yang berguna dan menarik

    ReplyDelete
  3. boleh camping ye? tapi semalam je la? bukit fraser memang dekat sangat ke dengan air terjun sg chilling tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh camping tp dkt bhgn depan je..bukit fraser dah mmg dkt je dgn bukit fraser tu...hehee

      Delete
  4. best! sy pernah smpai jugak kt sini dengan kawan2 matrik bercamping di sini. tadabbur alam yang sangat menenangkan dan pengalaman yang lastlong dalam memori ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah