KL Fabulous Food Hunt



Mari memburu makanan!...



Kumpulan kami "Sapphire" - Nadz, Diana, Musz & Fik bersedia menakluk KL demi makanan!...woooo!


 Ayuh!




Life & Times Travel KL Fabulous Food Hunt 2012 telah diadakan untuk kali ke-2, dengan lebih 150 pasukan mendaftar untuk hadiah berjumlah sehingga RM 14000. 



Semua pasukan akan bersaing antara satu sama lain dengan hanya menggunakan pengangkutan awam seperti teksi, LRT, monorel, bas ( rasanya tak ade pasukan yang naik bas kot!......hehee...) dan pasukan pertama dengan stamps yang lengkap dalam pasport mereka akan menang!

 Dengar macam senang je kan?


Peace Yo!
Diana & Nadz
Lepak dulu di kedai mamak konon-konon merangka strategi baek punye, sementara menunggu flag off. Kami pun tak tau macam mane soalannya nanti sebab ni first time masuk. So tak de nak expect tinggi sangat la..hehee

Fik & Musz
Semua dah sediakan perut!..Yeahh!
We are 'Sapphire' team
Sesi Photogroup sebelum flag off @ 10 am
Ni first challenge. 

Photo Hunt



Kebanyakan jawapan terletak di dalam Pasar Seni itu sendiri, dan kami selesai selepas lebih kurang 25 minit. Terdapat 9 soalan berkaitan dengan makanan dan restoran dan 1 soalan umum.


 Memang dah lama aku tak datang sini, dan semua dah lain. Rasa kali terakhir aku datang sini pun zaman-zaman sekolah dulu...heheee


Korang boleh teka tak gambar tu??
Yang ni macam susah sikit..
Ni la antara jawapan untuk Photo Hunt tadi

Dengan melengkapkan tugas ini barulah anda akan mendapat 'pasport' anda, petunjuk kepada di mana anda perlu pergi seterusnya.



Ni la passport kami, team no 94


CP 1 - Roti Canai Mamak



Tempat: Restoran Annexe Nasi Kandar, Central Market
Tugas: Menghabiskan 3 keping roti canai dan segelas teh tarik



Ramainya orang....


Tengok macam senang. Kami telah pakat suruh Fik makan dulu. Tak sempat nak kunyah pun, telan je roti canai tu..nasib baik tak tercekik.heheee



Disebabkan cabaran first ni perlu kami lalui sebelum ke cabaran seterusnya, ramai yang mengeluh kene beratur panjang. Dan masa jugak banyak terbuang disini..aduhhh!

Dah abis je cabaran ni..jom lari!


Fik sedang bertungkus lumus menghabiskan roti canai 


Kami pun susun strategi untuk pergi ke check point yang paling jauh. Kami bercadang untuk naik train. Ready dengan touch & go masing-masing, sampai aje train dengan gelojohnya, kami terus naik.............



Sekali salah naik la, train ni nak menghala ke mana tah....hahahaa

Kami pun patah balik..Aishh...memang tertinggal lah....hehee

Sementara cari tempat makan ni, ada task jugak yang perlu kami selesaikan. Ambil gambar ketika train sedang bergerak dan ambil gambar di signboard Taman Melati.

CP 2, 3, 4 - Taman Melati Utama

Tempat 1 : Restoran Upin Ipin
Tugas : Makan nasi ayam sepinggan & segelas jus oren




Disebabkan dalam tu sesak semua orang tengah berebut nak makan, tak sempat aku nak snap gambar ko Musz...hehee

Tempat 2 : Steamboat
Tugas : Makan 4 cucuk



Diana tengah kat belakang tu makan steam boat, korang posing baek punye kat sini ek...hahaa



Tempat 3 : Sate Kajang Haji Samuri
Tugas : Makan 10 cucuk



Gelojoh aku nak habiskan satay 10 cucuk tu!


Dah habis kat sini, bergegas pulak ke Rampai Business Park. Kami naik teksi je. Pak cik ni pulak bawak teksi slow giler, bawak jalan jauh pulak tu...



Ish..Psiko betul!..dah la pasang lagu tamil...pening2!

CP 5 - Rampai Business Park 

Tempat : Restoran Wahab
Tugas: Makan Mee Rebus & Cendol.


Ni la kedai cendol yang femes tu
Fik cool je...tak payah gelojoh sangat


CP 6 - Kg. Baru (Sebelah stesen LRT Dang Wangi)

Tempat : R.A. Nasi Lemak, Kg. Baru
Tugas: Makan 2 portion Nasi Lemak & Teh O



Banyak giler nasi tu...tapi Diana stay rileks je...



CP 7 -Nasi campur Norizan, Kampung Baru



Tugas : Makan nasi campur lauk ikan rebus, sambal belacan, ulam raja & Jering

Musz masih lapar & tanpa berlengah volunteer diri untuk makan. 
Ha, hambek ko kene makan jering!......
First time makan jering tu!..hahahaa...Pahit hattuiihhhh!

Tak sanggup nak gigit, telan aje jering tu, lepas tu minum air....ahhhh!...

Dah habis tu, terus la berlari, lari & lari lagi...
Nasib baik tak muntah je...Semput!



Muka tahan pahit!...hahahaa


CP 8 - Fierce Curry House, Jalan Kemuja, Bangsar Utama



Sampai je kat sini, makanan dah habis. Kami pun antara group2 yang terkebelakang..hahaaa

Kami diberi penalti 5 minit, pastu terus chow!

CP 9 - Best Western Premier Dua Sentral Hotel.





Akhirnya sampai jugak di check point last...Ahhh cantiknye view kat sini..


Bersantai tepi swimming pool sambil minum petang. Rasa nak terjun je dalam kolam tu sebab kami tengah berpeluh-peluh, marathon tadi..hahaa

Chill je atas ni...Angin sepoi-sepoi bahasa


Lepas dah lepak-lepak sume, tibalah acara penyampaian hadiah. Walaupun tak menang dan juga tak bertuah untuk cabutan bertuah, kami tetap pulang dengan perut kenyang dan gembira!....

Dapat sijil penyertaan..hehee

Certificate of Participation

Next time kita masuk lagi!...


Done my list #17



Comments

  1. salam.. saya pun ada join gak :) tahun ni dia kata nak buat 26 Oct. :)

    ReplyDelete
  2. salam.. saya pun ada join gak :) tahun ni dia kata nak buat 26 Oct. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke..nak masuk lagi la..hehee..kat mana ye dia buat tahun ni?

      Delete
    2. start, abis kat dataran. so senang nak target :) good luck!

      Delete
  3. wah ! best laa.. xfactor tapi alaa food hunt .. hehe.. sronok ny..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang macam explorace la tapi task dia makan2...hehee..best2!

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah