Posts

Showing posts from June, 2013

Jalan-jalan Bukit Tinggi

Image
Assalamualaikum...

Kali ni, aku & da geng nak pegi jalan-jalan kat Bukit Tinggi. Bukan yang kat Indon tu, tapi kat Malaysia je. Perjalanan tak jauh sangat, dalam 45 minit je dari KL.  Lalu highway Karak-Kuantan tu pastu ade Plaza Tol Gombak, RM5. Tak susah pun nak ke Bukit Tinggi ni. Ikut je signboard tu. Lepas tu rapat ke kiri, ambil simpang ke Bukit Tinggi.

Tadaaaa......dah sampai!
Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort ni ialah tempat peranginan di Pahang berdekatan Genting Highlands. Ia terkenal dengan kampung tema Perancis, Colmar Tropicale.
Di sini kena bayar tiket masuk. Dewasa RM12.00/pax . Tiket ni valid untuk masuk selama satu hari (boleh keluar masuk banyak kali). Tiket ni boleh access ke Colmar Tropicale, Japanese Village dan Botanical Garden.
Tempat ni dibina berdasarkan bangunan sebenar di Alsace, Perancis. Pattern bangunannya hampir kesemuanya mengikut seni bina hiasan bangunan di Perancis dan membawa kembali ke zaman era romantis benua Eropah pada abad ke-16. Chewahh…

Nisfu Syaaban

Image
Assalamualaikum

Salam Nisfu Syaaban.
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. 

Nisfu Sya'ban 
1) Waktu mujarab untuk pohon Allah akan ampunkan dosa-dosa kita.. 2) Waktu mujarab untuk pohon Allah murahkan rezeki kita.. 3) Waktu mujarab untuk pohon bebas dari segala kesulitan/bala/kesusahan

Malam Nisfu Syaaban, Malam Pengampunan
 Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya."

Doa murah rezeki :



 Semoga Allah mengampuni dosa kita, dipanjangkan umur dengan sihat, diluaskan rezeki dan sentiasa didalam taufik hidayah serta rahmat dari NYA..a…

Hiking & Paragliding di Bukit Jugra

Image
Assalamualaikum..




People see Jugra Hill, We see Mole Hill!






Hi Uolls, What's up?!..Kali ni aku nak pergi hiking & Paragliding kat Bukit jugra. Ermm.. kat mane tu ye?? Bukit Jugra ni terletak di Kuala Langat, Selangor. Perjalanan aku, Ana & Diana dari PJ ke Jugra ni mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Kami lalu ikut SKVE dan ade exit ke Banting. Dari exit Banting ni, dah masuk kawasan-kawasan kampung dan sampai terus je ke Jugra. 

Dah sampai kat meet up point, kami terus la register nama & dapat tag. Ade jugak budak-budak 'Best Program' dari Sime Darby Plantation Academy yang join untuk aktiviti ni. Lagi ramai, lagi best!



Sebelum start aktiviti ni, kene la buat warm up dulu. Kalau tak, mau cramp kaki nak mendaki bukit ni. Lepas tu, kami pun start jalan kaki dan sampai kat laluan untuk mendaki. Kene naik tangga dulu. Dah macam kat Batu Caves je..Hahaa..


Masa hiking ni, masing-masing akan dapat satu kertas yang menunjukkan tentang pokok-pokok herba yang dah d…