Hiking & Paragliding di Bukit Jugra




Assalamualaikum..





People see Jugra Hill, We see Mole Hill!






Hi Uolls, What's up?!..Kali ni aku nak pergi hiking & Paragliding kat Bukit jugra. Ermm.. kat mane tu ye?? Bukit Jugra ni terletak di Kuala Langat, Selangor. Perjalanan aku, Ana & Diana dari PJ ke Jugra ni mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Kami lalu ikut SKVE dan ade exit ke Banting. Dari exit Banting ni, dah masuk kawasan-kawasan kampung dan sampai terus je ke Jugra. 

Masing-masing dapat tag name
Dah sampai kat meet up point, kami terus la register nama & dapat tag. Ade jugak budak-budak 'Best Program' dari Sime Darby Plantation Academy yang join untuk aktiviti ni. Lagi ramai, lagi best!



Sebelum start aktiviti ni, kene la buat warm up dulu. Kalau tak, mau cramp kaki nak mendaki bukit ni. Lepas tu, kami pun start jalan kaki dan sampai kat laluan untuk mendaki. Kene naik tangga dulu. Dah macam kat Batu Caves je..Hahaa..

Kami dah ready nak naik tangga kat belakang tu..

Masa hiking ni, masing-masing akan dapat satu kertas yang menunjukkan tentang pokok-pokok herba yang dah dorang tanda sepanjang laluan trek ni. Dapat la sedikit knowledge pasal pokok-pokok ni. Yang aku ingat, kalau korang demam ke, badan panas ke, boleh la amik akar lalang, pastu rebus & minum. Nak tau berkesan ke tak, boleh la cube kat rumah. Hehee

Macam mane Pokok Meranti Laut ade dalam hutan erk?? lol
Huh, tinggi lagi ni nak daki!..

Fuhh, agak mencabar jugak hiking kat bukit ni. Berpeluh dah macam mandi dah. Dah sampai kat atas tu, memang best. Ni macam tempat kubu tinggalan askar & polis satu mase dulu. Nak masuk sini kene la dapat kebenaran dulu, kalau tak nanti dianggap penceroboh tak pasal-pasal kene tangkap. Kami tak bersalah pak!..Mih3..



Sempat aje budak-budak ni nak mencelah..hahaa
Budak kat belakang tu pelik tengok dorang ni terlebih excited!
Tinggi nau kau lombat dik!..Hahaa
Yeah!
Kenape aku tibe-tibe jadi kecik??
Mungkin dah turun 3kilo mase daki bukit tadi..Hahaa

Cool ja kat sini..Macam lapang sasar!
Three of us!
Yang lain huru-hara pantang nampak kamera!...
Ce tengok adik baju putih tu, lek2 je!..;P
Gadis & bungee..Tibe-tibe terselit jugak 3 mamat bunge kat situ!
The 3 Musketeers!
Behind the marksman! Sape nak kene tembak??
Beret-beret tinggalan, jom buat "Seekers" kat sini..Ade bran??..haha
Pasukan Khas TUDM..Ayuh Kita Gempur Wira!
Are You Ready Girls?!

Skang kita masuk hutan balik & belajar skit pasal teknik-teknik asas untuk survivor dalam hutan. Brother ni memang dah expert bab2 duduk dalam hutan ni. Memang kagum dengan pengalaman dan kepakaran dia. Lepas tu, ade dorang sediakan makanan yang dimasak dalam hutan. Masak sup gune buluh, ayam bakar & telur ayam masak dalam tanah. Sedappp!

Aku ingat ke lemang dalam buluh tu, rupa-rupanya sup ayam woo!
Jemput makan!
Lepas dah makan sikit, kami semua pun bergerak menuju ke Bukit Jugra. Kat sini ade Rumah Api. Menara konkrit putih ni mempunyai ketinggian 25 meter yang lengkap dengan sistem pencahayaan, dibina pada tahun 1976. Rumah api ini sangat strategik, memandang ke arah Selat Melaka, memainkan peranan yang sangat penting kepada jurumudi dan nakhoda kapal di laut. Ia berdiri pada ketinggian 146 meter atas paras laut dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia.


Rumah Api Bukit Jugra

Mengikut sejarah, ketika zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859 hingga 1898, Bukit Jugra ni telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor pada ketika itu. 


Fungsi rumah api suatu ketika dahulu adalah memberi kemudahan kepada para pedagang atau pelayar untuk keluar masuk ke pelabuhan terutama pada waktu malam. Namun, kini rumah api tidak lagi digunakan dan hanya dijadikan sebagai bahan sejarah untuk generasi kini dan akan datang. 


See the horizon?? Awesome babe!
Tadaaa..! Di Ufuk Bukit Jugra..Sangat Cantik!

Bukit Jugra ni menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Dari sini boleh nampak jugak Pulau Carey & Pantai Klanang.




Sebelum nak main sukan Paragliding ni, kene la dengar briefing dulu. Yang penting keselamatan masa nak terbang nanti. Taklimat ringkas mengenai luncur udara ni diberi oleh Orkid Jamilah dan Kapten (B) Ikhwan Azillah.

Kami dah ready!..ai ai kapten!


Kami terbang ni dengan bantuan jurulatih berpengalaman atau di panggil tandem. Kami ni cam jadi penumpang, dan segala pengendalian dilakukan oleh jurulatih. Relaks je...Kami jugak diberi sebuah kamera kecik untuk merakam apa je pergerakan semasa di udara. So memang tak leh cover la muke ko cuak ke, pening ke, gayat ke..kih3

Ana tengah bersiap untuk berlepas..

Tengah camwhore sorang-sorang..
Orang pertama yang akan terbang, Ana aka Emilin. Ramai supporters budak ni kat belakang tu..Semua tengah bersorak!.Glemer seyh!.Hahaa


Skang turn aku pulak...huhuu
Dah complete pakai sume.. Tak sabar dah ni nak flyyy!
Ready with 'go pro' to take off!
I believe I can fly, I believe I can touch da sky....~
Terbang bebas!

Terbaikkk!

Keseronokan sebenar meluncur dapat dirasai bila sorang demi sorang dibawak berlegar ke udara mengelilingi kawasan ni. Difahamkan pergerakan peluncur udara ni sebenarnya banyak bergantung pada kemahiran membaca perubahan cuaca melalui pergerakan awan dan kekuatan angin.

Lagi kuat angin, lagi lame la boleh terbang..Aku sempat la terbang dalam 2 minit lebih..Sekejap sangat..huhuu..Rasa nak terbang lagiiii!!!!...


Bersiap-siap
Turn Diana plak...
3,2,1 Flyyyy!
Sudut terbaekkk!


Jom layan Video nih! Keh3...




In a nutshell, my very #1 bucket list mission accomplished! Super excited, awesome & wonderful experience bile dapat terbang di udara. Best weyh! Korang tak teringin ke, ade berani, bile lagi mau cuba?? Heheee..




Toodles!






Comments

  1. Replies
    1. Jangan pegi skang..Pegi pas jerebu dah reda..Patot pegi..Best!!!..Klu x rugi le voucher ko tu..hehee

      Delete
  2. "mcm mne nk kawal?? mcm senang je?" aku harap ko xkawal bnde n nad..nyawa ko amat bhrge.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa..don't worry Bonzer!..Klu nk bwk payung terjun ni kene ade lesen..So klu aku nak kawal sendiri kne blaja dulu la..amik lesen sume..hehe

      Delete
  3. bestnyaaaaaaaaaa...nk jugakkkk..!

    ReplyDelete
  4. berapa byran paragliding tu ye

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Nak pi naik skygliding tu kena byr berapa

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Nak contact person kat sana..siap hiking tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubungi saya Khairuddin Jaffar @KJ 0133057558.
      Pelbagai pakej di sediakan termasuk sarapan pagi dan makan tengahari.

      Delete
  9. 100% Safe to visit Nepal after the Earthquake Annapurna Base Camp story I was this trek on starting June 01th and Back Kathmandu 14th June 2015

    Nepal is safe for traveling! According to the information from various sources such as Trekking Agencies Association (TAAN) and Nepal Tourism Board, Everest Base Camp and Annapurna Base Camp, Annapurna Circuit , Upper Mustang ,Dolpa, , Kanchenjunga Trek ,Ghorepani Poon hill, Jomsom Trek and Rara are safe for trekking, Pokhara tour, Chitwan safari tour, and Lumbini tour . Therefore, I personally went up to the Annapurna Base Camp on the first week of June. The purpose is to access the condition of the trek as to ensure the safety of the clients in the upcoming autumn season trek from September to November. The condition of the mountain is safe. All the lodges still good. The mountains still look beautiful as before. Do not hesitate to put Nepal as your travel wish list in next season. The beautiful country awaits you to visit. You support will help the country to rebuilt. http://www.nepalguideinfo.com/safe-to-visit-nepal-after-the-earthquake-annapurna-base-camp/
    http://www.nepalguideinfo.com
    http://www.neaplplanettreks.com
    Email:sanjibtrekguide@gmail.com

    ReplyDelete
  10. kalau nak pergi lagi ke Bukit Jugra boleh hubungi saya Khairuddin Jaffar @ 013 3057558. kami menawarkan pakej siap makan dan minum.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah