Jalan jalan Melaka part 1



Assalamualaikum...


Hari ni aku nak buat edisi khas 'Photojournalism'. “Photojournalism” ni leh buat uolls lebih faham apa yang ingin aku sampaikan dengan melihat foto-foto ni. Lokasinya di sekitar Bandaraya Bersejarah - Melaka. 

Bak kata pepatah 'A picture is worth a thousand words'......


Let's check it out!

Saranghaeyo
Ke mane kite?
Tengok nih!
Kalau dah sampai Klebang, ni memang destinasi wajib! Pekena 'Coconut Shake' time cuaca tengah panas memang umphhh!!!! xde tandingan lah...Memang kat sini dia punye 'Coconut Shake' & nasi lemak memang terbaekkk! Layan habis......


Lokasi kedai :

Jalan Klebang, Taman Klebang Jaya, Melaka
Waktu : 2.00 ptg - 6.30 ptg


Lepas dah full tank masing2, jom lepak tepi pantai tengok sunset!


Potrait


Tukang tangkap gambaq
Ni la our official photographer aka Mr Cha'in. Hehehhh....Dia memang terer & hebat bab2 amik gambar & edit2 nih. Dia selalu je amik gambar untuk photoshoot kawen ke, tunang ke, party @ ape2 je function...Sume boleh...Tengok je lah hasil sudut terbaik dia, memang marvellous & superbb! 

Pic kredit to Mr Cha'in. Thumbs up!

Like a pro!
kami posing je...mih3
Vedi Vini Vici
Touch the sun!
Syok woo layan perasaan sambil tgk sunset!.......hahahhh
When sun goes down, I feel the light betrayed me....beneath my skin! ';p


"Someday you will find the one who will watch every sunrise with you until the sunset of your life."

– Unknown


Ombak
Twilight zone

Kalau ke Melaka..tak sah kalau tak pekena asam pedas kan. Jom makan!



Lokasi di:

Asam Pedas Claypot @ Restoran Kota Laksamana 1
86, Jalan Laksamana 3,Taman Kota Laksamana,75200 Melaka.
GPS: +2° 11' 41.10", +102° 14' 38.94"



Rasa dia...erm ok2 je..Sedap lagi asam pedas mak aku la...hahaaa....
So next aktiviti...

Jom karaoke!


A Go Go TV Karaoke, The Jetty, Melaka

Three Wise Friends
"See no evil, Hear no evil, Speak no evil"
Karok sampai lebam kat tengah laut Melaka!...Kene naik Buggie car nak sampai kat tempat karok ni. Bilik karok tu ada tingkap kaca besar, jadi boleh karok sambil tengok pemandangan luar & tengok air laut.
Terbaik!

Pagi2 pegi breakfast tambah lemak! keh3
Huarghhhh!! Tanjat burung2 tuh!...hahaa
Tolong2!!!!...

Cover perut!...hhahaaa
Next station, bandar hilir....
A' Famosa
The Porta de Santiago
Aku & Shida


Lokasi seterusnya :

Melaka International Bowling Centre (MIBC)

Kompleks ni dilengkapi 52 lorong merupakan kompleks boling terbesar di Malaysia dan rantau Asia, dilengkapi kemudahan boling bertaraf dunia.


Fusyooh style ah bro nih!
Memang best tempat bowling ni...Feel like world class walaupun main asyik masuk longkang je! miahahhha

Melaka Planetarium


Tiket masuk untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas RM5 (<7 tahun percuma) dan dewasa RM10. 


Dalam kubah tu ade tayangan video 3D..Rasa macam kat angkasa lepas....

Satelit
Den kocik2 cito2 mau jadi angkasawan.....
Feeling2 dalam kapal angkasa macam dalam citer Star Wars ;P
Peace!
Melaka River Cruise

cantik lukisan mural kat guest house ni
kincir air
menyusuri Sungai Melaka dengan bot

Lepas dah sejuk2 kene angin malam atas bot, skang jom mandi kat 

Kolam Air Panas Gadek di Alor Gajah


Kolam ni dibuka 24 jam..Walaupun dah pukul 12.00 tengah malam still ramai orang. Bayarannya RM 5.00 bagi dewasa dan RM 3.00 bagi kanak-kanak.

Hot Spring

Kolam air panas ini diyakini dapat memulih kesihatan pesakit seperti mengeringkan kesan luka dan bagi mereka yang lumpuh, air panas ini dapat membantu kelancaran aliran darah.


Lokasi seterusnya, sambung dalam part 2....Stay tuned ok!..heheee

Comments

  1. wahhh bestnye.. dah lama tak g melaka.. pantai tu kat mane sis? done follow u sis.. hope sis sudi follow blog saya balik.. thanks :) keep posting ya :)

    http://eiylaqasandra.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best! Erm..pantai tu xigt la ape nme dia tp dia lepas dr pantai klebang...hehee...TQ..i follow u back k!

      Delete
  2. wahhh bestnye:) suka travel eh? suka x kalau dapat free trip?
    nnt singgah tgk blog noly ye
    www.nolyanna.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape xsuke klu dpt free trip kan...hehee..Dah singgah ;)

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah