Dunia Fesyen


Assalamualaikum


Let's talk about fashion!


1. Ready to Wear / Pret-a-Porter

Kebanyakan fesyen yang kita lihat di butik adalah koleksi yang disebut ready to wear @ pret-a-porter dalam bahasa Perancis atau busana pakai siap. Biasanya koleksi ini dibuat dengan standard clothing size (misalnya S,M,L, dll) dan sudah siap sedia di kedai-kedai dalam kuantiti yang banyak.



2. Haute Couture

Istilah bagi busana anggun, high dressmaking @ high fashion. Gaun busana anggun hanya akan dibuat berdasarkan tempahan dan dibuat sesuai dengan saiz pelanggan @ custom made. Ia sememangnya mewah, eksklusif, berkualiti tinggi dan pastinya one of a kind.



3. Fashion Season Spring/Summer, Fall/Winter

Trend fashion masih ditentukan oleh negara-negara Barat yang mempunyai empat musim. Jadi dunia fesyen pun masih mengikuti keperluan pakaian mereka yang tinggal di sana. Dalam setahun fashion label pasti akan mempersembahkan dua fashion show besar iaitu Spring/Summer dan Fall/Winter.


4 . Fashion Faux Pas


 "faux pas" dalam bahasa Perancis bermaksud pelanggaran yang dilakukan melawan norma- norma sosial yang ada, adat, atau etika.

Manakala " fashion faux pas " bermaksud ketika seseorang terjebak dalam situasi salah memakai pakaian @ kostum, atau penampilannya tidak sesuai dengan dress code atau trend pada waktu itu.


5. Androgynous Style

Paduan gaya maskulin dan feminin @ gaya boyish. Androgyny atau androgini adalah gaya yang diilhamkan dari pakaian lelaki. Beberapa fashion item yang boleh dipadankan jika ingin mencuba style ini adalah blazer, seluar, bow tie, dan oxford shoes .


6 . Avant Garde

 Busana bernafas avant garde adalah sesuatu yang inovatif dan eksperimental dalam rekabentuk dan tekhnik penghasilannya. Fesyen avant garde menembusi batasan konvensional dari segi kelaziman berpakaian dan mewujudkan reka bentuknya sendiri dengan cara unik, aneh dan hanya diperagakan di pentas peragaan fesyen.





Comments

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!

Thailand part 6 - Jim Thompson Farm

Castella Cafe, Gerik, Perak!