Mari Beroutdoor : Caving + White Water Rafting


Assalamualaikum.....


Hallo2!...Rasa macam sudah lame xupdate blog...haha.. Baru-baru ni aku berkesempatan buat aktiviti outdoor yang memang dah lame aku mengidam nak buat...Nak tau aktiviti apa?? 


Let's check it out yo!


Go Pro Bro!
Sebenarnya aku join event ni atas pelawaan sorang member aku mase study kat Uni dulu (BOB). Dulu aku dah pernah explore Gua Tempurung ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Gua Tempurung, boleh usha entry ni. 


Aleeya, Nowa & Nadz
Kami semua bertolak dari KL dalam pukul 5.30 pagi & regroup di R&R Rawang untuk solat subuh & kat sini Team2 Urban Escape berkumpul. 

Walaupun kitaorang sume tidak mengenali antara satu sama lain tetapi ini tidak mematahkan semangat yang ternyata sangat membara untuk buat aktiviti outdoor ni...hehee


 Kitaorang berkonvoi dalam 4-5 biji kereta & sampai ke Gua Tempurung lebih kurang pukul 9.15. Selepas bersarapan & sedikit taklimat, bermulalah aktiviti menjelajah gua tempurung.

Crawling in the dark

Untuk aktiviti meneroka gua atau dipanggil 'spelunking' kali ni, kitaorg amik pakej 'Top of the World'. Perjalanan ambik masa lebih kurang 2 jam pergi & balik. 


steady bro!
Melihat keunikan dan keindahan ciptaan Yang Maha Esa yang tersimpan nun jauh di dalam gua ni memang cukup mengujakan. Keletihan meneroka dengan laluan yang mencabar bagaikan terbayar.

Hati-hati dengan batu2 tajam atas kepala tu kak! hehehh....
Stalactite formations
pelombong2 bijih timah sedang berehat. ;p...hahaa
with bro Ajib, our guider!

Pelbagai rupa bentuk stalactite & stalagmite yang boleh dijumpai dalam gua ni. Sangat cantik & unik.


Semua berjaya keluar dengan selamat...keh3

Urban Escape!

Skang ready untuk aktiviti kedua. Semua nampaknye dah tak sabar dah nak menempuh cabaran Berakit Arus Deras atau lebih glamour lagi di sebut White Water Rafting. yeehaaaa!


tunjuk ape tu Bob?? hahaa...
Untuk ke kawasan sungai di Ulu Gerundum, kami kene menaiki lori lebih kurang setengah jam. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik dengan gunung ganang dan kawasan kampung yang bersih.

hello, adrenaline junkies!

Sukan rekreasi yang membabitkan aktiviti melawan arus deras air sungai ni mula mendapat tempat di hati pencinta sukan lasak bermula pertengahan tahun 1970-an.


Aktiviti berakit diperkenalkan sebagai sukan utama dalam Munich Olympic Games pada tahun yang sama.


aku dah ready ni!..hehee
Masa paling baik untuk melakukan aktiviti ni ialah selepas hujan lebat apabila paras air naik. Bagaimanapun, bagi pendatang baru macam kitaorang ni, yang ingin mencuba tanpa perlu berjuang melawan arus deras, musim kemarau adalah masa paling sesuai.


Antara lokasi lain untuk aktiviti ni adalah Sungai Padas dan Sungai Kiulu, Sabah; Sungai Sungkai di Perak, Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru, Sungai Endau, Jeram Besu dan Sungai Lipis di Pahang; Sungai Telom di Cameron Highland dan Sungai Tembeling di Taman Negara Pahang.

jeram yang perlu ditempuhi

Mengikut kalendar "Rafting", bulan February bukanlah bulan yang terbaik untuk mengadakan aktiviti ini, antara bulan yang menjadi kegemaran untuk aktiviti ini adalah bulan Disember setiap tahun. Ini kerana selalunya kuantiti air dan kedaan jeram ketika bulan itu sangat memberansangkan selalin mengalami fenomena "air besar" yang menjanjikan cabaran yang lebih banyak dan menarik.




Setibanya disini kami diberikan taklimat sebelum aktiviti dijalankan iaitu mengenai 'water confident', ianya adalah keadaan dimana jika kami terjatuh dari 'raft' dan berada dalam air.


raft instructor tengah warm up
tengah tunggu turn masing2...semua muka cuak!...keh3
ketika ni kami dilepaskan seorang demi seorang merasai sendiri keadaan didalam air dan melalui jeram yang memang menengelamkan dan memaksa 'meminum' keenakan air sungai. hahaaa....

bro Ajib tengah buat demo water confident

Lepas tu, semua nampaknya dah tak sabar nak start. Kitaorang dipecah kepada 4 kumpulan.


1 rakit ada 4-5 orang dan mesti ada seorang 'guide' atau 'rafter' yang berpengalaman akan memberikan arahan kepada peserta dalam kumpulan seperti 'forward' 'backward' 'boom boom' 'jump jump' 'on your job' mengikut keadaan jeram dan air dihadapan. 


Group 1
Group 2
Group 3. Ni group aku yang suke sangat jump-jump...hahaa
Group 4
Dengan bro insrtuctor yang sempoi, giler2 & memang best!
aktiviti ni meningkatkan semangat berpasukan dan mampu mengekalkan stamina badan.



Di sesetengah tempat, terdapat sedikit masalah apabila bot tersangkut di celah-celah batu akibat air sungai yang rendah & cetek ketika musim panas & kemarau ni. Agak meletihkan jugak untuk cuba melepaskan bot dari batu-batu tersebut. Jenoh aihh asyik kene jump-jump, move forward, backward sume...phewwww! lenguh tangan bak ang!

yeayyyhhh!

Tak sah aktiviti ni kalau tak jatuh dalam air, bot terbalik (capsize) atau pengalaman genting bot menjunam dari jeram yang ektrem itu. Ade satu mase tu, bro instructor group aku, sengaja buat2 bot terbalik, berpusing2  takpun tarik kitaorang jatuh dalam air. Agak penat nak naik balik atas bot, tapi memang bestttt! hahaa....


take a break!
we want more! we want more!
muka keletihan geng jump-jump! hahaa
berkemas sebelum pulang
Owooo....balik kampung.....



Sebelom sume pulang, kitaorang sempat membuat post mortem untuk aktiviti kali ini. Nampaknya semua sangat berpuas hati dengan pakej yang disediakan. Dengan harga RM180 ni memang sangat berbaloi dengan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Tidak sabar rasanya menanti aktiviti lain pulak. Ape yang paling penting adalah kami sume enjoy!



Jom layan video ni!




In a nutshell, done my list. senarai baldi saya #3.

Comments

  1. Cewah... Seronokkan? Lama x beraktiviti masuk gua n berakit di air putih. Hehe... Teruskan! I like :)

    ReplyDelete
  2. tak pernah buat rafting lagi.. but seem interesting ya! =)

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat