Jalan-jalan Langkawi Part 2



Assalamualaikum.....


Kitaorang dah sampai pon di Pulau Langkawi. Kami stay di Pekan Kuah 1 malam kat Hotel Havana ke Gabana tah... haha.. Signboard pon tulis salah da!.. Esok pagi terus check-out & teruskan aktiviti menjelajah ape yang menarik kat Langkawi ni...

Let's check it out!



Tempat first yang kitaorang nak pergi, naik kereta kabel Langkawi di Gunung Mat Cincang. Pejalanan lebih kurang 30minit dari Pekan Kuah tadi.

Korang akan jumpa Oriental Village dulu, sebelum sampai ke pintu masuk nak naik ke kereta kabel ni..




Harga Normal Tiket Kereta Kabel Langkawi ni:

Adult = RM30 (with Mykad = RM15)
Child = RM20 (with Mykad = RM10)

Disebabkan nak tunggu turn naik cable car lambat lagi, kitaorang layan dulu 6D Cinemotion.




Harga asal RM18 (adult) tak silap, tapi kalau amek pakej cable car jadi RM10 je per person.. Ade dapat kupon diskaun. Dulu pernah try gak experience tengok 6D cinema kat i-city Shah Alam.. Kita tengok same ke x? hehehh



3d spec

Melalui 6D motion simulator, korang boleh menikmati filem 3D disamping merasai apa yang dialami oleh watak didalam filem tu seperti angin, air dan pergerakan naik roller coaster. 

Ok yang ni lagi best, korang akan rase electric shock skit kat kaki mase citer roller coaster ni langgar tiang letrik!.. Tanjat nok! Rase cam kene gigit semut. Orang sebelah sana tu, si syaril sampai dah terangkat2 kaki xeh dok diam dah. Yang paling klakar, part last2 tetiba kuar belon air! Ape motif??? xde kaitan ngn citer yg ditayangkan pon!... hahahhhh 



  •  6D Cinemotion
Durasi bagi setiap filem 6D ni lebih kurang 10 minit. kejap jer.. klu lagi lame lagi best! ekekee 


Dah habis layan movie 6D tu, jalan2 jap kat sekitar kedai & makan ice cream, aku sempat la grab souvenier... beli burung helang! 5 hengget jer.. hehe


Welcome to Langkawi Sky Cab!
Did u know??? Now I know!... hehee

Time ni memang giler bapak ramai orang!... Aiseh, cuti sekolah beb! queue pnjg giler brpusing2.. ada sejam gak kot beratur.


Panorama kat atas dari cable car sangat lah cantik! ktorang pergi pagi. Cuaca ala-ala sejuk & berkabus coz baru lepas hujan.



Menggunakan teknologi Swiss, cable car Langkawi ni bawak kitaorang dalam satu perjalanan sejauh 1.7 km sebelum singgah di Stesen Tengah. 

Perjalanan agak menggerunkan sebab kereta kabel ni akan naik dengan curam.


Gayat tak gayat!

Di Kereta Kabel Langkawi ni, ada dua station. 
Pertama, Middle Station. Kedua, Top Station.



Kat middle station, adeh kabus la!... Nampak view samar2 je!..


Angin tiup kabus kejap dalam 5 minit, dapat la tengok permandangan gunung dan bukit serta laut yang menghadap ke Lautan Hindi.

Eriza, Nadz, Eha, Syaril
Diselubungi kabus balik! Aku datang sini dengan harapan setinggi Gunung Mat Cincang tu nak naik Jambatan Gantung/Skybridge. Tapi alangkah kuciwanyer jambatan tu tutup coz under construction. Tapi menurut member2 aku, jambatan tu dah lame pon tutup.. Dah 3 ke 4 taon tah.. Dah xbukak kot! Adeh!... T___T

Selfie dalam kabus!
Gondola hilang dalam kabus! Scary kot!... hehee
Naik atas lagi ke Top Station..Kabus lagi tebal, kali ni lagi dah xnmpk ape2 langsung! Rase macam kat awang-awangan! Putih je sume! Adakah aku sedang bermimpi??!... hahaa


Dok lepak2 dalam 10 minit, pastu turun... Adeh sayang la xdapat tengok view Langkawi kat atas ni... huhuu

Step by step
Nak turun dah!
Mai secawan! Hamboi syoknya hang minom sorang2!

Perjalanan turun rase kejap je...

Di sebalik gunung2 tu, kami berjaya jumpa The Face of Mat Chinchang!

Otw turun dari SkyCab / Oriental Village, sebelum ke destinasi seterusnya, kitorang sempat singgah di Telaga Harbour a.k.a Petronas Quay.


Apa ke tempat Telaga Harbour Park ni kan?

Telaga Harbour Park ni terletak di Pantai Kok. Dulu-dulu Telaga Harbour Park ni adalah perkampungan nelayan tapi sekarang ni dah menjadi salah satu tempat tarikan pelancong kat Langkawi ni. Kat sini gak tempat parking kapal-kapal layar mewah.

Tadaaaa!....
Cantik tempat ni! Teringin lah nak naik yacth tu!


Lepas tu, kami singgah sebentar di Pantai Pasir Hitam untuk mengambil angin. Sepanjang pantai ini pasirnya berwarna hitam. Pasir hitam ini terjadi disebabkan campuran granite, tourmaline, ilmenite dan zircon. Jadinya ianya membezakan dengan pasir-pasir pantai lain di sekitar Pulau Langkawi.


Malaysia merupakan bumi yang bertuah kerana kaya dengan kepelbagaian BIO, Kepelbagaian Bio merangkumi semua benda Hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini, kita semua adalah sebahagian dari jaringan dari kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain.

Iklan tetiba! hahaaa :p

Batuan dari bulan?
Ikan duyung?
Pasir yang berwarna hitam....
Memory Lane!
Luv bird is in the air! ~
Kat seberang sane boleh nampak kilang simen Lafarge! Besaq baq ang!
Pantai Cenang
Salah satu kawasan yang menarik untuk dikunjungi di Langkawi ialah Pantai Cenang. Memang tak rugi duduk hotel atau motel di kawasan Pantai Cenang. Dengan kemeriahan aktivitinya, cukup untuk membuat korang terpesona! Macam lagi best daripada Pantai Ao Nang di Krabi. Serious tak tipu! Kat sini ade Parasailing, jetski, banana boat & macam2 lagi!

Aku teringin nak try Parasailing tu, tp xckp bajet plak. hehee. Next time memang kene datang lagi!

Panaih Lit Lit
Next destination : Dataran Lang

Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka kat sini.




Patung helang ni setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Ni memang tempat wajib singgah la bila dah mendarat kat pulau ni.


helang kecik menyelit!
Tuu dia helang besaq dok bertenggek kat tangan cheq! 


Next destination : Lagenda Langkawi On The Park 

Taman tema yang dikenali sebagai Lagenda Langkawi On The Park dibina bagi mengembalikan kegemilangan sejarah Langkawi.




Taman ni akan menghidupkan kembali peristiwa-peristiwa yang penuh misteri serta lagenda yang penuh romantik yang menjadikan Langkawi sebagai Kepulauan Lagenda.



Langkawi sebagai subjek utama kepada banyak sejarah dan lagenda indah terdiri dari gugusan 99 buah pulau. Cerita dongeng menyatakan Langkawi adalah tempat tinggal roh-roh manakala dalam Hikayat Merong MahaWangsa sebuah buku kesusasteraan klasik menceritakan Langkawi adalah tempat rehat burung Garuda.

Taman Lagenda
Cantik pokok2 ni....

Kitaorang tak jalan sampai dalam pon coz dah xlarat... hehee.. taman ni sangat luas! Macam2 replika lagenda & sejarahnya ade.. Ingat nak balik ke Kedah petang ni jugak, tapi memandangkan macam tak sempat nak beli tiket feri, kitaorang pon stay lagi 1 malam kat sini... 

Melilau jugak la cari hotel ke hostel yang ade... Last2 jumpe homestay Atok Ajib... 1 rumah ade 3 bilik harga RM120 je... murah!



Pagi esoknyer lepak2 dulu kat Pantai Cenang..Konon2 nak tengok sunrise la katenyer....



Dugong terdampar ke? hahaa


Boleh usha kat link ni teratak atok ajib! Berbaloi2... next time datang sini boleh stay sini lagi... Rumah dia luas & selesa. Rase suasana dalam kampung. Nak dok 10 orang pon boleh... hehee...


Kami nak balik dah! Bye2 Langkawi!
Sepanjang perjalanan balik, nampak Sunset di Ladang Tannamaran

In a nutshell, Langkawi memang destinasi yang menarik, kaya dengan mitos & lagendanya. Next time memang kene datang lagi untuk explore lebih banyak tempat & pergi Island hopping, Mangrove Tour, Pulau Payar dlln. Nak pergi ke sempadan Thai pon boleh ke Koh Lipe. Done jugak aku punye bucket list #62, naik kereta kabel, senarai baldi saya


Toodles!



Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah