Road Trip Krabi - Hat yai part 1


Assalamualaikum......


Sawadikap....

Kali ni aku nak story pasal trip aku & the gang pergi Krabi & Hadyai dengan bas. Memang dah lame sebenarnye teringin nak pergi Krabi ni... Bile dah ade gang mengajak, memang on je la.. hehee

kitaorg naik bas double decker dari Pudu pukul 10 malam sampai ke sempadan Bukit Kayu Hitam dalam pukul 7.00 pagi. Kami x boleh tido lena pon sebab sejuk giler dalam bas. hahaa... 

Masa kat sempadan ni kitaorang kene isi borang arrival/departure. Lepas tu kene beratur panjang jugak kat imigresen. Ramai giler orang.. Al-maklumlah mase ni cuti umum hari Buruh.. Sume dok pakat pegi holiday la...hehee..

Kat kaunter borderpass
Bile kitaorg sume dah lepas masuk ke Dannok,Thailand, bas pulak x lepas2 lagi... Byk jugak bas & kenderaan lain yg nak masuk ke Thailand hari tu..  Sementara tunggu bas tu bergerak ikut giliran, kitaorang pon pergi sarapan dulu & sempat lagi jalan2 kat kedai2 sekitar Dannok.

Lepak dulu sambil tunggu bas

Sambil tu, dorang2 ni sempat lagi tapau Pulut Ayam Goreng! Whewww!!! Pulut siam yang cantik dimakan bersama ayam goreng dan bawang goreng ranggup. Sangat lazat! Ayam goreng-nya memang sedap & ade rasa tersendiri. Makan dalam bas sambil menikmati view sepanjang perjalanan nak ke Krabi nanti.. ;)


Dah masuk Thailand, waktu pun turut berubah. Di Thailand, waktunya adalah sejam awal dari Malaysia. Katakan di Malaysia pukul 8.00 pagi, di Thailand baru pukul 7.00 pagi. 


Berjalan2 kat sekitar deretan kedai, kitaorg pon singgah la kat 7- Eleven. Rangkaian 7-Eleven begitu meluas kat Thailand ni. Mana-mana korang pergi mesti ade 7- Eleven. Jarak dia pon berdekatan je antara satu sama lain. Barangan yang dijual kat 7-Eleven di Thailand lebih banyak pilihan dan harganya berpatutan. 


Mentos kegemaran aku... kat sini 10 bath aje!.. sama dengan sehengget.

Penduduk tempatan pon suke ke 7-Eleven. Mungkin sebab banyak benda boleh beli dengan mudah. Macam-macam hade... Kalau terlupa bawak sabun ke ubat gigi ke, boleh beli kat sini... Banyak jugak benda2 miniatur... senang nak bwk pegi travel.. kecik & comey je.


Babi Mild ke Cadbury Mild?
ehhh2 ni sebenarnye sabun mandian utk baby... hahaaaa ;p

Lepas tu sambung perjalanan dari Dannok ke Krabi lebih kurang 4-5 jam lagi... Huhh... sengal otot jugak dok lame2 dalam bas.... ekekeee.. So jarak perjalanan dari KL ke Krabi lebih kurang 817 km.



Untuk makan tengahari, kami singgah dulu kat Trang. Lebih kurang macam R&R la kat Malaysia. Macam-macam makanan jual kat sini. Local products pon ade jual macam kuih2, kerepek, kek & macam2 lagi. Kat dalam hentian ni ada kedai makan halal. Ok jugak makanan kat Hentian Trang ni.


Akhirnya.... sampai jugak kat hotel kitaorg lebih kurang pukul 5 petang.... Krabi Heritage Hotel. Hotel ni terletak di bandar Ao Nang. Klu nak pergi Jalan2 kat town AoNang tu dekat je boleh jalan kaki..



International adapter/plug wajib kena bawak nak wat charge gajet2 canggih korang bile sampai kat hotel. Kalau terlupa bwk boleh je beli kt pekan AoNang tu byk ade jual.. Aku beli 150 bath je..




Bilik dia luas, cantik & selesa. Kami stay 2 malam kat sini.

Ade extra katil untuk melepak2... hehee

View dari balkony memang cantik!


Malam tu, kami pergi dinner kat Restoran hj Ali.
Tempat yg sangat menarik. Restoran terapung atas kolam. Kat kolam tu Hj Ali ade pelihara ikan, ketam dalam sangkar pun ada.


Menu utama of kos la Tomyam Kung Krabi style... hehee..

muka lapaq ni!.. keh3
Awas benda atoh?? errr... J dia dah terjatoh.... hahaa
Kat Krabi ni, klu nak tahu restoran yang halal mesti ade logo bulan & bintang...hehee
Cantik view kat restoran ni...



Skang kite jalan2 kat Ao Nang Walking Street. Deretan beach front shops yang sangat happening pada waktu malam. Kedai-kedai pon banyak yang dibuka pada waktu malam.

Thai Kick boxing! hehehh

Mission kitaorg nk cari waterproof bag. Esoknyer nak pegi island hopping. Jalan dari kedai ke kedai, sampailah satu kedai ni, kitaorg tawar punye tawar dapat beg 5 liter 300bath je. Memang lagi murah dari beli kat Malaysia... ekekee




Tapi kalau beli cenderamata & T-shirt di Ao Nang lebih mahal berbanding di Krabi Town. Sebab sini memang tempat utama tumpuan pelancong.


Bergambar dengan tuk tuk...

Selipar Keyboard... unik!
Macam anak patung anjing... Sebenarnyer anjing betol ni!...hahaa



In a nutshell, Ao Nang memang best dan sesuai untuk rilekskan minda. Esok kita sambung lagi jalan2.....




To be continued.....




Comments

  1. Salam, apa landmark kalau nk ke restoran Haji Ali tu. Saya pernah ke sana pada 2012 tapi dh lupa jalan ke sana.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah