Road Trip Krabi - Hat yai Part 3

Assalamualaikum.....


Hari ni kita sambung lagi road trip nak ke Hat yai pulak. Dari Krabi nak ke Hat yai, kita akan berpatah balik ke Trang. Di pekan kecil Trang ni ada salah satu biggest attraction untuk pelancong. Le Khaokob Cave atau dikenali Ley Cave. "Ley Cave" tu bermaksud "lay down inside the cave".

 Orang2 tempatan panggil gua ni, gua perut naga. Bunyi macam menarik jerr!..macam best jer!!..excited wooo...

Depan pintu masuk 'Le Khaokob Cave'

Masa kitaorang sampai kat sini, orang tengah ramai..Memang peak hour. Tunggu turn nak naik sampan tu lame la jugak lebih kurang sejam lebih.



Sambil2 menunggu tu, boleh la jalan2 kat sekitar kawasan ni. Ade jual2 barang souvenier.


 Sampan ni menggunakan tenaga dan kudrat 2 pendayung... Entrance fee 300bath/boat.

x yah peace sangat lah, jap lagi mau menangis!... hahaaaa
Mula-mula ingatkan naik sampan menyusuri sungai je kan. Kesian kat pakcik ni bersungguh2 dia kayuh sebab kami semua berat2. hehee

Muka ceria je kan sebab tak tau apakah yang bakal kitaorang alami jap lagi.
Semua masih tersenyum..happy je kerana masih boleh duduk tegak di atas sampan...

Masa awal2 naik sampan tu, lalu kat sungai, macam ok gak perhatikan alam sekeliling... rase cam tenang jer... 


Dah nak masuk dalam gua....
Ok dah boleh nampak dah guanya!... Tapi, kitaorang macam errr.... biar betol ni beb??? Seriously, kene masuk kat celah ni ker??? 

Kitaorang disuruh baring.. OMG! Whatt da fish!


"Ok...ok...lay down"... Nak masuk dalam Gua perut naga ni, maka berbaringlah kami....Kembang kempis perut kitaorang dibuatnya....Aduh.. "Don't worry..don't worry. I take care of you..." kata pendayung tu. 


Masuk dalam Dragon's Backbone at Khao Kob Cave dengan penuh suspen!

Dah terlajak masuk kan? Terlajak perahu kali ni memang xleh gostan dah.  Lagipun semua mesti nak merasa pengalaman ni sekali seumur hidup. hahaaa ... Kitaorang disuruh untuk berbaring serendah-rendahnya. Beg pun tak boleh letak atas badan sebab takut tersangkut kat siling gua. Dah la tajam dan berbatu. Memang bahaya. 

Gambar ni amik dr google... Time ni dah xberani nak amik gambar takut terseret tangan & kamera aku skali kat dinding gua ni... hahaa
 Laluan sungai ni cuma muat2 sebuah sampan je sambil dinding gua di tepis oleh pendayung sampan tu untuk membolehkan sampan bergerak.. Rase macam berada dalam kubur pon hade. Mood Insaf sekejap!.. Tak de cahaya...gelap gelita hanya cahaya kecil dari torchlight si pendayung. 
steady hakak2!
Terdengar jeritan dari sampan-sampan lain..Ngeri beb bila batu kapur gua tu berada hampir dengan muka! phewww...tambah2 yang tajam. Macam nak tercucuk perut pon ade. Nak tutup mata...rugi lak rasanya. hahaa


Rasa macam sesak nafas pon ade. Kene dok diam2 je jangan gerak2 mase baring tu takut terkena batu2 tajam yg seinci je dari muka...seram wooiii! Dah la sampan tu kemain laju lagi... dengan xde brek nyerr... ekekee

Dia tak tau ke kitaorang dok kecut perut tengok stalagtik tu..dalam hati dok tanya bila nak abih ni, bila nak keluaq ni?..Sepanjang perjalanan, pendayung sampan cakap berkali2 "don't worry..i will take you out safely. I am professional, trust me". I take care u... I take care u! hahaa...

Pastu rileks jap kat sini, ada laluan pejalan kaki dan boleh tengok stalagtik and stalagmit.. sempat la ambik gambar jap.
Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan, cuma tahap keselamatan kurang la..patut sekurang2nya depa kena sediakan life jaket ke kan..

“Seriously, this is not an adventure for claustrophobics or during rain season”
Akhirnya....lega bila nampak cahaya di luar sana..Seronok tapi klu nak masuk lagi.....errr... haha.. Masa dah abih tu, dia mintak tips.. aku pon bagi la 40bath..



Lepas kuar je dari gua, hujan terus turun dengan lebatnyerr... nasib mase kitaorg kt dalam gua tu hujan x turun lagi... klu tak memang tersangkut la sume coz air makin naik...

Lepak2 dulu sementara tunggu hujan reda.

Muka2 happy dapat keluar dari gua yang scary!.... hahaa
Skang sambung semula perjalanan ke Hat yai yang yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. 


Touchdown Pasar Terapung Klong Hae Market!

Pasar Terapung ni dibuka dari pukol 2 petang hingga 10 mlm dari hari Jumaat hingga Ahad.

Cute nyer makanan ni!
telor kaler pink
Macam2 makanan yang unik serta sedap ade kat sini. Ais kacang dalam mangkok ayam, mangkok siput, mangkok itek dan juga buluh. Bekas tadi boleh bawa balik sebagai cenderamata. Minuman dalam buluh, straw pun buluh. wow unik.

Pau warna warni
Layan eskem kelapa dalam mangkok ayam, tengah cuace panas mmg umphhh!..
Hamboihh hakakk ni sempat lagi berselfie! hahaaa
perghhh... teloq puyuh goreng!.... kaya kolesterol2 nih!
Macam-macam corak bekas tanah liat ada, ultraman, angry bird, hello kitty...

Kalau korang beli air ni, korang boleh bawak balik cawan tu terus. Boleh pilih design mana yang korang berkenan.

Memasing minum air dalam bekas tanah liat. Harga 25-30 bath.

Setelah menempuh perjalanan sejauh lebih kurang 369 km dari Krabi tadi, Kita check in dulu kat BP Grand Tower Hotel, Hat yai.

nice room!
Lepas check in, kitaorang pegi makan kat Restoran Kelantan kat tengah2 bandar Hat yai.


Menu, lagi2 tomyam la...hahaa


Lepas makan, jalan2 cuci mata kat sekitar bandar Hat yai. Meriah jugak night life kat sini. Deretan kedai ade jual macam2 jenis barang start dari pusat beli-belah Odean hingga ke Lee Gardens Plaza.

Ultraman & anak beranaknyerr bergabung!....hahaa
Ade gajah show kat tengah2 jalan.. boleh beli tebu 20-30bath kasi gajah makan..


Only in Thailand je boleh tgk gajah bersiar2 kat jalan raya.. haha


 Malam yang meriah di Hat yai

 

Pink Lady Complex ada jual baju, beg dan lain2. Naik atas sket ada Pink Lady Hotel ada jual 'ayam'. Ahaks! Kat sini ade banyak Tiger Show... hahaa




Sambil jalan-jalan pekan Hadyai, ramai juga tukang urut yang promote spa masing-masing. Last-last kitorang terberhenti kat satu kedai ni. Foot massage 200bath satu jam.

Ulasan, memang terbaik!..sebab nya diorang ni pandai cari point-point penting dalam urat saraf kite tu. Rasa macam geli2 coz first time & sakit mak aihh dia dok tekan2 urat tu!... haha.... kat sini lepas dah urut kaki, diorg akan urut juga belakang badan kita esp kat bahu.. memang rasa lega la lepas tu. kaki pun rasa ringan je.


Morning from Hat yai!

Kitaorang sempat naik Tuk Tuk ke Kim Yong Market. Nak beli2 barang cenderahati sebelum balik ke Malaysia nanti.. hehee



Next destination : Tang Kuan Hill, Songkhla - Dari atas bukit ni boleh lihat seluruh pemandangan bandar Hatyai.

tiket berharga 30 bath
Naik tram macam kat bukit bendera tu nak sampai ke puncak lebih kurang 5 minit.

Be happy for what u have & satisfied with what u get!
rumah api

Love is in the air! ~ chan rak khun

Magnificent 360 degree panoramic view of Songkhla!


Stupa


Walaupun tengah panas terik time tengahari ni, tapi serius cantik giler view kat atas ni!...



Love lock pon hade kat sini... Nak love lock ngan mamat Thai boley tak? 
ekekee.... ;p





Next destination : Samila Beach

  Singgah jap di pantai samila untuk bertemu dengan tuan puteri duyung di Laut China Selatan. Ye, Samila Beach terletak di Laut China Selatan tau bukan Laut Andaman. Tugu berbentuk mermaid, a must visit place kepada sesiapa yang berkunjung ke daerah Songkhla ni. Selalunya berpusu2 orang nak bergambo dengan mermaid ni.

Awww.. sexy mermaid tu! ;p I;m sexy & I know it!...
 Dari Hat yai terus balik ke KL dengan jarak perjalanan sejauh 533 km. Sampai rumah pon nak dekat pukul 6 pagi... hehee.. So total jarak road trip Krabi - Hat yai ialah 1719 km selama 5 hari 4 malam... Satu perjalanan yang panjang & sangat2 best! Yang pasti next time memang kene datang lagi Krabi.


Balik je Malaysia, terus dapat berita Hat yai kene bom! Memang agak terkejut coz tempat2 yang kene bom tu memang tempat yang kitaorang jalan2 pagi tadi dekat dgn train, 7 eleven & deretan kedai2!... Nasib baik kitaorang xde ape2... alhamdulillah..

In a nutshell, kalau nak pergi ke sempadan skang ni kene extra berhati2 la coz tengah bergolak lg kot.. better pergi ramai2 & yang penting utamakan keselamatan sepanjang travel kat sini.


kbye!







Comments

  1. bestnyeeee... :)

    blogwalking sini.. :)

    ReplyDelete
  2. Ya allah seramnya kat gua perut tu ... kalau tetiba runtuh macam mana? kalau tak lalu kot situ tak boleh ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya