Pulau Perhentian Part 1


Assalamualaikum....



26 September 2014, Jumaat

Harini aku nak pergi bekpek ke Pulau Perhentian. Percutian yang dirancang lebih kurang beberapa minggu je. Agak kelam kabut jugak coz masing2 sume tangah bz. Sebelum tu aku sempat la search sikit2 pasal Pulau ni. Kitaorang bertolak dari KL naik bas Sani express. Harga tiket RM50 sehala. Balik keja je terus kelam kabut g bus stop kat Shah Alam. Bas kitaorang pukul 9 tp kul 8.45 still lagi sangkut dalam jem! Damnn! Nasib ade call orang bas tu suh tunggu jap kalau tak memang percutian anganku musnah lah!... bhahaaa....


Konon nak naik atas bas je teruih nak tido tapi masalahnyer xleh tido... Sebabnye gua rase gigilan yang amat sangat. Aircond dia bapak sejukk!... Pakai jaket pon tak mampu menahan kesejukan dalam bas tu.. Tapi ade la sorang mamat tu rileks aje pakai bju lengan pendek & suar pendek!.. kulit buaye ke hape tah! hahaaa...


Pastu bas berenti rehat jap kat Perhentian Merapoh. Time ni rasanya nak dekat pukul 4 pagi. Perut pon lapaq gila tak sempat makan coz terkejar2 nak nek bas. hahaa... Kat sini ramai gak orang coz sume bas pon berenti rehat. Kitaorang pon makan burger je la alas perut.

Surau
27 September 2014, Sabtu

Lebih kurang 8-9 jam perjalanan, dalam pukul 6.45 kitaorang sampai kat Jeti Besut. So lepak dulu kat surau, sembahyang Suboh.


Kalau nak beli ape2 stok makanan ke air ke better korang beli kat jeti jer.. Kalau kat pulau memang mahal r. So kitaorang pon singgah kat 7e beli apa yang patut.

Breakfast dulu... 
Bas Sani Express dua tingkat yang sejuk gilos!
Backpackers Buddies!

Kitaorang pon pergi cari travel agensi yang kitaorang dah book bilik haritu... Klu nak datang walk in je takut gak bilik sume penuh... Coz ni last season sebelum pulau tutup sebab dah nak start monsun.. Masa kitaorang search pon banyak dah bilik yang full house. Memang ramai jugak orang walaupun skang ni bukan peak season. So grab je lah mano nan hado asalkan dalam lingkungan bajet kitaorang! hahaa

Map Pulau Perhentian

Kalau korang nak tau, Pulau Perhentian ni ade dua. Kecik & Besar. Kalau Perhentian Besar ni lebih sesuai untuk korang yang nak mood percutian yang rileks2, beg tarik style, bilik resort yang mewah & cantik. Lebih sesuai untuk nak datang bercuti dengan family.



 Kalau Perhentian Kecik ni lebih sesuai untuk geng2 bekpekers yang adventurous, yang nak cari bilik yang murah & bajet, ada kampung nelayan, tempat yang happening nak lepak2 & ada 'Long Beach' dimana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian.



Masa kitaorang search nak book bilik, kitaorang memang nak stay kat Long Beach. Dah tanye kat sume tempat, Mohsin Chalet, Panorama, Matahari, D'Rock, Bubu, sumenyerr full house. Adehhh.... Pastu kitaorang tengok plak dekat sebelah coral bay, nak try Shari-la pon penuh jugak... Pastu ade la bilik yang available kat Senja Bay.. So amik je la..


Masa kitaorang nak cari travel agensi tadi, ade la sorang mak cik ni... Kitaorang nak tanye nak naik bot kat mane, pastu dia wat kelam-kabut baru nak bukak kedai suboh2 tu terus cakap, melayu tak payah!!! Pekkk, kitaorang pon sentap!!! Padahal nak tanye jerrr.... Hamboihh kerekk gila! Dia nak customer mamat salih ajerrr kekdahnyerr!!... k fine! Cam ade double standard je untuk pelancong tempatan??? hurmmm...

Nak naik feri pon boleh
Kitaorang naik speedboat
Tiket boat ke pulau : RM70 (return). Kitaorang naik speedboat ni memang dah skali dengan pakej. Boat ulang alik masuk ke pulau pulau ini adalah antara 8 pagi hingga 4 petang. Oh ya, jangan lupa, korang akan dikenakan bayaran caj pemuliharaan sebanyak RM5 oleh Taman Laut Negara.

Ni la Senja Bay
Syok giler naik speedboat ni!.. memang adventure! Macam naik roller coaster pon ade... hahaa.. Nasib tak de yang mabuk laut... memang laju dia bawak pastu rasa cam nak terbang bot tu terhempas2 kat air... Melambung-lambung kitaorang sambil terpercik air laut!! splashhh!!! .. hahaa. Dalam setengah jam kitaorang sampai kat Coral bay.

Shari La Island Resort

Untuk sape2 yang mabuk laut, sila prepare ubat tahan mabuk kalau naik boat ni sebab dia punye hentak dengan melambung tu gaya leh muntah dibuatnya!..ubat tu kene makan sebelum naik boat.. hehee


Dah sampai kat jeti, kitaorang kene jalan kaki lebih kurang 10 minit ke chalet. Chalet kitaorang terletak paling hujung nun dia.... 

Sempoi gilerr kedai makan tepi laut nihh!... jangan hanyut dibawa ombak sudah!.. hahaa
Selamberrr ko tolak kerusi tu Syaril! ;p
Senja Bay resort
3 orang bekpekers sedang menuju ke Senja Resort!

Keterujaan melanda melihat air laut yang biru!... wohoooo!

Lepak sat kat beranda sambil tengok view laut!
Check in bilik yang berada di tingkat 3... adeh mengah gak nek tangga dengan muatan berat!... hahaa


Bilik dia ok, bersih & kemas. Untuk 3 hari 2 malam termasuk pakej breakfast 2x, bot return, snorkeling 5 point total RM320 per pax. Memang dalam bajet kitaorang.

toilet pon ok. Ade shower & pemanas air

View depan blik... Redup sebab ade pokok besar
Jom turun!

Lepas dah rehat2 jap kitaorang pon turun. Ape lagi dok snap2 gambar la... Perghhh3... memang lawa giler pantai dia dengan air laut yang sangat2 jernih!

Tadaaaa.....

Meet me & my travel buddy, Eriza, Syaril & my sis, Ana
Sakan posing atas batu! hahaa

Kitaorang pon ingat nak g cari makan dulu kat Long Beach... Nak ke Long Beach tu, kene hiking skit laluan berhutan lebih kurang 15 minit. Tapi trek dia memang dia dah semen pakai batu...

Long Beach

Tadaaaa, ni la syurga backpackers!!.. kalau nak cuci mata tengok makwe² omputih berjemur tu datang la sini..hehe~ Kat sini memang lebih banyak mamat Saleh & Saleha, rase macam kat obersea plak! hahaa



Pantai sini memang lagi best coz bersih & tak de coral


Di Long Beach, Perhentian Kecil terkenal dengan 'beach party' depa. Tiap tiap malam kat sini ada party. 





Pelahap nasik goreng sepinggan dengan dua air kosong! haus giler! hahaa
Lepas dah makan, kitaorang ingat nak pergi kat kincir angin tu. So tengah-tengah hari buta yang panas terik tu, mulalah aktiviti pendakian kitaorang!



Hiking ke Kincir Angin tengah panaih bak ang! Time ni pukul 12 tengahari kot!... hahaa






Hadoi, semput nok!.. mencanak je laluan dia..memang penat.. dalam 30 minit mendaki akhirnya kitaorang pun berjaya la sampai ke puncak bukit..




Nin dia kincir angin yang nak tengok sangat tu! hahaaa

Tak leh masuk pon kat sini coz kawasan dia berpagar...

Windmill, windmill for the land.

Turned forever hand in hand

Take it all in on your stride

It is ticking, falling down

Love forever love is free

Let's turn forever you and me

Windmill, windmill for the land

Is everybody in?

Gorillaz- Feel good inc



The other side, korang akan nampak pemandangan yang amat amat amat menakjubkan! ko tengok bape kali amat!...... Tengoklah!.....


This is Para Para Paradise!!!

Memang berbaloi r ko berpeluh, berpanas terbakorr dapat tengok view yang indah macam ni! Seriouslyyy!!!

Welcome to Maldives!... Eh Perhentian jerr... hahaa

Hoiii memang sebiru warna laut!

Best nyerr klu leh naik yatch tu...
Jeti ni dah senget sikit tenggelam... mungkin kene ombak kuat



And dreamed of para- para- paradise~

Gambar2 ni aku amik guna SJCAM. Kalau nak tengok2 pasal kamera SJCAM ni, leh usha sini Review actioncam sjcam red sj4000 wifi


Memang puas la bila dah sampai ke sini.. ada pondok melepak pulak!..macam tau2 aje kitaorang nak melepak.. Naik bukit tadi terus dah lapar balik.. patut bawak makanan leh berkelah kat sini.. Ni hiking sehelai sepinggang jerrr!... Bravo kawan2!....  hahaa



dari pondok tu ada tangga yang turun ke bawah sampai ke gigi air..tangga dia..fuh tinggi jugak! tidak syak lagi macam tangga batu caves..hehe~


This could be para- para- paradise

test gayat tak gayat.. hahaa
Menikmati keindahan alam ciptaan tuhan! Subhanallah~



Cantik angat tangatt!


Korang kene hati-hati la bila turun tangga kat sini coz banyak anak tangga yang dah reput, berlobang & goyang2... Sayang, tempat ni macam terbiar je...






Aku gebang kat member aku cakap ni kat Maldives!... depa caya... hak3... ;p
the sky are blue~


Breathtaking view!!!
  Tengok air dia jernih kaler turqoise k! Sila abaikan sampah2 kat batu tu... Ni depa dok wat party liaq la ni kat sini malam2... Ish3....








Nak turun platform ini pun letih juga. Sebab bersimpang-simpang tangga dia sebelum sampai bawah. Tapi bila dah dapat mandi kat bawah tu barulah puas hati dan hilang semua-semua penat. Memang best mandi kat sini!!





Ni la platform sape2 yang berani nak terjun terus dari sini... 
Tangga ni pon nak mereput ni... hati-hati gak kalau nak turun kat sini




It was indeed the most amazing view yang aku pernah tengok setakat ni!!!. Memang cantik giler la kat sini. Kat Malaysia ni banyak lagi tempat yang lawa2 aku tak explore lagi... Tak payah nak pergi jauh2 kat obersea tu... hahaa













Selepas penat hiking & turun beribu2 anak tangga, eh sampai ribu kerr... sampai-sampai bawah terus terjun ke laut. Panas pun panas la. Sapa boleh tahan tengok laut yang jernih cenggitu. Rugi la kalau tengok je. Mesti rasa nak mandi bekorbar-kobarnya.



Sapa tererr berenang leh r terjun kat platform belakang tu...



Pedih mata... hahaa


Obor-obor





Obor-obor lagi!
Crystal Clear waterrr!



Dah penat main air dok terpikir camne nak balik???... Nak patah balik ke naik tangga sume... Adehhh macam tak larat jerrr!... Letih weyhhh!... Lek-lek jap, pastu sampai pulak bot bawak orang mandi2 kat sini.. apalagi kitaorang pon tumpang dorang r balik ke long beach!.. bayar 5 hengget sorang... hahaaa



Bye2 windmill!

Muka sudah sunburnn! alkisahnye pakai sunblock ke idak memang tak berkesan kalau dah cuaca panas terik memancar..



Panorama senja di Senja Bay



Beautiful sunset!

Makan ko tiaw tomyam... Pedas glerr!


Kepada yang tak ambik package makan jangan dirisau, kedai makan banyak kat sekitar perhentian kecil ni. Aku rasa tak ambik package lagi better sebab lagi banyak pilihan, sediakan "RM" je, harga makanan kat pulau ni mahal sedikit, faham2 je lah peniaga nak ambik bekalan susah.So harga yg diaorg jual 2-3 kali ganda dari harga biasa.





In a nutshell, memang thorrbaekkk pemandangan kat windmill tu. Kalau datang Perhentian tak singgah kat windmill tu cam rugi jugak la... hahaa... Esok sambung pulak nak pergi Island Hopping... yehuuuu!









Comments

  1. Nadz!! Menarik betul aku baca. Rasa mcm nak p besok. Hahahha.

    - nunu cute -

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa... aku pon rindu perhentian weyh! cantik glerrr... ;)

      Delete
  2. Hi nadz! I was the one who asked about the sj4000 in instagram. Great blog and pictures too! Did you also use sj4000 in this trip? :)

    ReplyDelete
  3. hi nadz...tertarik tgk gambar2 yg awk amik..sy n kwn2 pn nk pi perhentian sebulan lg...nk tnya psl cam sj4000 tu, waterproof ke?

    ReplyDelete
  4. Hi akak, ok ke pakai sj4000 tu? hehe gambar pcutian tu snap pakai sj4000 lah ea? rasa nak grab jugak sj4000 tu ��

    ReplyDelete
  5. hi sis.. nk tnye harga tiket naik feri dgn speed bot same ke lain?

    ReplyDelete
  6. Hello, can I know how much it cost to take speedboat back to chalet from Windmill? Thanks ^^

    ReplyDelete
  7. hello, tuk ambl boat pigi balik ke windmill kat mana ya ? ada contact person ? thanks :)

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah