Outdoor Charity Festival #GazaFest





Assalamualaikum...



Haritu aku sempat join aktiviti "Outdoor Charity Festival". Program ni dianjurkan oleh pihak Aman Palestin bagi mengumpul dana dan kutipan amal yang akan disumbangkan 100% kepada Gaza untuk Tabung Dana Pemulihan dan Pembangunan Gaza.



Venue di Gua Damai Extreme Park , Batu Cave Gombak.



Pijak bendera Israel
Tulis kata-kata semangat di kain rentang
Cayu, Husna, Alya & aku



Pepagi tu sampai je sini, suasana dah meriah. Rupa-rupanya beberapa orang tengah stanby kat atas tu untuk aktiviti terjunan bebas dari puncak Gua Damai setinggi 96 meter. Wowww bestnyerr dapat terbang!





Jenuh dok melangut tengok depa ni terjun pakai parachute!... Syoknya, aku teringin gak nak try base jumping ni!... Tapi pakai tandem la.. koh koh koh.. Dulu pernah try Paragliding kat Bukit Jugra. 

Leh usha sini 


Kupon untuk main aktiviti outdoor


Macam-macam aktiviti outdoor yang ada kat sini. Rock climbing, abseilling, tree climbing, paintball ,flying fox utk kanak2 dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik. Kupon aktiviti boleh dibeli dengan harga RM25 mengikut terma dan syarat. Duit kutipan pada hari tersebut 100% akan disumbangkan kepada Gaza.



Kitaorang yang kaki outdoor ni memang teruja bak ang la nak try sume aktiviti. bhahaaa.... Selalu memang mahal klu nak main sukan outdoor ni. Ni boleh try Rock climbing, abseilling, tree climbing & abseiling dengan rege RM25. Memang dah murah sangat lah....


Ok disebabkan murah maka berpusu-pusu jugak lah orang datang nak mencuba. Memang ramai giler manusia. Nak try satu aktiviti tu beratur sampai 2 jam! Disebabkan ramai yang first timer @ amatur, memang lagi lah lama nak tunggu selai-selai habis buat aktiviti. Sabo je lah... aku pon first time jugek nak wat aktiviti nih! keh keh keh....

 T____T




Aktiviti sukan lasak Slacklining masih belum popular di Malaysia tetapi di Barat ianya semakin diminiati. Setiap tahun Highline Meeting diadakan di pergunungan Monte Piana Itali dan penggemar sukan ini akan berkumpul beramai-ramai. Kerana mereka ni highly extreme, tidur di dalam khemah adalah too mainstream katenyer. Sebaliknya kesemua peserta akan tidur di dalam hammock yang tergantung di udara macam gambar kat atas tu. Adakah korang berani? 

Jom try!....



Ni adalah aktiviti berjalan di atas seutas tali ataupun dipanggil Slackline. Korang kene mengaplikasikan teori keseimbangan badan supaya tak jatuh gedebuk cam nangka... Nampak macam senang tapi tak sesenang macam kopek kulit tembikai... :p




Bayangkan tali pada kelebaran kurang dari saiz jari kelengkeng dan laluan perlu dilepasi tidak kurang 200 meter sudah cukup memerah keringat sesiapa saja mencuba sukan ni. Menitik gak peluh jantan jalan atas tali ni... ehhh...


Nak try benda ni, korang mesti ada keupayaan untuk fokus & mencapai keseimbangan diri tahap dewa!. Aku masa start tu ok, tapi dah sampai kat tengah-tengah tetiba kaki aku vibrate...dah tak leh fokus disebabkan ade mamat sado melintas! Phewww.... Borgoyang la atas tali tu, nasib tak berjoget jer... hahaa... susah jugak men benda ni... huhu




Ni tali baru tahap bape inci je dari tanah. Kalau mat saleh yang dok meeting atas gunung, tergantung atas tali tuh sambil bersantai dalam hammock? Memang hurmmm...  dahsat! kagum2!



Next aktiviti, lepaih 2 jam lebih menunggu akhirnya sampai jugak turn aku untuk cuba Rock Climbing ni. Tengok macam kacang jerrr dorang ni dok panjat batu-batu ni... kacang tak kacang lah bila aku nak panjat baru 2-3 langkah macam tak terangkat. 

Pastu kau kene ade tangan dan jari jemari yang kuat lagi gagah untuk menampung berat badan ko.. Lepas dah naik sikit, tangan mula merembeskan peluh dan lenguh, lalu jari-jari yang meraba-raba tempat untuk berpaut bagaikan dah tak berupaya untuk menampung badan. Berat nanang mung.. ke berat dosa?? insap! T___T



Memang rock climbing ni nampak je macam mudah. Die bukan takat uji mental fizikal je. Tapi dia kacau jiwa saiko lu orang. Tapi tempat yang aku nak panjat tu memang tahap kipas susah mati, tu tahap brader-brader pro punya kot!... dah la aku first time.. memang tak naik sampai atas lah.. hukhuk

Maybe kene try wall climbing dulu kot kasi built up dulu otot2 tangan & jejari aku.. keh keh keh


Next lepaih 2 jam jugak menunggu, turn aku untuk cuba tree climbing. Sebenarnya, aktiviti memanjat pokok ni telah bermula sejak abad ke-19.


Dolu2 bende ni hanya diaplikasikan oleh arborist atau tree worker iaitu orang yang terlibat dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan pokok seperti menebang dan mengambil biji benih di atas pokok.




Aktiviti ni kemudian berkembang dan kini ia dijadikan sebagai sebahagian daripada aktiviti rekreasi yang menarik untuk dilakukan.

Setiap peserta dinasihatkan untuk meneliti ikatan dan peralatan yang digunakan terlebih dahulu seperti carabiner, tali, harness dan memakai topi keselamatan.




Aktiviti tree climbing ni lagi best, menarik, tertarik, mencabar & tercabar! hahaa
Pergerakan tolak ke atas dan tendangan dilakukan bagi mengangkat tubuh ko sehingga mencecah dahan pokok paling tinggi.



Lagi sekali, aktiviti ni menguji kemampuan aku untuk mengangkat berat badan sendiri yang memang berat!. huhh... Nampaknyer nak kene berusaha keras la diet bagi meringankan sikit berat beban... eh badan!

Syiokkk hang dok selfie! Gua tengah terseksa mengangkat badan...
thorbaekkkk! 
Yang bestnyer, ‘tree climbers’ ni, uolls boleh menikmati pemandangan di keliling 360. Kalau rock climbing tu korang nampak dinding batu je kan.. hahaa

Tapi gayat jugak la tergantung2 atas tali tuh! phewww... Dah la dah panjat tinggi2 pastu tak reti camne nak turun... k la tido atas pokok jer... hewheww...


k next, nak kene tunggu 2 jam lagi untuk buat abseiling. Panjang giler orang beratur tunggu turn. Tapi hari pon macam dah lewat.. So kitaorang tak sempat nak try abseiling ni. T__T

Bestnyer tengok dorang wat abseiling ni!
Peace yo!

In a nutshell, "Outdoor Charity Festival" ni memang best! Sambil beroutdoor sambil menderma. Jom sama-samalah kita berdoa dan membantu mereka di Palestin, semoga mereka di sana sentiasa dilindungi Allah dan diberi kekuatan untuk menempuh ujian ni. Teguhkanlah iman mereka, mudah mudahan, kesejahteraan milik mereka satu hari nanti....insyallah! Amin.... #savegaza

Next time, kalau ade kesempatan lagi, aku nak try lagi rock climbing & abseiling..





Comments

  1. Best kot dpt buat aktiviti gini. Murah plak tu.
    Haishhh... Andai dapat ku putar waktu. Huhuhu... Kena tunggu maryam besar sket baru bleh sambung xtvt cmni.

    ReplyDelete
  2. memang terang mata baca entry ni, dan2 rasa ade kat sana haaha banyak pic, lasak awk ni ye :P

    www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  3. alamookk..apesal boleh tak tau pon pasal event ni.. padahal kerja betul2 depan kuil batu caves tu je pon..... =(

    ReplyDelete
  4. aaaaa, bestnya aktiviti diaaaa. slackline tu terbaik! nak duduk stabil atas tu pun sy rasa payah, nak jalan apatah lagi payah. tapi kalau betul2 praktis, boleh punya. :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat