New Year Hike @ Bukit Gasing



Assalamualaikum...



Azam tahun baru ni, aku nak memperbanyakkan aktiviti yang sihat & beriadah. Bucket list aku pon masih banyak lagi yang belum dicapai. Di samping tu, aku nak menikmati keindahan ciptaan Allah, bermuhasabah diri & lebih menghargai alam persekitaran semulajadi. So kita start new year resolution ni dengan aktiviti mendaki bukit yang rileks2 dulu...


Nak tau kat mana lokasi new year hike ni???


Jom kita redah!....



Bukit Gasing atau juga dikenali sebagai Hutan Pendidikan Bukit Gasing ni terletak di kawasan Petaling Jaya. Kalau dari rumah aku, memang dekat jer... dalam 15 minit dah sampai kalau naik kereta lah. Kalau naik basikal sejam kot?...

Happy feet!

 Hutan Bukit Gasing ini menjadi tarikan orang ramai yang datang untuk bersenam. Bentuk muka buminya yang berbukit dan masih seperti hutan asal membuatkan pengunjung dapat berjoging dan trekking dalam masa yang sama. Terdapat juga kawasan yang bertangga. Boleh jugak kalau nak buat latihan kecergasan kat sini.


Ape yang menarik kat sini ialah ade menara pandang @ tinjau! 
Moh kita tinjau ape yang best kat atas nih!




View dia nampak hutan belantara jer & pencawang letrik kat bukit belah sana... Boleh la sekadar nak hirup udara segar & melepak minum2 air kat atas ni.. hehee

Sherry & aku
Papan tanda nampak tak dijaga
Sher, Ayu & Nadz
Yeahhh, ade satu lagi benda menarik kat Bukit Gasing nih!....


Tadaaa...... nin dia jambatan gantung sepanjang 6.78 meter...

Bebajet buat tak gayat dua orang budak tuh! ;p

Mendaki bukit ni santai-santai jer & terdapat banyak laluan mendatar. Tapi ada jugak beberapa laluan yang mencanak yang terpaksa menggunakan kudrat lutut yang lebih.. 

Ada sungai kecik!
Mendaki bukit gasing ni sebenarnya banyak laluan-laluan yang bercabang.. Pening sikit nak lalu trek mana. Dah nama pon bukit gasing so memang berpusing lah.. hahaa..


Mendaki pada hari biasa atau hujung minggu kat sini taklah terasa sunyi walau dikelilingi pokok-pokok hutan. Ini kerana ramai jer uncle2 & aunty2 yang menjadikan kawasan ini sebagai riadah untuk bersama keluarga. 


Selalu uncle2 & aunty2 ni angkut sekali member2 dorang, anak2 cucu cicit sekali dengan anjing kesayangan pergi hiking. hahaaa.... Anjing2 dorang ni dah la comey & jinak pulak.. Tapi hati-hati jugak coz anjing dia suka datang dekat2 kat kita kang jenuh nak menyamak... hehee... Respect la kat dorang ni, dah tua2 pon masih kekal aktif dan cergas! Aku pon kekadang pancit jugak walaupun bukit ni tak lah tinggi mana pon. koh3... ;p




In a nutshell, today is the first blank page of a 365 page book.
I write a good one. Happy New Year 2015! 



Toodles!



Comments

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!

Thailand part 6 - Jim Thompson Farm

Castella Cafe, Gerik, Perak!