Jalan-jalan Cari Makan



Assalamualaikum 


Boat Noodle, one of the famous noodle yang tengah viral kat sosial media. 
Pada asalnya diilhamkan dan dihidangkan di dalam bot kayu yang melalui terusan/sungai. Boat Noodle adalah makanan jalanan yang popular di Bangkok. Hidanganya terdiri daripada mi kaca dan sup gelap daripada daging lembu atau stok ayam. 

Ape yang bestnyer kat sini eh??


Jom try!... BOAT NOODLE

boat

Boat Noodle ni ada beberapa cawangan. Antaranya di Empire Damansara, Publika & Jaya One. Baru-baru ni dia ade bukak cawangan ke-8 kat Times Square pulak. Fuhhh masyukkk skang ibarat boat yang tumbuh selepas hujan! koh3... Disebabkan member2 aku ni dah try kat Publika tu, ramai giler orang & kene tunggu turn nak makan.. Dorang tak mau dah repeat kat situ lagi. So nak try kat Jaya One pulak.


Ni dia punya signature soup
Menawarkan rice noodle dengan 2 jenis kuah. Satu soy sauce (masin pedas sikit) tapi sangat best. Satu lagi kuahnya agak manis. Ada 4 jenis pilihan mee. Pathumthani Beef Thai Rice Noodle, Ayutthaya Beef Thai Rice Noodle, Pathumthani Chicken Thai Rice Noodle dan Ayutthaya Chicken Thai Rice Noodle. 
Jemput makan!

Green Tea
Untuk air, aku order Cha Yen (Thai Iced Tea) & member aku yang lain order Coffe Ice & Green Tea Blend. Tapi serius, tiga3 air dia memang sedap. Pekat, xmanis sangat tapi sedap. Kawwwwww! Pastu cawan dia korang boleh bawak balik.. simpan wat kenangan! hehehh..

Teh ais


 Harga semangkuk mee RM1.90. So makan semangkuk tu ibarat mee kat celah2 gigi je la... So kitaorang order bermangkuk2! kah3... Selera buaye ke hape da??



Semua jenis mee kitorang order. Grill Chicken & Beef Meatballs dengan chicken wing pon memang sedap sebab sauce tuh mengancam sungguh rasa dia! Fruit Salad dia pon best, rasa pedas-pedas skit!


Miss Photogenic?? hahaaa...

Boat Noodle @ Mee Sampan ni sebenarnya makanan siam. Ramai yang mempersoalkan Boat Noodle ni halal ke tak. Sebenarnya dekat Thailand memang disediakan Boat Noodle yang tak halal. Tapi, Boat Noodle yang dekat sini HALAL ye sebab dah dapat sijil Halal dah. 




Apa yang tak berapa bagusnya dekat restoran ni ialah mangkuk yang digunakan untuk isi makanan tu semuanya sumbing dan pecah-pecah sekeliling. Mesti basuh main baling-baling jer nih... bhahaaa...


Selfie ciked!
Emiza ya
Xue Li vav*...

Selain daripada mee, restoran ni jugak ada sediakan pencuci mulut ala-ala tepung pelita tapi dia dalam bekas seramik. Rasa dia pun sedap. Macam makan kuih tepung pelita. Atas tu santan, bawah pulak tepung rasa pandan yang manis. Not bad. Dua mangkuk cuma RM1. 


Linda ruffleenzz
Lenda Azele mostwanted yawww!
Nadz, In a Nutshell!

Burppp. Kenyang sudah. Banyak tak? Mangkuk bertingkek2! Next time nak repeat lagi. ada sapa sapa nak lanje tak? huahuaha...

Lokasi: 

The School @ Jaya One, P2, same floor as cold storage
Working Hour : 11am - 9pm


Dip n Dip



Lepas berboat noodle, ke Dip n Dip lah pulak kite! Memang napsu piranha betoi! kah3.....


Dah lame teringin nak try Dip n Dip nih!... Tengok2 orang Jeddah jugak yang lanjew ittew! koh koh koh.... Tq orang Jeddah! Moga makin murah rejeki keje kat sane ye! heheee ;)




Crunchy ice-cream - RM17.00 & Tripple Chocolate Crepe RM17.00


Persembahan istimewa Abam ladesh menuang coklat kat atas buah buahan!... yummeh! Terpercik2 cekelat melimpah ruah atas pinggan! hahaaa...
a taste will make u ;)


Presentation makanan memang tip top dan nampak sedap!. Sedia untuk dibaham! hahaaa.. Kat sini best & sedap kalau korang datang & makan ramai-ramai. Kalau makan sorang je mesti muak jugak sebab coklat dia memang umpppph! Pekat & likat! Jangan lupa order air mineral! ;)


Licin habis macam kebuloq sangat! ;p


Lokasi :

Dip n Dip
Jalan Telawi 3 , 
Bangsar , KL.


TOUS LES JOURS



Kafe kedai roti Perancis-Asia ni popular di negara-negara seperti Korea Selatan, Vietnam, China dan Amerika Utara. Skang dah bukak cawangan kat Malaysia! Selain roti dan pastri mereka, Tous les Jours juga menawarkan pencuci mulut lazat seperti macarons dan pelbagai jenis kek.


Menu yang paling best, Cheese Mushroom Omelette! Tak sempat tangkap gambar dah licin!... hahaaa



Lokasi :

Tous Les Jours Malaysia @ Telawi Square,
Jalan Telawi 3, Bangsar, Kuala Lumpur.
Open 7am-10pm daily.


COFFEA COFFE


Aku takdelah minat sangat minum kopi2 ni... Tapi disebabkan dorang nak lepak sambil mengopi so layankan je lah... hahaaa... Aku order coklet ais. Sedap jugek!




Lokasi :

Coffea Coffee
8, Jalan Telawi 2 Bangsar,
Kuala LumpurBusiness Hour

Mon - Thu: 9:00 am - 12:00 am
Fri - Sat: 9:00 am - 2:00 am
Sun: 9:00 am - 12:00 am



In a nutshell, sekian episod jalan-jalan cari makan! hahaaa.... Next, kene tunggu orang Jeddah balik Malaysia lagi! Yehuuuu!



Comments

  1. Amboi banyak betul tempat makan. heheheh. iday rasa boot noodle tu memang saja bagi mangkuk sumbing, ala-ala lama gitu. tapi air tea dia memang sedap! gelas besar! :)

    ReplyDelete
  2. wow boat noodle tu yg menarik sekali..thanks for sharing:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya