Eps 1 : Jalan-jalan Kota Kinabalu


Assalamualaikum....


27 Februari 2015, Jumaat 10.00am





Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu dah tiba.. Awal-awal pagi lagi dah gerak ke KLIA2. Mood excited telah menyerang! hahaaa... Kinabalu, mu tunggu kami datang!... yeahhhh!...

Diana
Xue Li
Nadz

Aku sebenarnye dah lama plan nak panjat Gunung Kinabalu ni. Sejak tahun lepas lagi.. Tapi group first yang aku nak pergi tu macam rushing sangat plan dorang nak book flight suma, pastu aku pon terpaksa cancel la tak jadi nak follow dorang. Pastu aku pon try search group mana2 yang open untuk buat trip panjat Kinabalu nih. Tetiba terjumpa kat FB. Ikut trek Mesilau lagi tuh! Terus aku on! Pastu ajak pulak dua orang geng aku Zue & Diana...


Yang join trip ni ramai aku rasa. Kitaorang semua flight lain-lain. Tapi yang penting hari esok semua dah kene ade kat KK. Pastu berkumpul ramai-ramai.. Yang aku kenal ade la beberapa orang jer yang pernah join training hiking sekitar KL. See uolls di KK nanti!




Ikutkan flight asal kitaorang pukul 2.30 petang tapi diawalkan pulak pukul 12.30. So memang awal-awal lagi kitaorang dah stanby kat sini. Tapi last2 flight delay pulak. Pukul 3 jugak kitaorang naik flight! Adehhh... dah spoil mood aku! Sebab kalau sampai awal kat KK memang dah plan macam2 dah. Ni memang tak sempat la nampaknyerr... huhuuu...

Gud bye KL!

Layan movie!
Selfie dulu!

 Flight macam ade technical prob skit... Rasa bergegar2 bila langgar awan & bergoyang! Aku dah rasa cuak2 katak & kecut perut! Berdoa banyak2 supaya tak jadi apa2.. Cuma boleh redha & tawakal je... 


Pastu bila tengok view kat tingkap..... Perghhhhhh! Lawa giler awan kepul-kepul! Rasa tenang jer... Indah sungguh!



Dalam pukul 5.30 petang selamat mendarat di airport KK! Pergi makan & chek in apartment kat bandar KK. Malam tu baru dapat jalan-jalan sekitar bandar.


Dari apartment kitaorang jalan kaki jer menuju ke Pasar Philiphine... Jom tengok ape yang best kat sini!



Dari pasar kitaorang ke downtown pulak kat seberang jalan.. Boleh la buat last minute shopping sebelum mendaki! Kitaorang suma beriya2 nak beli poskad & setem coz nak pos dari puncak kinabalu nanti.. hehee.. Dah alang-alang kat sini, terus grab souvenier yang ade.. Baru je sampai KK dah terus beli souvenier! hahaa... 


Kat sini memang rambang mata r nak shopping terutamanya kalau nak beli pearl2 tu! Gelang mutiara, rantai, kerongsang macam-macam la ada! Aku sempat la beli brooch pearl kat mak aku!






Aku pon sempat beli pouch bag & snow cap untuk mendaki nanti! Kekonon nak nampak stylo la! koh3..;p



Dah penat shopping, lepak minum air kelapa pulak!




Balik jer bilik.... kroh korh..... Tak sabar tunggu hari esokkk! 



Comments

  1. Replies
    1. Kereta Sewa Afra Kota Kinabalu
      Kereta Sewa Serendah RM70/day *terma dan syarat
      Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
      Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan

      Delete

  2. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete

  3. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah