Eps 7 : Gunung Kinabalu Hike via Mesilau Trail





Assalamualaikum.....







1 Mac 2015, Ahad 9.00 pagi



Pendakian pon bermula. Kami semua akan naik trek dari Mesilau. Trek Mesilau ni agak panjang sikit and akan ambik extra 2 km perjalanan berbanding trek dari Timpohon. Di Mesilau checkpoint, kami perlu tandatangan borang kehadiran dan tunjukkan permit sebelum mula melepasi gate. Di awal pendakian semua sangat excited. Yeahhhh!


Let's go!


Mesilau trail


Trek mesilau bermula dengan trek hutan yang indah diselami dengan kabus nipis. Treknya yang menaik dan menurun tiada tangga di permulaan. Laluan dari Mesilau ni adalah lebih mencabar walaupun lebih landai dari Timpohon Gate, Taman Kinabalu. Sebab jaraknya lebih jauh dan jalan yang bengkang bengkok.


Rehat jap dengan abam porter!
Baru 0.5 km dah start mengah! Adehhh... 



Pada peringkat awal korang akan mendaki dengan melalui jalan-jalan kecil yang mempunyai anak-anak tangga yang dibentuk berdasarkan bentuk muka bumi dan akar-akar pokok.



Selepas KM0.5, aku dapat tengok pemandangan gunung kinabalu yang sangat cantik! Menurut guide, yang menariknya jika melalui Mesilau ni, korang dapat lihat banyak view yang indah-indah belaka berbanding jika melalui Timpohon yang tiada view sehingga KM4.

Kinabalu, mu tunggu aku datang! ;)

Yang lain pon of cos la tak lepaskan peluang bergambar jugak kat sini! ;)
 Dari kiri, Hadi, Lily, Mami, Cikgu Zul & Kak Anie.


Aku zoom sikit kamera & boleh nampak view air terjun! Woaaahhh!




 Kitaorang diingatkan supaya dari KM1- KM3 dapat bergerak sedikit laju supaya dapat curi masa. Digalakkan supaya cuba buat 1km dalam masa maksimum 1 jam jer, so boleh sampai ke Laban Rata dalam masa 8 jam maksimum. Mampu ke aku nak sampai dalam masa 8 jam nih??? hurmm....


My birdie di KM1!
Pondok Schima
Selepas melepasi papan tanda KM1 tu, korang akan berjumpa pondok yang pertama iaitu Pondok Schima. Biasanya pendaki akan target untuk rehat seketika (take 5) kat pondok ni sambil bergambar  berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Kitaorang tak digalakkan berhenti lama atau duduk di pondok ni sebab baru 1km tak de la penat sangat kan... hehe



Tadaaaa!
Cuaca sangat elok masa ni! Cerah dan tak berkabus! Kat sini view lagi lawa weyhh! Boleh nampak pemandangan Gunung Kinabalu dengan luas! Apa lagi, ready la dengan kamera masing-masing! hahaa

Xue Li & Aku
Yang Am kat tengah tu paling semangat! Say Cheeseeee! hahaa
Geng abam-abam sado!
Pojie & sumandak-sumandaksnya!



Lepas tu, kitaorang bergerak menuruni bukit, seterusnya trek mendatar sehingga bertemu dengan Papan tanda KM1.5. 



Kemudiannya trek mula menurun lagi sehingga bertemu dengan pondok seterusnya iaitu Pondok Bambu.

Azim & gopronyer!



Di pondok bambu ni, kitaorang tak berhenti sebab tak penat sangat dan tiada view pemandangan. Di kebanyakan pondok ni ada kemudahan tandas dan air paip. Korang boleh isi air kat sini. Minum air gunung weyh! Pure punya! hahaa..




Nak beristinjak, tak de masalah! Kat sini ade banyak tandas. Ni first time aku jumpa tandas kat dalam hutan! Kat gunung lain mana nak jumpa! Kat Mesilau trail, Kinabalu ni jer ada.. hahaa... Tapi disebabkan sekarang ni musim panas & kemarau, kadang-kadang tak de air kat tandas nih! Tapi.... nampak macam seram lah pulak tandas nih! Katanya dulu ade penampakan sosok-sosok mak lampir!... Ok Larikkkk!... ;p



Selepas melepasi pondok ni trek masih menurun dan ada sedikit tangga dan masih menurun sehingga korang jumpa dengan papan tanda KM2. Sini memang trek dia naik turun naik turun! hehee

Thorbaekkkk!
Ni sumandak banyak power mau angkat batu besar tu bah! hahaaa
Bila dah melepasi papan tanda KM2 tu, trek menurun, mendatar, menurun sehingga jumpa papan tanda KM2.5. Seterusnya korang akan jumpa batu besar! Batu besar ni menandakan korang akan berjumpa dengan kawasan air terjun.




Kat waterfall ni ada satu jambatan kayu yang pendek. Kat sini kebanyakan pendaki berhenti untuk bergambar dan ada yang menyegarkan muka dengan air sungai yang bersih dan sejuk sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh lagi..... Seterusnya, selepas melalui waterfall ni korang akan bertemu dengan Papan Tanda KM3.



Air Terjun!
Sungai
Pondok Nepenthes
Sabo ye cik Birdie! Ni baru KM3... jaoh lagi perjalanan kite! huhuuu

Setelah melepasi papan tanda KM3, korang akan bertemu dengan pondok ketiga iaitu Pondok Nepenthes. Lepas tu jalan menurun lagi dan mendatar. Kemudian, bertemu dengan sebuah sungai dengan Jambatan Gantung.


Smile! ;)
 Sungai di jambatan gantung ni jugak memberikan pemandangan yang menarik! Ramai pendaki tak melepaskan peluang bergambar disini. 


Setelah melepasi sungai dan jambatan gantung ni, trek dah start mendaki! Lepas tu ada tangga pada KM3.5 dan terus mendaki sehingga bertemu dengan pondok keempat iaitu Pondok Tikalod. Kebanyakkan pendaki mula terasa penat dan berehat di pondok ini. Dah start pewai dah nih!... 

Pondok Tikalod

Lepas jer lalu pondok ni akan nampak tanda KM4.



KM4 sudah bebird! Good job!

Sebaik sahaja melalui papan tanda KM4, jalan dah start mencanak-canak mendaki dan tiada lagi trek mendatar dan menurun. Lepas tu akan jumpa beberapa tangga. Laluan di trek ni pun dah tiada view dengan kiri kanan hutan. Lepas ni memang layan tangga, tangga & tangga! Mohon jangan muntah bila tengok tangga! ;p hahaaa
Tangga lagi!

Time ni lah baru rasa lapar yang teramat sangat! Baru nak bukak set lunch tu! Apa yang dibekalkan dalam set lunch tu?



1 biji buah Epal merah, 2 set sandwich telur dan air mineral. Ermm jadilah! Syukur masih ade makanan! Malaysia masih aman! Eh tetiba.... ;p



Masa lepak-lepak hilangkan penat dan sambil layan makan epal, datang pula sang tupai yang jinak nak minta makanan. Sayang sekali gambarnya tidak dapat diambil sebab lagi best bermain-main dengan tupai! hahaa.. Baru je nak amik kamera tupai tu dah lari! lol


Bro, tak berat ke beg tu?? hahaaa ;p
Lagi-lagi tangga! Phewwwww!
KM4.5 dah! Bravo birdie!
Lumut

Perjalanan masih lagi diteruskan! Jauh lagi nih....
Rehat jap kat karpet lumut yang empuk nih! Penat derrr!
Pondok Lompoyou
Lepas dah jalan-jalan lagi, korang akan bertemu dengan pondok yang ke... kelima kot, iaitu Pondok Lompoyou. Pondok ni menjadi kebiasaan pendaki berhenti untuk makan bekalan yang dorang bawak. Di pondok ni korang akan dapat view pemandangan yang cantik dan berada atas bukit. 

Kat sini aku dah start sejuk dah! Nasib baik bawak spare baju sejuk! Kalau tak mau menggigil jugak nih! hahaa
Sikit lagi ku nak sampai, Kinabalu! Tunggu kedatanganku!.... hahaa


Lihatlah dunia!

Seterusnya tak jauh dari pondok tadi, korang akan jumpa dengan kawasan lapang yang dikatakan sebagai HeliPad. Ramai juga yang berhenti di Helipad ni berbanding dengan Pondok Lompoyou tu kerana view sini lagi menarik. 

Yeahhhhh!
Di kawasan Helipad ni sebenarnya korang berada di atas rabung gunung dimana kiri dan kanan adalah cerun. Jadi view keliling dengan 360 darjah memang fuhhhh! Lawa beb! Disini korang akan lihat pokok- pokok diselaputi lumut. Kat kawasan ni korang akan mula terasa sejuk dan dingin.


Kat helipad ni view dia, Perghhh... sangat lah awesome! Aku sempat amik video sikit! hehee





Kat sini pon view dia sangatlah cantik dengan pokok-pokok bonzai yang berlumut! Macam di alam fantasi pulak! ;p






Seterusnya korang akan melalui jalan yang sedikit mendatar di atas rabung yang kecil dan dihadapan anda akan lihat sebuah lagi bukit yang hendak di daki. Sebaik sahaja melepasi rabung ni, akan mula jumpa tangga yang agak tinggi.


Sini pokok-pokok dia ada banyak lumut! Teringat pulak masa aku panjat Mossy Forest, gunung Irau dulu. hehee... Tapi gunung Irau tak de lah tangga-tangga ni, suma akar-akar kayu jer! ;p




 Whoaaa! Tuuu dia!.. Ni tangga kesumat namanya. Sudah la banyak, non stop pulak tu! Sampai hilang pandangan la hujung tangga tu sebab punya la tinggi. Lama kelamaan, aku rasa tangga-tangga ni sangatlah psycho! ;p huhuu



Badang2 Kinabalu! Rileks je bawak beg 20-30 kilo! Kau mampu??? hahaa

Tiba-tiba aku sudah mulai membenci tangga. Moral ku memang boleh down kalau nak menempuh anak-anak tangga ni! hahaaa


Sebenarnya, sepanjang perjalanan, aku hanya bersama sahabatku Xue Li yang setia menemaniku! Bila dia down, aku tak boleh down! Tapi bila aku down dia pon sama-sama down! hahaa... Tak boleh jadi nih! Dah la kitaorang sebenarnya dah jauh ketinggalan dengan group2 yang kat depan tuh! Nasib ade abam porter temankan kitaorang sepanjang perjalanan! 

Dia dok syok kat Xue ni sebenarnye! hahaaa... Katanya lepas turun dari Kinabalu ni, dia nak datang meminang! bhahaaa!... Mungkinkah Xue telah bertemu jodoh di Kinabalu nih?? Dejavulah di Kinabalu! hahaaa... Aku layankan aje dorang nih! ;)

Kinabalu oh kinabalu! Ku merinduimu!.... ;p

Ni lah Izan, abam porter atau guide kitaorang. Walaupun badan kecik tapi gagah! Tengok betapa besarnye beg yang dia bawak! Memang gua salute r orang-orang yang jadi porter nih! Kagum dengan semangat & kekuatan fizikal dorang. 

Kalau sesiapa yang tak larat @ terkena serangan altitude mountain sickness (AMS), porter ni pon akan tolong angkat dorang tau! Tapi upah dia memang mahal la! 1 KM dalam RM400 kot! Whoaaaa! Untung-untung kalau kawen dengan Xue, ko tak payah nak susah-susah mendaki beb! Dia leh usung ko sampai ke puncak free ajer! Mau?? ;p bhahaaa... 


 Kebanyakan masa, Izan hanya mengekori dan memerhatikan kitaorang berdua dari belakang jer. Kalau dia rasakan rentak kitaorang agak perlahan, maka dia akan ambil masa yang agak lama untuk berehat di belakang dan kembali mengekori dengan pantas. Dia nak potong kitaorang kejap jer! Kitaorang jer dah pewai, so langkah makin slow pulak! huhuu...


Pokok periuk kera banyak terdapat di sepanjang laluan pendakian.

Pondok Magnolia

Kitaorang dah berada atas awan! Woahhh!

Teruskan melangkah walau makin perlahan! Never give up!


Selepas pondok Magnolia tadi, trek mula menurun dan akan landai sebelum berjumpa persimpangan trek Mesilau Timpohon. .


Dorang ni masih lagi boleh kelihatan ceria! Syabas!
Nak ke Laban Rata 2KM lagi ni perlu ku tempuh!!! 


The Road Not Taken

TWO roads diverged in a yellow wood, 
And sorry I could not travel both 
And be one traveler, long I stood 
And looked down one as far as I could 
To where it bent in the undergrowth;





Semakin tinggi mendaki, korang akan berasa semakin cepat letih. Ni adalah disebabkan kandungan oksigen diudara semakin nipis. Hidung akan cepat berair dan mungkin akan menghidap selsema. Udara pon semakin sejuk dan lembap.




Dari sini trek mencanak-canak dari batu-batu, dan pohon pun sudah mula renek serta terasa dingin.




Berhenti rehat kejap. Rasa punya lama mendaki baru 0.5KM jer.... masa ni aku bermonolog sorang-sorang dan terpikir kenapalah aku buat kerja ni, kan lagi best kalau pi jalan-jalan sekitar KK ke, pergi pulau-pulau ke...dari susah-susah dok mendaki ni! ;p hahaaa (mental kena kuat sebenarnya)



Terasa macam di awang-awangan!

Dari sini dah boleh nampak bayang-bayang Laban Rata! Pergh... sayup-sayup tuh! Dekat tapi jauh!....

Zoom sikit, tu dia!

Dan trek masih pacak lagi dan lagi dan lagi!..... 
Jahanam mental wa macam ni!... Guide asyik cakap sikit jer lagi... sikit jer lagi.. Saja nak sedapkan hati kitaorang jer!... Tapi tak sampai-sampai! huh
Saia ta kuad! Saia ta kuad! Tolong.... tolong.... ;p koh koh koh

T______T



I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

-Robert Frost-



awan mendung yang berarak 
bawa tangis bawa resah 
rebah rindu yang terkumpul






Climb mountains not so the world can see you, but so you can see the world!

Dah rupa Malim Gunung dah si Xue ni! bhahaaa..


Seterusnya naik lagi dan akan jumpa Papan Tanda KM5 yang bermaksud kalau dari mesilau KM7 sudah.


Atas sikit dari ni akan jumpa Pondok Vilosa. Kat sini terdapat tandas tapi tak de air lah pulak! Disebabkan nak kejar solat macam tak sempat jer nak sampai kat laban rata, kitaorang pon bertayamum jer & solat atas batu.

To hike or not to hike! That is the question!... Kinabalu sudah dekat di mata, tapi jauh di kaki bah! Trek makin menaik dengan batu-batu! Ni memang betul-betul menguji ketahanan lu punya mental & fizikal! Fuh fuh... tarik napas dulu!


kemon Xue kemon! 

Secara peribadi, pertama kali mendaki menggunakan laluan Mesilau Gate ni, aku rasa memang betul-betul mencabar ketahanan fizikal dan mental. Perjalanan yang berliku-liku penuh bukit bukau, mendaki turun dan naik, sangat-sangat memerlukan stamina yang tinggi dan azam yang kuat. Tapi, jika kekuatan stamina tak mengizinkan, sekarang ni aku hanya memerlukan kekuatan mental. Stay strong! You can do it! 




Terasa hilang penat bila tengok pemandangan yang indah ni! Subhanallah!



Masa ni hari dah semakin gelap dengan angin sejuk yang bertiup kencang. Aku dah rasa kesukaran untuk bernafas. Sejuk sampai menusup ke tulang kering nih! Nasib ade buffer ni. Tu pon pinjam kat geng2 Team Anak Gunung! Thanks to Ikma for the buff!



Rasa sangat bertuah dapat melihat pemandangan yang sangat cantik, kehijauan pokok, kepulan awan, langit membiru, dengan kedinginan sehingga 5 darjah celcius. Subahanallah...seperti berada dalam mimpi. Syurga dunia betullah.



2 km nak ke Laban Rata ni memang tersangat-sangatlah mental! Macam never ending road! Jalan-jalan tak sampai. Jalan lagi pon tak sampai-sampai! Bila mau sampai da!... Abam porter tu siap bagitau lagi kat sini jangan rehat lama-lama! Ade banyak hantu! Woihhh! Wat citer seram pulak dah! Dia kata kat sini memang walaupun sikit je lagi nak sampai, tapi ramai orang mati sebab sesak nafas! Aku dah cuak-cuak katak dah ni! Ayuuh cepatkan langkah walaupun dah pewai tahap gila dah ni! 

Pondok terakhir!
Sunset!



Hari memang dah gelap walaupun baru pukul 7! Kitaorang jalan dengan berpandukan cahaya bulan jer!... Sepanjang jalan ade jugak terjumpa pendaki-pendaki yang macam terkandas agaknya. Kena serangan AMS & sesak nafas! Aku tengok ada perempuan tu dah lembik sangat, pening-pening & muntah! Sebab malam dah semakin sejuk! Aku pon dah menggigil lutut nih! Sebelum jadi apa-apa kat kitaorang, baik aku mendaki cepat sikit! 




Tetiba terjumpa Chalet Waras Hut. Memang dah terasa macam tak waras dah naik 500m ni, sebab dah penat sangat dan mental koyak. Dengan sejuknya udara kat luar tuh! Sebaik jer jumpa Waras Hut ni, rasa lega sikit. Tadah air paip sebab dah haus gila-gila! Aku sandarkan tongkat aku kat dinding pastu terus pergi kat toilet kat belakang waras hut nih! Pastu bila keluar je toilet tengok tongkat aku dah tak de! Aikk tak kan ada orang rembat kot??

Rupanya ade sorang mamat ni tolong pegangkan coz terjatuh kat lantai kot! Ahhh sweet gila, dah la hensem pulak tu! Cair pulak wa! bhahaaa.. Orang Sabah bah! Dia & the geng pon berenti rehat kat Waras Hut ni jugak! keh keh keh


 Biasanya memang ramai pendaki akan rehat seketika di sini sebelum melangkah terus ke Laban Rata Rest House. Kiranya kumpul tenaga dan one shot terus ke Laban rata. Laban rata cuma dibelakang Waras Hut sahaja. Walaupun guide cakap lagi lima minit jerrr, bila jalan macam 50 minit jauhnya...


Waras hut ni kecik jer.. Ade beberapa bilik jer.


Akhirnya, hampir separuh nyawa, aku & Xue Li selamat sampai di Cafe Laban Rata lebih kurang pukul 8 malam. Perghhh rasa dalam 11 jam jugak ni mendaki! Ni la penangan dia kalau tak berapa nak fit & malas nak training! hahaa... Jangan main-main la kalau gedik berangan nak daki Kinabalu ni tapi tak fit & tak training langsung! Padah akibatnya!



Rasa bersyukur sangat! Ramai jugak yang tunggu kitaorang kat cafe. Ada jugak group yang baru sampai sebelum kitaorang. Dorang dah siap tapaukan makanan untuk kitaorang berdua. Cafe pon dah siap kemas-kemas & nak tutup dah.Tapi nak makan pon macam dah tak lalu sangat! Ade satu lagi group rupanya yang belum sampai. Risau jugak macam mana la keadaan dorang! Dalam pukul 8.30 jugak baru dorang sampai.


Untunglah dorang2 yang sampai awal nih! Ceria jer!

Ini belum sampai puncak lagi. Baru 3/4 pendakian. Kitaorang diberikan bilik masing-masing. Ya Allah malam tu aku tak boleh tidur!... Sejuk sangat, rasanya dah sampai negatif darjah celcius kot. Kepala pening. Kat sini tak de heater & toilet pon tak de air panas. Memang beku la. Terpaksa pakai 3 lapis baju, 2 lapis seluar, 2 lapis stokin, sarung tangan. Itu tak termasuk selimut lagi tu. Pukul 2 pagi nanti, bersiap sedia untuk menawan puncak.





Comments

  1. Fuhhh awesome! first betul-betul teliti story panjang gini.
    best utk jungle tracking ni.

    ReplyDelete
  2. Woww!!! Ada kisah percintaan di kinabalu...sweet gila wehhh..hehehe

    ReplyDelete
  3. Ehhh!!! Kat kaw batu2 tulah gue kena kaco...serammm mak nak.

    ReplyDelete
  4. Terasa sama2 mendaki hehehe. Aduii entah bila boleh tawan puncak kinabalu juga.. badan gemuks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa sama2 mendaki jugak :D sy kena tambah lagi preparation mental fizikal kalau nak ke kinabalu ni. insyAllah satu hari nanti! :)

      Delete
  5. Tahniah! Kinabalu the best! tiba-tiba rasa macam nak mendaki kinabalu balik ...huhuhu

    ReplyDelete
  6. subhanallah..cantiknyaaa....sangat kagum dengan anda2 semua yang sangat fit! ini baru rasa kan keindahan meneroka hehe

    www.adaa-inspiration.com ~all about beauty and health~

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat