Eps 10 : Last day Shopping di Kota Kinabalu!





Assalamualaikum......







3 Mac 2015, Selasa 10.00 pagi



Pagi tu aku rasa nak demam. Sejak semalam lagi aku dah rasa tak bermaya lepas turun dari Kinabalu. hahaa.. Pagi-pagi lagi geng yang lain dah roger nak pergi breakfast & shopping kat Pasar Filipina tu.. Aku memang tak larat nak bangun! ;p

Plan asal aku konon nak pergi island hoping la, snorkeling la, nak main zipline kat Pulau Sapi la... Last2 suma kelaut! hahaaa.. Tak sempat nak pergi pulau coz flight pon pukul 3 petang. Next time memang kene datang KK lagi ni.. hehee



Sakan dorang ni berjalan!

Shopping apa tu??

Dalam pukul 11 baru aku siap, dah kemas barang2 suma, check-out hotel & pergi shopping! Nasib baik pasar ni depan hotel jer.. tak de la jalan jauh sangat! hehe


Pagi tadi Kak Anie dah shopping dengn Hadi & the geng.. Pastu dorang terus ke airport. Skang Kak Anie teman aku & the geng shopping pulak. Bawak tempat yang dorang datang pagi tadi.. Terbaekkk r kak Anie! Leh kawtim ngan bro tu dapat harga murah. Memang sakan la beli udang kering la, ikan masin, ikan bilis suma.. Berkilo-kilo jugak ni nak bawak naik kabin! hahaaa... ;p


Pastu pergi kat Borneo Frozen & Dried Seafood. Kat sini pon macam-macam ada.

Teh sabah, Kopi tenom
Segala jenis teh ada!
Segala jenis kopi ada!


Kuda laut pon ada jual. Masak sambal kuda laut sedap tak, takpun kuda laut masak kicap?? ;p koh3.. Boleh makan ke kuda laut ni sebenarnye?? Sesipa boleh kasi pencerahan ciked?? bhahaaa

Kalau hidup lagi aku nak bela sekoq! Comey plak kuda laut ni!

Lepas habis shopping jer terus ke airport KK.




Balik jer dari Sabah, aku mengalami ‘sindrom ketagih gunung’. Rindu Kinabalu! Ingat ke nak bersara dah dari aktiviti hiking pas dah naik Kinabalu.. hahaa... Tapi keinginan aku masih lagi membara dan sentiasa ‘dahagakan’ aktiviti-aktiviti outdoor. Lainlah kawan aku si Zue tu memang dah betul-betul retired gamaknyer! Dia dah buang kasut hiking dia, hiking pole dia pas turun dari gunung. Kat Kinabalu Park kot dia tinggalkan. Nasib backpack dia tak buang skali.. bhahaaaa... 



Gudbye KK! Till we meet again!


Orang selalu kata pendakian ke puncak Kinabalu adalah pendakian seumur hidup. Tapi selepas beberapa ketika, aku memikirkan tak mustahil jika suatu hari nanti mungkin aku akan menjejakkan kaki ke Gunung Kinabalu buat kali kedua. hahaa... Mengutip cinta yang tertinggal di Kinabalu! Dejavu di Kinabalu! hahaa.. ;p

 Mungkin nak try pergi puncak-puncak lain kat Gunung Kinabalu tu ikut Koutal Bowen Route, Gurkha Hut. Nak test kegayatan kat cerun-cerun Kinabalu tu lalu Mountain Torq Via Ferrata! Fuhhhh, kalau betul2 nak pergi route ni memang kene fit, training setahun nih! Bhahaaa... #pegsannnn!

Sunset!
Ni list & kos barang2 aku untuk preparation mendaki Kinabalu ni. Setahun jugak aku plan kumpul duit, beli barang sikit-sikit untuk join trip ni.. Nak beli barang2 outdoor tu better beli time sale la.. Memang berbaloi2.. Masa ada sale hujung taon lepas kat Sport Direct haritu memang sakan r shopping! Memang boleh dapat murah.



Ni bajet aku untuk trip 5 hari 4 malam kat KK. Tiket flight pon beli masa ade sale. Aku naik Malindo. Merlepas tiket RM90 coz dah sold out. T_T





TOTAL DAMAGE : RM 2,750.50





In a nutshell, terima kasih kat organizer Abang Ariff, Cikgu Langit ke tujuh, Team Anak Gunung, Zue, Diana, Kak Anie, Hadi, Najwa, Kak Huda, Pojie, Safwan, Ikma, Mr Exclusive, Lily, Zul, Azim, Faiz, Alya, Qila dan semua2 ahli expidisi mendaki nih! Korang semua memang havoc, best & awesome! Miss uolls! Lepas ni nak naik gunung mana pulak ye???? Everest, ABC, Rinjani?? hahaaaa


'apa guna pergi luar negeri naik kinabalu 
hati saya rindu'....





k.bye!

Comments

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya