Part 2 : Mangrove Tour, Kilim Geoforest Park



Assalamualaikum....



Sabtu, 28 Mac 2015, 9.00am


Sebenarnya aku & the geng backpacking pergi Langkawi! hahaaa...
 First aktiviti pagi ni kita layan Mangrove Tour! 


Are you ready guys???

Jeti di Tanjung Rhu



Kitaorang datang sini sendiri jer. Tak de beli pakej ke ape ke.. Dari pantai Chenang, terus je waze sampai ke jeti Tanjung Rhu. Kat sini baru usha2 harga nak pergi mangrove tour ni. Lepas dah nego2 dapatlah satu bot RM230. Disebabkan bot ni hanya geng kitaorang jer so sorang bayar la RM46. Best la sebab charter bot ni macam kitaorang yang punya! bhahaaa...





'Mangrove Tour' ini adalah lawatan di sekitar Kilim Geoforest Park yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai taman 'geoforest' yang ke-49 dunia dan pertama di Asia Tenggara.

Batuan berusia ratusan juta tahun, malah ada yang mencecah satu bilion tahun membuatkan taman batu dan hutan ini dianggap sebagai ‘taman batuan purba’.




Ada 2 jeti untuk mangrove tour ni sebenarnya. 1 di Sungai Kilim , 1 lagi di sini, Tanjung Rhu berdekatan dengan Hotel Four Season Tanjung Rhu. Haishhh.. Mampu tengok mulut ternganga je la bila lalu depan hotel tu. hahaa ;p

Excited!

Bot yang kitaorang naik ni kira macam teksi sapu la... Gamble jer naik tak pakai safety jacket! lol




Di pagi yang cerah ni, kitaorang memulakan penerokaan menaiki bot 
menyusuri Sungai Kilim sejauh 18 kilometer (km).

Ikan kerapu gergasi

Lokasi pertama : Kolam Ikan



Banyak ikan kat sini.. ada pekerja yang akan buat sikit demo bermain-main dengan ikan.



ikan yu rimau katanya... banyak lagi ikan kat sini



Aksi pegang-pegang ikan yu!


Teruja first time dapat pegang tapak sulaiman!

Muahh ciked Patrick, bff Spongebob! ;p


Ni ikan pari.. besaq wooo...budak tu terbalikkan ikan tu bagi makan kat mulut dia.

Aku dapat la merasa pegang ikan pari hidup... Badan atas die kasar, macam kertas pasir pon ade, bawah die lembut sangat... Rasa macam geli-geli sikit, kekonon buat berani nak pegang! hahaaa... ;p



Kitaorang memilih untuk memberi makan ikan pari (stingray). Ikan pari ialah ikan yang tidak mempunyai gigi dan makan dengan cara menyedut, jadi tak perlu takut untuk digigitnya. Cara untuknya datang kepada kita ialah dengan mengocakkan air dengan berbekalkan umpan sotong atau ikan.


Fobia buntal! lol ;p

Pa dia hang nih Linda!... Dok wat lecehhh!... hahaaa... Kesian kat ikan buntal tu!.. Dok terkejut ikan tu libas2 sirip terkena tangan dia, terus Linda ni campak ikan tu kat lantai! hahaaa...


Aku pon dok kutip ikan tu. Nasib tak tercedera ikan buntal ni.. hahaa... Badan dia keras & petak macam kotak.. Kebal ikan nih! Ni bukan spesies yang menggelembung tu.


Budak tu buat show bagi ikan makan! Best!




Kat fish farm ni ada restaurant. Kalau nak makan seafood fresh2 boleh la try... Dia tangkap & terus masak. 




Serius best naik boat ni... time nak kona kemain die kona baring... menyenget semua ke sebelah... hahaa



Lokasi Kedua : Eagle Feeding (Helang Makan)


Kitaorang berpeluang melihat beberapa ekor burung helang yang bebas berterbangan.


Terdapat lebih kurang 19 spesis burung helang yang terdapat di langkawi dan antara spesis yang terkenal adalah spesis Brahminy Kite.

Satu pemandangan yang sukar didapati di tempat lain bukan sahaja Malaysia bahkan dunia melainkan hanya di Sungai Kilim. Ramai pelancong asing kagum dengan pemandangan ni.



Banyak giler helang merah ni. Nama langkawi pon diberi sempena nama helang ni.. Lang = Helang, Kawi = batu merah. 




Kalau nak tahu, helang tu makan masa time terbang tu... boleh nampak lepas die sambar kulit ayam tu, die terus tunduk dan makan sambil terbang... perghhhh... kerlas kawww!... 



Helang ini adalah binatang yang dilindungi kerana bilangannya yang semakin berkurangan. Makanan yang diberikan ialah kulit ayam kerana ianya boleh terapung untuk memudahkan helang menyambar. 

Namun tabiat pemakanan inilah sebenarnya yang menyumbangkan kepada bilangan yang semakin berkurangan kerana makanannya mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. Kaedah lain sedang dicari untuk mengubah diet pemakanannya. Lagipun helang yang sudah terbiasa dengan cara pemakanan seperti ini tidak dapat mengaplikasikan cara kehidupan semulajadi.

Helangku akhirnya pulang ke sarang tempat asal dia! Bye2 Birdie! T__T
Akar Banir pokok paya bakau!

“Apakah yang membuat­kan Langkawi terkenal di seluruh dunia?”


“Pulau Bebas cukai dan Tsunami membuatkan Langkawi terkenal di seluruh dunia,” 


Apa pulak kaitannya Tsunami dengan Langkawi?

 Tsunami menjadikan Langkawi terkenal kerana ketika kejadian tu berlaku, pokok bakau yang berdepan lautan Acheh menyelamatkan pulau ni daripada gelombang ombak menggunung itu.

Ketika tu, gelombang Tsunami yang sampai ke kawasan ni ialah empat meter dan ketinggian pokok bakau di kawasan itu 15 meter sekali gus me­nyelamatkan Langkawi dan menjadikan pulau ni sebagai pulau yang selamat di Malaysia.


Menyusuri laluan pokok bakau sememangnya cukup mendamaikan. Di Langkawi terdapat 70 spesies pokok bakau dan yang membezakannya ialah daun dan benihnya.

Sesuatu yang menarik mengenai pokok bakau ni ialah ia memerlukan air masin dan sesetengah daunnya yang kuning adalah disebab­kan lebihan air garam yang terdapat di dalam sesuatu pokok.

Menyusuri kawasan pokok bakau ni membawa kitaorang ke Gua Kelawar yang juga menjadi persinggahan seterusnya dalam sesi penerokaan di Kilim Geoforest Park ni.


Lokasi ketiga : Gua Kelawar


Gua Kelawar ni terbentuk oleh aliran air yang laju yang boleh dilihat pada dinding gua yang kasar dan menggerutu.




Kat sini ada banyak monyet!



Kekayaan air dengan mineral kalsit ini membentuk pelbagai formasi menarik seperti stalaktit dan stalagmit. 


Sebelum memasuki Gua Kelawar yang sememangnya menjadi tempat tinggal si kelawar, semua diminta untuk senyap supaya tidak mengganggu kelawar yang sedang tidur atau hanya sekadar bersantai-santai di dinding gua.

Kehidupan kelawar dewasa tidur bergantungan di dinding gua yang tinggi manakala kelawar kecil bergantungan di dinding gua yang rendah.

Dalam gua ni dorang bagi ambik gambar tapi tak boleh ada flash!. So tangkap gambar pon tak nampak ape gelap! Takut-takut batman dan dracula yang tengah tidur terjaga!... ;p hahaha...


Oleh sebab tak dapat bergambar dalam gua, maklumlah, gua tu gelap gelita, tak boleh pasang flash pulak. Makanya jom kita bergambar ramai-ramai luar gua. hahaa



Owhhh birdie terbang kat sini pulak! ;)



Nak masuk dalam gua ni boleh sewa lampu suluh RM1.

Bebajet detektif Conan!
Penampakan 2 ekor momok kat belakang tuh! lol ;p

Next destination, Gua Buaya. Nak masuk Gua Buaya ni tak payah turun bot, sebab kita masuk gua ni sekali dengan bot. Kira macam lalu terowong gitu. Gua ni boleh lalu time air tak berapa tinggi. Kalau air pasang penuh, tak boleh lalu gua ni.


Sepanjang perjalanan naik bot ni, dapat tengok view yang sangat2 cantik!




Hutan paya bakau ni terletak di kawasan pembentukan batu kapur yang timbul dari Laut Andaman yang terdiri dari rangkaian rangkaian sungai dan teluk teluk kecil yang terdapat pelbagai habitat dan spesis yang tinggal kat sini...



Menyusuri laluan sungai dikelilingi batu kapur! Lawa gila view kat sini! Pak cik bot tu kata, dulu ade orang buat shooting filem kat sini. Citer ape tah, Lagenda Budak Setan kot.


Sehingga kini terdapat 90 tapak Geopark di seluruh dunia. Selain dari Kilim Geoforest Park, penarafan daripada UNESCO turut meliputi dua lagi tapak Geopark di Langkawi iaitu Matchinchang Cambrian Geoforest Park dan Dayang Bunting Marble Geoforest Park.


Berusia 550 juta tahun, uniknya Kilim Geoforest Park ni kerana ia adalah formasi batuan tertua di Asia Tenggara dan kewujudannya dianggap asas kepada pembentukan geografi fizikal Malaysia hari ini. 


Stop kat sini sebab nak amik gambar background signboard tu. Kalau tengok betul-betul di atasnya, korang akan nampak macam kura-kura gergasi di situ. Lengkap dengan kepala di bahagian kiri tu dan cengkerangnya.


Lokasi seterusnya : Open Sea (Andaman Sea)

Melawat kawasan laut Andaman yang hampir dengan kawasan jajahan negara Thailand. Sampai je kat sini terus dapat sms signal ‘like staying in Thailand bla bla bla...." Jangan roaming suda! hahaa... ;p


Welcome to Andaman Sea! Kapp Pun Kapp! Sawadeekap!

Sepanjang tour ni akan nampak pulau2 kecil kat Pulau Langkawi. Ada 99 magical island semuanya dan semuanya ada nama. Tapi kalau air surut .. ada 104 pulau. Tapi yangg extra 5 pulau ni takde nama sbb kadang2 ada, kadang takde.


Lokasi terakhir, singgah di Pantai Pasir Panjang. Berhenti setengah jam untuk mandi manda. Cantik airnya, biru kehijauan.



Macam ala-ala kat Krabi, Thailand. Serius macam sama. Kalau aku gebang g Krabi pon mesti orang percaya! lol ;p








Chill!
#followmeto

Perjalanan ke 'Kilim Geoforest Park/Mangrove Tour' ni memang berbaloi, walaupun kena bayar mahal sikit. Memang 'WORTH IT'. Umpama menonton saluran National Geographic secara live tanpa memerlukan TV. hahaa...

Walaupun dalam tu tulis 4 jam tapi takdelah terkejar-kejar di setiap lokasi. Santai jer, berbaloi dengan duit yang dibayar dan dapat tengok keindahan alam semulajadi yang memang cantik!






Comments

  1. lawanya tempat ni. macam best je...alahai bila tabung travel nak penuh ni ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best! hehee.. tak pe, teruskan menabung, lama2 penuh la tu! :)

      Delete
  2. Nak tnye.. Pakej pegi mangrove tour/kilim geoforest park ni trmasuk sume actvti yg disebut kat atas ni ke? Hage nye mcm mne.. Rm230 / bot tu trmasuk actvti atau stiap tempat tu bayaran nye? Mohon pencerahan.. :)

    ReplyDelete
  3. berapa jam yer pakej rm230 nie..bot boleh muat 10 org yer

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing.. enjoy sangat bace sb full of information.. rase lagi excited nak pegi sb kagum... good job n keep it up

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing.. enjoy sangat bace sb full of information.. rase lagi excited nak pegi sb kagum... good job n keep it up

    ReplyDelete
  6. Kalau untuk mak ayah yang berusia 50++ sesuai tak untuk aktiviti mangrove tour ni? xde naik2 tangga kan? kesian kalau mak ayah yang sakit lutut..

    ReplyDelete
  7. Kalau untuk mak ayah yang berusia 50++ sesuai tak untuk aktiviti mangrove tour ni? xde naik2 tangga kan? kesian kalau mak ayah yang sakit lutut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer, sesuai nk bwk family, parents, anak2... just duduk dalam bot. klu tak nak masuk kat gua kelawar tu just tunggu kat pintu depan dia jer..

      Delete
    2. betul sesuai sangat untuk aktiviti family...
      nak datang wasap 0199918036

      Delete
  8. pakai kamera apa ea? Gambar cantik la..

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah