Poskad dari Puncak Kinabalu!




Assalamualaikum....



Tanggal 14 Februari 2015 merupakan detik yang amat bermakna buat Pos Malaysia. Dengan sokongan penuh Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pos Malaysia Berhad telah berjaya melancarkan peti pos yang pertama di Gunung Kinabalu, Sabah. 

Peti pos tersebut yang merupakan peti pos ke 3,110 telah dipasang di Pendant Hut, pada ketinggian 3,289 meter di atas paras laut, sekaligus mencatatkan rekod dalam Buku Rekod Malaysia sebagai Peti Pos di Altitud Tertinggi di Malaysia! 

Pos Malaysia catat rekod lancar peti surat tertinggi di negara
Peti surat itu boleh ‘dihubungi’ melalui pendakian selama empat hingga enam jam dari Taman Kinabalu yang juga dikenali sebagai pintu masuk utama ke Gunung Kinabalu, gunung yang berketinggian 4,095 meter.

Secara tidak langsung, ini meletakkan Gunung Kinabalu sebaris dengan Gunung Fuji, Jepun dan Jungfrau di pergunungan Swiss, Switzerland yang turut memiliki perkhidmatan peti surat di kedudukan altitud tertinggi masing-masing.

Inisiatif yang pertama seumpamanya di Malaysia ini akan menjadi satu daya tarikan baru kepada pelancong di mana mereka boleh mengabadikan pendakian mereka dengan membuat pengeposan poskad dan surat terus di ketinggian 3,270 M, sekaligus bakal meningkatkan populariti dan imej Gunung Kinabalu kepada pendaki dan pelancong seluruh dunia.


Dengan adanya peti pos ini memudahkan pendaki Gunung Kinabalu berkongsi pengalaman mereka bersama keluarga dan rakan menerusi kiriman poskad dengan cap pos khas dan logo Malaysia Book of Records, selain disimpan untuk kenangan peribadi. Peti pos itu akan menjadi antara tarikan baharu untuk pelancong selain dapat terus mempromosi Gunung Kinabalu dalam bentuk poskad atau cop pos khas.



Poskad atau cop pos yang disediakan boleh dijadikan sebagai bahan koleksi terutama oleh para penggemar filateli. Cap dakwat khas yang memaparkan lukisan Gunung Kinabalu dan aras ketinggiannya boleh diperoleh di Pejabat Pos Ranau sebagai cap pembatalan setem pengeposan. 

Surat dan poskad akan dipungut dari peti pos itu pada pukul 12 tengah hari pada setiap hari bekerja. Sebuah van Pos Malaysia telah disediakan di pejabat Mountain Torq, sebuah ejen berlesen Pos Malaysia pada pukul 10 pagi hari berikutnya untuk diproses di Pejabat Pos Ranau. Selepas ia dilancarkan, peti pos ini memperoleh lebih 100 poskad pada hari pertama peti pos itu ditempatkan di Pendant Hut. Ini kerana, Pendant Hut hanya boleh menampung kurang daripada 200 pelancong pada satu-satu masa. 



Aku memang dah berniat nak poskan poskad yang aku beli kat KK tu masa naik Kinabalu haritu. Tapi disebabkan bila dah turun dari puncak tu, sampai ke Laban Rata dah penat gila! Pastu baru teringat nak pos poskad2 tu.. Tapi dari Laban Rata nak naik balik ke Pendant Hunt tu memang dah tak terlarat nak mengharungi anak2 tangga lagi! Ahhhh tidak! Rasa macam dah trauma bila kene panjat tangga lagi! hahaa

 Nasib baik aku dah tulis poskad tu suma awal2 masa dok kat Mesilau Nature Resort haritu. Kalau baru nak tulis time tu jugak memang tak tertulis la... Pegang pen pon dah menggigil2! hahaa... Pastu tengok kat Laban Rata tu pon ade peti pos kecik.. Tanya orang cafe tu boleh tak pos kat sini?? Dia cakap boleh! Ahhh lega tak payah la nak naik kat Pendant Hut tu! hehee...


Seminggu lepas tu, poskad pon sampai kat rumah! Excited giler!


 Lepas tu ade sorang tu dia share kat group wassap, dia punya poskad pon dah sampai! Dia bagi gambar cap dakwat khas tu ada lukisan Gunung Kinabalu dan aras ketinggiannya! Cantik! Aku pon dengan terujanya nak tengok poskad aku!.......


Aku tengok..... aikkk asal aku punya dapat cop Ranau! Cisss! Ingat ke sama jer kalau aku letak kat peti pos kat cafe laban rata tu! Rupanya kene pos kat Pendant Hut baru dapat cop dakwat khas tu! Rasa nak repeat naik Kinabalu semata nak pos kat Pendant Hut tu! hahaaa


Tapi tak pelah, asal poskad aku sampai pon aku dah cukup gembira! Poskad aku hantar kat kawan-kawan aku pon dah selamat sampai.. Yang kat oversea pon dah sampai! Kalau bagi souvenier macam keychain ke, fridge magnet ke tu dah too mainsteam katenyerr! So aku kirim poskad kat dorang. Dorang lagi excited bila dapat poskad aku dari puncak Kinabalu! hehee.. ;)



Aku plan tak nak bagi tau sape2 pon budak kat ofis, aku nak daki Kinabalu ni kecuali member rapat aku 2-3 orang. Kalau tak nanti kantoi ngan bos, aku amik mc sebab sakit kaki panjat gunung! hahaa.. 

Baru2 ni aku balik dari trip holiday ngan member2 aku, 2 hari tak masuk ofis. Nak clearkan suma email.. Tengok2 ade email pasal news letter Group HR.. Perghhh gambo aku setepek! Skang satu ofis dah tau aku panjat Kinabalu! Rupanya ade sorang member tu stalk kt fb aku amik gambar nih! Tetibe femes kejap! ;p hahaaa.. lol



K. Bye!



Comments

  1. wahh,. wak lmbt sikit je smpi pucak kinabalu nih, kalo x leh ngepos poskad aje dr sini., hikhik2

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!