XPDC Gua Batu Maloi


Assalamualaikum.....


Rasa macam dah lama tak buat aktiviti outdoor yang mencabar. So minggu lepas, atas ajakan member, aku pon join la XPDC Gua Batu Maloi ni...


Nak tau ape yang best kat sini, jom kasi terjah!....





Hutan lipur Gua Batu Maloi, Kampung Tanggai, Johol, Negeri Sembilan.





Untuk aktiviti ni, bayaran yang dikenakan ialah RM60.00 seorang. Bayaran ni meliputi permit masuk, khidmat jurupandu arah berlesen, Insurans semasa aktiviti berlangsung, Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Sijil Penyertaan. So kira lengkap la pakej dia!.. ;)



Gua Batu Maloi ni ialah gua granit yang terletak di kawasan lembah di pertengahan dua puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin. 

Ia terbentuk dari tindihan batu-batu besar yang tergolek jatuh dari gunung-ganang berdekatan. Antara tindihan batu-batu itu terbentuklah satu laluan gua yang boleh dilalui oleh manusia.


Gua ni merupakan gua batu granit terpanjang di Malaysia sepanjang 2.38 kilometer laluan didalamnya dan mempunyai 24 check point. Manakala panjang di luarnya pula 987 meter. Hutan lipur gua Batu Maloi ni diselia oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

Muka2 eksited & ta zabarrr nak masuk gua! ;p

Gua ni bukan lah macam gua-gua lain di Malaysia yang merupakan gua batu kapur. Gua Batu Maloi merupakan gua yang terbentuk daripada susunan batu granit yang terdapat laluan di celah-celah batu ini. Laluan ini boleh dikatakan 80% kawasan berair (melawan arus sungai). 

Tempoh penjelajahan gua ni sekitar 3-4 jam bergantung kepada keadaan peserta atau keadaan alam. Track gua ni pula sering berubah kerana batu-batu tersebut akan berubah hasil tolakan arus sungai yang laju terutama setiap kali hujan lebat.  


Setelah menyusuri beberapa anak sungai & trekking sikit melalui denai hutan yang agak berbatu, so sampailah ke pintu masuk gua batu maloi! Ermmm, aku ingatkan gua ni besar!... Ehh ni bukan pintu, ni celah batu ni kene masuk!... Masing2 sedia untuk mengempiskan perut! :p hahaa

Peace yaw!

Sepanjang gua ni, korang perlu meredah track yang agak susah jugak la. Kene prepare mental & fitness! Melompat, merangkak, meniarap, menggelongsor, berenang, menyelam, memanjat semua kene buat dalam air. Terdapat beberapa check point yang menarik kerana bentuk batu dan mitos yang akan disajikan kepada penjelajah gua ini.

Steady2!

Banyak laluan yang sempit dalam gua ni.. Jadi kelebihan la untuk korang yang badan kecik. Huh...Tapi, bukan mustahil jugak untuk yang berbadan besar. Aku pon ade tersangkut jugak nak masuk celah2 batu nih! Nak lepas seribu daya la.... Kalau tak nanti kena tinggal! koh3..


“The cave you fear to enter holds the treasure you seek.” 
― Joseph Campbell


Besar gila batu2 kat sini! Whoaaa! Kagum kejap!



Bila tengok batu2 yang macam tergantung ni, teringat pulak kat citer 127 Hours. Harap2 tak de lah tangan aku tersepit celah batu woi! Lol



Ni part paling scary bila dia potong tangan guna pisau lipat jer! Ohh my.... dah stop verangan! 


Air terjun dalam gua! Syok gila weyh!







Perjalanan yang dipenuhi dengan batu granit putih... agaknya macam ni lah kehidupan orang zaman batu dulu kot...



Kat sini jugak kita akan lalu Gua Kelawar, memang gelap. Bila masuk je Gua Kelawar, seelok-eloknya jangan bising.. Kalau bising nanti kelawar terbang abeh.. Masuk senyap-senyap, pastu suluh lampu, memang banyak la kelawar tengah tido!..beribu-ribu...cuma masuk sini kena tahan hidung sikit, sebab bau busuk najis kelawar...


Ni kat Gua Kapal Layar, ada batu berbentuk layar pada kapal. Bentuk layar tersebut terbelah dua akibat kesan gempa bumi. Kawasan ni boleh memuatkan sekitar 200 orang dan juga dipanggil Gua Dewan.


 Kat sini ade satu batu yang terdapat kesan titisan air yang membentuk seakan-akan Maloi dan Puteri Bunian. Menurut lagenda, Maloi ialah orang asli zaman dahulu kala yang bercinta dengan Puteri Bunian. Maloi menjadi perantara antara orang asli dan kaum bunian. Gua Batu Maloi diberi nama sempena batu tempat pemujaan orang asli zaman dulu.



Acah2 Maloi & Puteri buniannya... hahahahhah!!



Lepas ni lagi mencabar... kitaorang akan melalui celah batu yang dilalui oleh air yang deras...



Memang dasyat!... Air dah la deras, boleh hanyut weyhh, celah batu pulak sempit... bertambah deras lah air tu kan... walaupun mencabar, tapi best!... hahaa

Dah macam pelombong biji timah jer! lol
Aksi batu belah batu bertangkup!

Lega dapat keluar dari gua yang gelap & sempit tu! hahaa... Sapa2 yang ada Claustrophobia tu, tak digalakkan la join aktiviti ni..

Rehat kejap!

Xue Li & Aku
Buaian!



Setibanya di check point ni, kitaorang keluar dari dunia gua yang gelap untuk menghirup udara sedar di permukaan sungai. Dikelilingi hutan menghijau, kitaorang rehat seketika sambil menjamah roti.


Nampaknya meneroka gua batu granit ni lebih ekstrem berbanding gua batu kapur yang pernah aku masuk dulu. Laluan dia memang mencabar dengan masuk celah2 batu yang sempit & mendaki batu-batu licin untuk naik ke kawasan yang lebih tinggi.


Last checkpoint.. Lepak kat kawasan air terjun!

Sini pon ade buai jugak!
Thorbaekkkk!


Balik kene trekking hutan lebih kurang 15 minit. Santai2 jer...




Tips untuk sapa-sapa yang nak ke Gua Batu Maloi ni :


1. Pakai kasut sandle bertali sangat la sesuai. Kalau kasut sesuai jugak, pakai kasut getah, adidas kampung tu. Tapi agak payah sebab batu suka masuk dalam kasut.

2. Jangan lupa bawak "Headlamp" sebab ada kawasan gua yang gelap.

3. Dry bag / waterproff bag. Ni untuk letak stok makanan masa caving kot2 lapar ke nanti. Bawa air minum. 

4. Kamera baling anjing (with waterproof casing). Untuk amik gambar selfie2 dalam gua! lol

5. Seelok-eloknya pakai baju tangan panjang atau hand sock untuk elakkan siku-siku anda luka..

6. Pakai seluar panjang untuk elakkan lutut dan kaki anda luka..


Walaupun baru first time kenal, dorang ni sempoi jer!


Selepas makan, kami semua dianugerahkan dengan sijil pengesahan yang membuktikan kami telah menyusuri Gua Batu Maloi dengan jayanya! Yeayyyyhh! Another great achievement! hahaa..


Bergambar kenangan dengan orang pertama yang meneroka & menjelajah Gua Batu Maloi ni! Pak cik kawasan! Otai la pak cik ni! hahaa


In a nutshell,  Gua Batu Maloi sememangnya lokasi yang berbaloi untuk diterokai terutamanya untuk pencinta alam dan penggemar aktiviti outdoor. Walaupun Gua Batu Maloi bukannya gua batu kapur dan tidak mempunyai struktur stalagmit dan stalaktit, Gua batu granit putih ni memang unik & best!



Comments

  1. Assalam,Hye Nadzirah,
    Sy dr Johor, nk tye mcm mana awk sertai aktiviti ni ye… ?
    If next time ade lg tk?

    ReplyDelete
  2. hangon a minik, nape brader tu potong tangan dia dengan pisau lipat?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Bukit Marak, Kelantan

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS

POKOK GHARQAD. pokok yahudi