Bukit Broga & Gunung Tok Wan



Assalamualaikum.....


Ni kali ketiga aku mendaki Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor. Misi sebenar adalah untuk nak testing ambik gambar guna kamera GoPro Hero 4 aku ni dan meredah Gunung Tok Wan! 

Let's Check it out gais!

Testing-testing 123... 
Ladang Kelapa Sawit!

Naik ke puncak Broga ni jaraknya 1.7 kilometer. Nampak macam angka tu kecil je tapi jangan pandang enteng.. Ni 1.7 naik bukit. Ditambah pulak 4.8km lagi ke Gunung Tok Wan. Kita tengok leh pegi ke tak leh pegi! hahaa....

Pakai kasut hiking yang sesuai

Beli dulu ape-ape yang patut! Macam-macam ade jual kat sini.


Aku telah melalui kekesalan dek kerana tidak membeli air 100+ ni! huhuuu.... Konon-konon air yang dibawa cukup untuk meredah ke Gunung Tok Wan! 
Untuk korang yang bercadang nak ke Gunung Tok Wan, pastikan korang ade bawak bekalan makanan & air secukupnya! 

T___T


Dulu aku naik Broga tak de pulak pintu gerbang nih! Hahaaa... Ok posing dulu! Lulz! ;p

Aku rasa jalan yang lama tu macam dah tak de jer.. Ni macam trek lain skit.. Layankan ajer! Masa ni dalam pukul 8.30 pagi. Aku & the geng baru nak start mendaki. Orang lain semua dah start turun. Sesak jugak Broga pagi tu, weekend la katakan. Berlaku traffic jem la pulak! hahaa


Pemandangan yang tak berapa nak nampak disebabkan jelebu yang tebal! Baru jer nak layan view cantik! Hampa!




Keadaan puncak bukit yang botak, padang rumput menghijau dan boleh melihat pemandangan 360 darjah menjadikan bukit Broga ni special skit dari bukit2 lain yang pernah aku daki!




Bukit ni memiliki tiga puncak dan yang tertinggi berada 400 meter (1,312 kaki) dari paras laut. Masa yang diperlukan untuk tiba di puncaknya ialah di antara 20 hingga 40 minit, bergantung kepada keupayaan pendaki.

Peace yo!

Keindahan bukit berumput yang menghijau ni tak pernah menjemukan! Cukup tenang dan mengasyikkan!





Zoom sikit!

Acah-acah macam trekking kat Himalaya pulak ade flag kecik kaler2 nih! lol ;p

 


I love this quotes! Kat Gunung Kinabalu pon ade qoutes nih!




 

Perjalanan diteruskan pula ke Gunung Tok Wan! Ade satu group budak kolej tu macam nak pergi jugak ke Gunung Tok Wan. So diorang follow aku the geng dari belakang. Kitaorang ni pon men redah je ikut sign yang ade kat pokok sepanjang trek ni. Harap-harap tak sesat la! hahaaa...



 

Trek yang ditempuh agak semak macam jarang orang lalu. Suasana sekitar sedikit suram kerana peratusan cahaya matahari yang sampai ke lantai hutan agak sedikit. Kira macam hutan tebal jugak lah!

Keadaan ni membuatkan persekitaran redup. Dalam pendakian ni, kitaorang menemui sepohon pokok besar yang memiliki akar berselirat. Namun, di kebanyakan kawasan, tiada pemandangan menarik dapat dilihat.




 Gunung Tok Wan ni mencabar jugak lah dan memenatkan berbanding mendaki Bukit Broga. Jarak yang lebih jauh ditambah dengan terpaksa meredah hutan belantara. Mungkin sebab ni lah, tak ramai yang meneruskan pendakian hingga ke puncak Gunung Tok Wan, hanya sekadar di puncak Broga je.

Pewai siott!

Akhirnya lebih kurang 2 jam lebih tercungap, sampai gak kat Puncak Tok Wan ni! Ape lagi, perut pon dah berkeroncong, kasi keluar semua bekalan makanan yang hade, berkelah lah! Tapi macam kesian pulak kat bebudak tu macam tak bawak makanan jer. Kitaorang pon belanje la kuih karipap 3 ketul. hahaa

Muka kebuloq dah ni!
Ayu yang muka maintain ayu time hiking! Ok gua jeles! lol ;p
Selfie ciked!

Memang tak ade orang kat puncak Gunung Tok Wan ni. Sunyi jer. Macam puncak ni kitaorang yang punya! hahaaa... Sepanjang perjalanan pon ade la jumpa 2 orang jer. Tu pon dorang nak patah balik ke Bukit Broga. Pemandangan kat sini sekadar belantara menghijau.

Gunung Tokwan checked!
In a Nutshell Was Here!

Dead hard fans blog 'In a Nutshell'! Tacink! hahaaa... ;p

Nadz Was Here!

Perjalanan balik ikut trek yang sama. Dah penat redah gunung tok wan ni, sampai ke Broga balik! Aiseh macam menyesal pulak coz tak sampai-sampai ke bawah lagi. Hari dah panas terik & air nak minum pon dah habis! Kene turun Broga pulak! hahaaa...


Gambar dari GoPro ni memang lens dia wide giler. Power2! hahaaa... Aku pon still pening2 dengan function dia. Canggih sangat! Tapi yang paling best dia punya screen boleh touch! Awesome!


Follow me leg! 



In a nutshell, total perjalanan dalam 5 jam ++ sejauh lebih kurang 10 km! Fuhhh.... penat jugak la! Kalori yang berjaya dibakar 948 je ker??? hurmmm betoi ka ni dia kira.... macam tak berkurang je lelemak aku! ;p Hahaaaa... Ok next time nak beli jam Suunto lah!






Comments

  1. nanti dah beli suunto, review yeaaa :D

    ReplyDelete
  2. Bila lagi nak pegi g.tok Wan? Nak join.

    ReplyDelete
  3. Bila lagi nak pegi g.tok Wan? Nak join.

    ReplyDelete
  4. Jom tlg guide tok wan hjg mnggu ni..

    ReplyDelete
  5. kat mana nak beli seluar hiking macam awak. #beginner hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli dekat kedai Outdoor world adventure, serdang. Banyak lagi kedai2 outdoor macam Karat Adventure, Bagak outdoor, kat online pun byk jgk

      Delete
  6. Nak ke gunung tok wan perlu ada guide x?

    ReplyDelete
  7. Tak perlu. Boleh tengok tanda kat pokok2. Tapi pergi ramai2 la cz takut sesat pulak cz kdng2 tanda dia keliru skit

    ReplyDelete
  8. Kami baru balik gunung tok wan tadi 8 jam pergi balik kalori 3000++... jam cik silap tu

    ReplyDelete
  9. Kami baru balik gunung tok wan tadi 8 jam pergi balik kalori 3000++... jam cik silap tu

    ReplyDelete
  10. Jerebu yer dik...bukan jelebu n.sombilan...☺

    ReplyDelete
  11. Terbaik post nya..thanks for the info and nice pics..

    ReplyDelete
  12. wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah