Day 3 : Jalan-jalan MACAU!



Assalamualaikum.....



6 September 2015, Ahad, 8.00 am



Hari ni, hari ke 3 di Hong Kong. Kitaorang decide nak pergi jalan-jalan ke Macau.


Tengok map. Kat stesen MTR hong Kong memang ade banyak map.

Dari stesen Mongkok, nak ke terminal feri turun di stesen Tsim Sha Tsui.


Ada 2 jenis jet feri untuk ke Macau. Turbojet & Cotai water jet. Turbojet tu macam mahal sikit la. So kitaorang naik Cotai Water Jet.


Tiket yang kitaorang beli kat agensi haritu kene tukar kat kaunter Cotai Water Jet. Tiket pergi balik harga HKD360.


Nak tau lebih lanjut mengenai Cotai Jet ni, boleh la pergi kat website dia,

The Cotai Strip CotaiJet™The company runs ferry service between the China Ferry Terminal in Tsim Sha Tsui Kowloon and Taipa Temporary Ferry Terminal in Macau. Travel time is approximately 1 hour. Enquiries for schedule and booking please call HK (852) 2359 9990, Macau (853) 2885 0595, or visit the website :



Feri nak gerak pukul 9, jam dah menunjukkan pukul 8.45 dah... Ahhh... So kitaorang bermarathon kat dalam stesen ni nak berkejar ke jeti Feri. Fuhhhh mengah! Agak jauh jugak berlari. Sampai-sampai jer, memang ngam2 dia dah nak angkat sauhhh! Nasibbbb! hahaaaa....


Fuhhh, lega bila dah dapat masuk dalam feri! hahaa.. Keadaan di dalam feri memang selesa. Ade aircond. Perjalanan mengambil masa selama satu jam.




Feri start gerak jer, hrmmmm suma dah mengeroh tidoq! Letih sangat nih! Nak cas dulu tenaga kang nanti nak berjalan seharian kat Macau! hahaa...


Dah sampai di Taipa Macau Ferry Terminal.



Kat Immigresen ni, diorang tak guna Cop tapi hanya guna resit lawatan sahaja. Sama jugak macam kat Hong Kong. Dorang tak cop pon. Korang pastikan jangan hilang sudah resit tu! So, aku punye passport still lagi kosong tak de cop! hahaaa


Lepas keluar dari jeti tu, terus ke seberang tempat shuttle bus setia menunggu. Korang boleh naik mana-mana bas ikut destinasi mana korang nak pergi. Bus shuttle dia free jer. Jimat! Semuanya menuju ke Casino. Nama-nama pusat Casino seperti Venetian Macau, City of Dreams, The Grand Lisboa, Galaxy dan beberapa lagi nama gah pusat perjudian nih. 

Tempat pertama yang kitaorang tuju adalah Venetian hotel. So kitaorang naik bas shuttle ke Venetian. Perjalanan lebih kurang 20 minit.


The Venetian Hotel


Tarikan kat Macau ni selain daripada statusnya sebagai bekas wilayah jajahan Portugis adalah aktiviti perjudian dan Casino. Pusat Casino dia memang perghhhhh! Lawa siottt! World class! hahaa




The Venetian Macau




Venetian Macau ni, merupakan pusat kasino terbesar di dunia dan tersenarai sebagai salah satu tempat paling menarik di Asia. Memang wowww!



Fefeeling macam ade kat Europe uolls!

Haq, Fedit & aku
Memang cantik dalam ni!





Kat sini kire macam Las Vegas la versi asia. 




Kitaorang macam teruja tengok orang-orang kaya dok berjudi pastu sambil-sambil jalan tu dok tangkap gambar. Tengok duit dorang berkepuk-kepuk! 
Nak tengok dekat-dekat tak berani lah! hahaaa.... Security tu suma dok pandang pelik je kat kitaorang. Adekah sebab kitaorang ayu berbaju kurung?? 

Rupanya kat tempat dorang berjudi tu mana boleh tangkap gambar! hahaaa... Kat sini penuh dengan CCTV. Jage-jage! Nasib depa tak rampas kamera aku! lulz! ;p


Macam nak try jer mesin slot nih! Tapi xdak duit Macau! hahaaa...

Kalau dari atas ni boleh la tangkap gambar.. Kalau kat bawah tu memang nak mampus lah cari nahas! hahaa... Tu suma taiko-taiko tengah gambling! 



Lepas tu dari Casino tadi, jalan terus lagi korang akan sampai kat kawasan Shopping Mall. Sini pon cantik giler!



Disini korang tak akan merasa suasana malam kerana tempat ni sentiasa berada dalam keadaan siang. Kat langit tu lukisan! Memang cantik!




Bila dah masuk , korang bagaikan berada di Venice, Itali dan bukannya di Macau. hahaaa...


Excited!


Say cheese!
Nin dia hasil dia! hahaaa
Gondola Ride diiringi dengan nyanyian Soprano! Wahhhh mengancam suara hakak tu kalah Ning Baizura! lol Bergegar 1 mall!
Wowww Butik Jimmy Choo ade kat sini! Bangga jadi anak Malaysia.. eh tetiba..

Sini memang tempat orang2 kaya jer Shopping! Lepas menang judi boleh la shopping sini kot! lol.. Kitaorang sekadar cuci mate je lah!







Ade tapak tangan artis terkenal!




Bagi penggemar dan pengumpul tegar tumbler2 Starbucks, boleh la tapau dua2 sekali! Hong Kong & Macau!

Harga boleh tahan lah! ;p


Lintas jalan

City of Dream!
Terowong cantik!


Sini penuh dengan naga! Garang pulak muka naga tuh! Takut mak!



Dalam City of Dream!
Selfie ciked!

Kitaorang sebenarnye nak menuju ke Senado Square. Korang boleh naik bus shuttle free dari City of Dream nih.

Soho




Kat sini ade ikan duyung. Ikan duyung tu sebenarnya air.. Dia macam screen akuarium yang besar! Dia kejap ade kejap hilang. Ade ikan duyung yang sexy! Sensored! lol




Macau Tower! Dinobatkan sebagai tempat terjunan bungee tertinggi di dunia. Selain bungee jumping, korang boleh uji keberanian korang dengan mencuba Skywalk X dan Sky Jump... Kitaorang tak sempat nak pergi. Maybe next time! Aku teringin nak try bungee jump tuh! hahaa



Perjalanan naik bas ke sini lebih kurang 20 minit. Boleh tengok pemandangan sekitar bandar Macau dari dalam bas. Nak ke Senado Square kene jalan kaki dalam 30 minit jugak.

Jorce Alvares


Bahasa di Macau 

Disini dorang menggunakan Bahasa Kantonis sebagai bahasa utamanya. Namun jangan hairan jika melihat signboard utama Macau menggunakan bahasa Sepanyol. 



 Senado Square



Yeayyyy sampai dah kat sini! Menariknya mengenai Senado Square ni adalah reka bentuk serta warna bangunannya yang begitu unik! Rasa macam ade kat Portugal! lol




Kat sini memang tempat yang selalu menjadi pilihan para pelancong kerana terdapatnya seni dan bangunan lama yang masih kekal utuh. 




Sini tempat wajib pergi bila berada di Macau. Disini juga terletaknya beberapa tempat menarik yang terkenal seperti Ruin Of St Paul , Government Headquarters , Post Office , St Dominic Church.



Kitaorang singgah di Pejabat pos untuk beli setem & mengepos poskad.


Kitaorang sempat beli poskad di deretan kedai kat Senado Square tadi.

Poskad for me, myself & my future husband! lol ;p


Lepas dah beli poskad tu, masa nak beli setem ade orang kat situ bagitau kalau nak poskad free boleh pergi kat Tourism Center dia. Cis! Tak cakap awal-awal! hahaa... Lepas keluar dari post office tu, kitaorang pon pergi ke Tourism Center dia yang bangunan kaler kuning nih! Depan jer dari Post Office tadi.



Memang ramai lah orang kat sini. Kebanyakannye pelancong dari Korea & Jepun. Korang boleh dapat poskad & setem free jer! 



Sukahati korang lah nak amik berapa banyak pon! Yeayyy! Sampai tak larat nak tulis dah! hahaa


Sapa yang dapat poskad dari aku tu, simpanlah elok-elok ye! Tu jelah souvenier yang mampu aku bagi! lol ;p


Lepas dah siap tulis baru dorang akan bagi setem. Dorang akan tengok alamat ke mana kita nak pos poskad tuh. 

Lepas tu terus pos! Settle!


Ruin of St Paul



Salah satu peninggalan sejarah yang turut tersenarai dalam UNESCO. Monumen sejarah yang wajib korang lawati bila datang ke Macau ni.

Finally, we are here!


Ruin of St Paul ni adalah kesan peninggalan runtuhan gereja yang terdahulu. Yang masih kekal adalah pintu hadapannya yang masih berdiri utuh. 







Lepas seharian berjalan memang lapar lah! Kitaorang lepak kat bawah pokok & menikmati bekalan yang kitaorang bawak. Lepas tu hujan pulak turun dengan lebatnyer! Ahhh... berlari-lari anak kitaorang ke bangunan atas kat Muzium Macau. Terbantut dah mood nak makan! hahaa...



 Mount Fortress

Lepas hujan berenti jer, sambung balik jalan-jalan. Kitaorang naik kat atas Mount Fortress. Ketinggian bukit ni hampir sama dengan ketinggian bukit kat A-Famosa, Melaka. Memang rasa macam kat Melaka pulak! hahaa... Kawasan lapang di atas luas juga dan di bina muzium sekali untuk lawatan. Tiada tiket di kenakan di sini. 



Meriam
Sempat solat kat sini
Checked!
Meriam mengadap ke The Grand Lisboa!


Tempat ni dibina pada 1617 hingga 1626, peninggalan sejarah ni mempunyai keunikannya tersendiri. Disini korang boleh lihat pemandangan Ruin Of St Paul dan juga keseluruhan bandar Macau.

Macau Tower!
Kawasan perumahan dia nampak padat. Tapi tak sepadat kawasan apartment di Hong Kong.


Turun balik ke area Ruins of St Paul!

Macau Checked!
Sama kan macam dalam poskad! hehee
In a Nutshell was here!




Sebelum balik, singgah dulu kat Hard Rock Hotel, Macau dalam City of Dream tadi! Sempat beli t-shirt Hardrock selai. Kitaorang tak tukar duit Pataca Macau. Nasib baik leh guna HKD.



Bagi fans Hard Rock, adalah menjadi kewajipan untuk membeli merchandise dari Hard Rock sebagai koleksi peribadi.


Sempat bergambar dengan kawan baru masa kenal dalam bas tadi!

Dalam pukul 7 kitaorang dah sampai balik kat jeti feri untuk balik ke Hong Kong. Rasa sehari memang tak cukup nak jelajah satu Macau. Banyak tempat yang tak sempat nak pergi. Maybe next time! Gudbye Macau!


Next, nak pergi ke Avenue of Stars, Hong Kong.



Previous Entry :

















Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Bukit Marak, Kelantan

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Asykar Pencen!