Day 4 : Dragon's Back Trail, Hong Kong


Assalamualaikum....


7 September 2015, Isnin, 9.00 am


Sambungan dari episod backpack di Hong Kong.

Hari ni, hari ke 4 di Hong Kong. Tinggal aku & Haq je berdua. Mana lagi tempat yang menarik untuk diexplore kat Hong Kong ni ye?? Aku bagi cadangan kat Haq, weyh ade spot best tak nak hike dekat Hong Kong?? Memandangkan aku macam dah lama jugak tak pergi hiking masa ni. Tetiba rasa gian pulak nak p hiking kat Hong Kong ni! hahaa... Haq pon layan jer! ;p

Tengah research, ok terjumpa satu hotspot yang macam best jerrr! 

'Dragon’s back trail'

Jom kasi redah!


Dragon’s back trail ni terletak di Southern District, Hong kong. Memang sangat hujung! Sepanjang perjalanan menaiki bas korang dapat tengok pemandangan yang menakjubkan dari Shek O, Tai Long Wan, Pulau Tung Lung, dan Laut Cina Selatan. Sumpah cantik giler view bukit bukau & pulau-pulau sepanjang jalan!

Map Hong Kong trail

Macam mana nak ke sini :


Dari MTR Sheu Kei Wan Station, Exit A3, naik bas 9 dari terminal bas Shau Kei Wan ke To Tei Wan di Shek O Road. Jalan masuk ke laluan ni adalah di Shek O Road berdekatan kampung To Tei Wan. Pastikan korang melihat papan tanda & bagitau driver bas tu nak ke Dragon's back trail! 


Jauh dari kesesakan & kepadatan bandaraya Hong Kong, trail ni memberikan pemandangan laut yang indah. Dragon's Back Hike ni juga dipilih sebagai Best Urban Hiking Trail in Asia oleh majalah Time (Edisi Asia) pada 2004. 

View cantik!
Tadaa......

Masa start hike ni, cuaca dah mendung. Dah start hujan rintik-rintik. Dah la ni trip main redah jer. Baju hujan tak de, payung ape tah lagi. Aku cakap kat Haq, weyh macam makin lebat jer hujan ni.. Nak patah balik tak?? Tapi Haq cakap kite terus je, nak patah balik dah jauh ni. 


Sepanjang perjalanan, ade la berselisih dengan beberapa orang hikers Mat Salleh. Dorang pon selamber jer redah dalam hujan. Nak follow dorang, bukan main laju lagi dorang mendaki. Semput weolls.. hahaaa...

Lantau Island!

Perjalanan hiking memakan masa sekitar 6 jam dengan jarak 8.5 km. Terdapat petunjuk jalan dan papan tanda yang jelas. So tak de risau sangat akan tersesat atau tersasar dari trek. Tapi masalahnye kitaorang tak berapa nak reti bace tulisan Cina! hahaaaa... ;p

Ke Picnic site



Selamber lah hiking pakai kasut ni! Arghhhh... jahanam!


Sepanjang perjalanan, kitaorang teringat balik masa zaman2 study kat universiti dulu. Kene pergi annual camp, kawad dalam hujan, hiking dalam hutan, kisah2 crush, cinta monyet... hahaaaaa.. kelakar betul! How time flies!.... lol


Trek dia tak de lah susah pon. Macam ala-ala naik bukit broga. Banyak batu-batu & tangga.






Ke puncak!

Kalau tak hujan, ikutkan plan asal memang kitaorang nak turun sampai ke pantai tu! Nak berpiknik sambil main ombak & pasir! Tapi nampaknye terpaksa la lupakan hasrat murni tu! T__T


Tips laluan: Kebanyakan laluan ni adalah terbuka di sepanjang rabung gunung. Bersedia untuk terdedah kepada sinaran matahari, angin dan hujan.





Ni macam mencabar skit nak daki dengan kasut yang licin!

Selalu kalau cuaca cerah & cantik, akan kelihatan orang main layang-layang & buat aktiviti Paragliding dari bukit ni! Nampaknya nasib kitaorang tak berapa baik hari ni. 







Ermmmm... kuciwa view kabus!


Ni antara view yang boleh korang dapat kalau cuaca cantik, tak berkabus! Sumber google.


Laluan Dragon's Back menyambungkan Wan Cham Shan (226m) dan Shek O Peak (284m), menganjur dari D'Aguilar Peninsula. Laluan antara puncak bukit ni, seperti bentuk tulang belakang naga.

Mana nak pergi nih??




Kepada family tercinta, kawan-kawan dan buah hati di Malaysia, salam rindu perantauan dari puncak Shek O Peak! hahaa... ;p



Rumah banglo atas bukit mengadap laut!


Kat sini ade banyak puncak-puncak bukit! Trek dia bersambungan sepanjang Dragon's back trail ni.


Bangku untuk beristirehat sambil menikmati pemandangan laut. Tapi kitaorang dapat pemandangan kabus jer! huhuuu


Tak dapat tengok view laut, layan panorama bukit bukau yang menghijau pon jadi lah. Sirius cantik!




Hiking di Hong Kong sebenarnya hidden activity yang korang boleh buat kalau dah sampai kat sini. So kepada kaki hikers tu, boleh la try hiking kat sini!


Hong Kong trail

Masa turun balik memang layan trek licin & basah. Hampir2 tersadung dan tergelincir! hahaa


Lunyai dah kasut aku! lol



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dragon's Back Trail ni, boleh la usha kat website ni.




Uncle2 ni pon baru turun dari hiking. Nak sembang tapi dorang tak berapa faham english.. Jadi Manglish terus! hahaa

Stesen Admiralty!

Dari katil yang kemas dan cantik ni terus jadi disaster dalam sekelip mata! hahaaa...
Sampai-sampai kat bilik je terus punggah barang2 yang ada dalam beg tadi coz habis basah lenjun!


Kitaorang still lagi stay kat tempat yang sama cuma berpindah bilik coz tinggal berdua jer. hehee.. So dia punya bilik lagi kecik lah!



Next, kitaorang nak pergi ke The Peak! Haritu first day tak sempat nak pergi sebab sesat! hahaa...



Previous entry :













Comments

  1. Wahhh hebatla. Nanie g HK masatu oon xtaw ada hiking trail ni. Btw keep it up dan salam perkenalan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!