Day 5 : Window of the World, Shenzen




Assalamualaikum.....





8 September 2015, Selasa, 9.00 am





Hari ni kami akan bergerak ke Shenzen, China. Perjalanan dari Hong Kong ke Shenzen lebih kurang sejam dengan menaiki MTR. Amik ke stesen yang terakhir iaitu Lo Wu, & kitaorang sudah masuk ke wilayah Shenzhen – Lou Hu.




Shenzhen dan Hong Kong ni sempadan je tapi setiap kali nak masuk kene lalu dekat immigresen lah.
Excited!

Sempat aku grab kasut baru kat ladies market. Stylo tak?? koh koh koh. Dah macam Justin Bieber! lol ; p Jahanam kasut aku masa hiking kat Dragon's Back Trail dalam hujan semalam. hahaaa


Kalau nak masuk ke Shenzen ni, kene buat visa sebab dah masuk dalam negara China. Urusan Visa kawan aku, haq dah buat siap2 sebelum kitaorang bertolak ke HK. Korang boleh jugak apply visa on arrival kalau tak sempat buat visa masa kat Malaysia. Tak macam masuk ke HK & Macau tak perlukan visa.



Kat sini kitaorang menginap di Hotel MUSLIM. Dah book awal2 sebelum datang sini. Satu malam RM109.33. So bahagi dua dalam RM54.70 seorang. Murah jugak lah kalau nak dibandingkan dengan hotel di Hong Kong. 

Kat sini baru la rase luas sikit bilik. Banyak ruang pernafasan. Kalau kat Hong Kong, bilik memang sekangkang kera, bergesel2 bahu kalau nak lalu.. haha




Hotel kitaorang menginap ni senang nak cari tempat makan halal. Bawah hotel ni ade Yi Rong Muslim Restaurant. So boleh la tapau jer makan kat bilik.

Kat sini disebabkan dah masuk China, susah sikit nak online coz tak boleh bukak social media macam FB, IG suma. So aku update kat whatsapp je la.
Nak cari maklumat pon tak boleh nak menggogle! Adehhh.... hahaa... Tapi kalau wechat boleh. 



Untuk maklumat lebih lanjut pasal hotel ni, boleh pergi dia punya website :

http://www.muslimhotelshenzhen.com/info/

Alamat :

No.2013, Wenjing South Road,0518002 Senzhen China 

Tel: 075582259664/35466.


Lepas dah check-in, rehat, makan, solat kejap pastu terus keluar balik. Kat Shenzen ni, sistem train dia lain sikit dari Hong Kong. Setiap kali nak masuk atau keluar dari satu station, kene lalu mesin pengimbas barang. Jenuh jugak lah nak kene tanggalkan beg suma. Memang security dorang agak ketat. Tapi train dia memang pantas! Terbaikk!



Tempat yang memang kitaorang nak tuju adalah ke Window of The World. Dari Hubei Station, ambil subway line 1 ke Shijiezhichuang (Window of the World) station.






Perjalanan lebih kurang dalam setengah jam. Di perhentian Window of The World ni, keluar sahaja dari stationn terus sampai depan pintu masuk. Kompem tak sesat. hehee




Bendera China


Salah satu tarikan pelancongan yang tersohor di Shenzhen adalah Window of the World. Taman tema seluas 120 ekar ni merupakan sebuah taman besar yang terdapat 130 monumen yang ternama dari seluruh pelusuk dunia seperti Menara Eiffel, Piramid Giza, Istana Buckingham, Air Terjun Niagara, Taj Mahal, bandaraya Manhattan dan sebagainya.


Tiket masuk Window of The World adalah RMB180 untuk dewasa.




Kalau dah sampai sini, jangan lupa ambil peta supaya boleh tanda mana kawasan dah pergi. Tempat dia memang sangat luas!




Taman tema ni mirip kepada miniatureland seperti yang ada kat Jeju Island, Korea, Belgium, Taman tamadun Islam, Terengganu, Legoland Johor pun ade dan beberapa negara yang aku sendiri tak pasti.


Around the world to see the sights in one day – it is now possible. Yeayyyyhhh!




Untuk maklumat lebih lanjut mengenai WTW, boleh tengok kat website ni :



Egypt Gate





Nak datang sini, korang kene standby kamera dengan bateri full lah. Macam aku sorang jer dah sampai 3 kamera... Konon nak jadi Photographer. hahaaa... Memang setiap replika, setiap monumen, semua sudut cantik. hahaa


Taman ni terbahagi kepada 8 bahagian yang utama iaitu, Square of the World, International Street, Asia Region, Europe Region, Africa Region, Americas Region, Oceania Region, and Garden of World Sculptures.

Kesemua landskapnya dibina dengan ratio 1:1, 1:5 or 1:15. So besar jugaklah dengan bangunan yang sebenar!



Kawasan ni memang sangat luas, jadi prepare la kasut yang sedap untuk berjalan. Kalau tak larat nak jalan, boleh sewa buggy, scooter ataupun naik monorail. Tapi monorail tu tak lalu kat semua tempat, cuma sebahagian je. 


Tapi kalau nak sewa buggy dan scooter, memang pengsan jugak la, sebab sewa ikut jam. Tapi cara yang terbaik nak tengok benda-benda dalam ni, adalah berjalan kaki... Ready lah untuk barai! hahaaa ;p





Tempat first yang kitaorang pergi, Flying over America




Acah-acah, Nadz takes America! hahaaa.... Agak-agak bila lah boleh sampai ke negara Uncle Sam ni ye?? hik hikk...




The Capitol





Mount Rushmore, Keystone


Batu yang diukir berbentuk wajah-wajah bekas president USA  iaitu George Washington, Thomas Jefferson, Abraham Lincoln and Theodore Roosevelt.



Lincoln Memorial Hall, Washington, D.C.









Jefferson Memorial Hall Washington, D.C.





The Washington Monument in DC




Manhattan, New York





Skyscrappers in Manhattan





Mount Corcovado, Brazil




Statue of Christ ni memang famous di Brazil.


Statue of Liberty. That's Libertas; the Roman Goddess of Freedom. 



Landmark of New York, USA 


The ziggurats of ancient Mesopotamia


Easter Island (Rapa Nui), Chile


El Castillo, Mexico









The Statues of Warriors, Mexico



Grand Canyon Adventure flume ride

Nak naik bende ni kene bayar RMB 10. Dia akan bagi baju hujan & tuala kecik skali. Pastu barang simpan dalam loker RMB1. Best jugak naik bende ni. Dia akan lalu kat dalam kawasan Grand Canyon & atas air terjun Niagara tuh! Memang awesomelah! Tapi get ready lah untuk basah bila dia turun tu! Merecikkkk!


Walaupun dah pakai baju hujan tu, tapi tetap lenjun baju aku! lol


Jom naik roller coaster pulak nak bagi kering balik baju aku! hahaaa


Yang ni free je. Tapi bila masuk dalam roller coaster tu..... gelap gelita tak nampak ape! Lampu dia terbako agaknye.. Keluar2 je dapat pening! bhahaaa.... Beriya aku on video padahal gelap jer! ;p






Memang sumpah lawa giler air terjun nih! Siap ade pelangi lagi! Dia punya merecik pon memang kasi basah la baju! hahaaa


Rasai pelangi, nikmati pelangi!


Thorbaekk weyh!

Pyramid Fantasy Hall




Kitaorang ingat ape bende lah Pyramid Fantasy Hall nih. Dari luar kitaorang dok dengar orang menjerit2! Kitaorang berdua pon selamber je lah masuk. 



Rupanya.... ermmm banyak giler Mummia! Bikin gugur jantung terperanjat! kah3.... Memang terbaiklah dia punya rumah hantu nih! Macam betul-betul ade kat dalam Pyramid yang kat Egypt tu. Ala-ala dalam movie 'The Mummy'. Siap ade efek 3D, ribut, taufan, hujan & Mummy bersepah! Nasib Mummy ni tak kejar orang kalau tak, memang tak cukup tanah nak lari! hahaaa

The Sphinx


The Pyramids of Giza




Kat sini ade unta kalau nak feeling2 macam ade kat padang pasir! hahaa... Kalau nak naik unta tu, macam biasa lah kene bayar! Tapi Pyramid dia dekat atas. Ni pon dengan selamber kitaorang naik sampai kat atas sini... Acah-acah nak pegang Pyramid. Bila petugas dia nampak kitaorang kat atas ni, apalagi cabut lari lah! kah3... 



Triumphal Arch, France





Sudah sampai Paris!! Yuhuuuuu..... (verangan)



Nak usha The Gladiator main pedang kat dalam Colleseum nih! hahaaa


The Colleseum, Italy



Replika ikon-ikon ni dibuat dengan sangat detail, macam yang aslinya. Mulai dari warna, bentuk, susunan bangunan, jumlah tiang bangunan, dan sebagainya.


Parthenon




The Acropolis of Athens, Greece












The Piazza Della Signoria, Florence, Italy





Neuschwanstein Castle - King Ludwigs fairy-tale castle in the alps.








Finally, Bonjour ~ Eiffel Tower i'm coming! hahaaa



Saiz Eiffel Tower ni katanya satu per tiga dari saiz asal.. Memang besar! Nak trip honeymoon kat Paris please! lol (goncang tabung travel!)




Eiffel I'm in Luv!




'In a Nutshell' in Paris uolls! hahaaaa.... :p


Kawasan yang sangat luas dan berbukit ni, memang mencabar kekuatan tapak kaki ku...tak terlarat rasa nye nak menghabiskan rondaan theme park ini. Tepat jam 6.30pm hari pun dah gelap.




Diantara banyak2 landmark yang terkenal ni, menara Eiffel adalah salah satu bangunan yang paling real dan paling menarik perhatian. Replika ni memiliki ketinggian sekitar 108 meter.



Bila lalu kat bawah menara ni, aku ternampak tangga! Aku pon cakap dengan Haq, weyh ade tangga lah! Jom naik atas! Excited! Bhahaaaa... :p So, kitaorang pon gigih la mendaki tangga! Sampai kat tengah2 rase sempot! lol



Pemandangan dari atas menara Eiffel.



Pergunugan Swiss


View dari atas!


Ni baru kat tengah-tengah! Ade pitstop untuk melepak. Rupanya ade jer elevator dari bawah nak naik atas ni. Tapi dekat kaki yang sebelah sana. Kitaorang tak nampak coz kaki menara yang terdekat ni ade tangga jer.... So main redah je lah naik! ;p koh koh koh



Taj Mahal


Untuk naik ke puncak paling atas Eiffel ni, ada lagi lift & dikenakan bayaran RMB 50. Kalau tak silap aku lah. Lupa sudeh :p.. Dorang ni memang buat duit betul. Tapi dah alang-alang naik separuh, baiklah naik sampai atas menara Eiffel ni terus! hehee...


Kat atas ni angin kuat giler. Sejuk weyh! Rasa macam bergoyang je menara nih! Gigil lutut! Hahaa.. Tapi memang cantik lah layan view kotaraya Shenzen!


Tempat ini buka dari jam 9.00 pagi sehingga 10.30 malam. Tapi better datang tempat ni pagi & lepak sampai petang. Kitaorang sampai pon dalam pukul 2 petang tak sempat nak khatamkan seluruh kawasan jajahan.



Dah naik sampai atas ni, terbit rasa menyesal coz banyak giler tempat yang tak sempat nak diterjah! T_T Kat atas ni memang boleh nampak semua replika2 bangunan! Patut kene naik menara ni awal2 kot senang nak tinjau lokasi! hahaa



Dalam banyak-banyak replika, Menara Berkembar KLCC tiada kat sini.


Sydney Opera House & Harbour Bridge



A typical landscape of Holland, with windmills and tulips.



Arc de Triomphe dari atas! Sangat cantik!



Shwedagon Pagoda, Myanmar, Merlion, Singapore. Ni semua belah2 Asia.



Yang bumbung bujur putih tu adalah Alps Ski World! The biggest indoor ice theme park kat China. Memang tak sempat pon nak pergi kat situ. Macam best jer kalau dapat main ice skating! Tapi kalau nak masuk kat situ kene bayar lain pulak lah.




Ruang pentas utama. Kat sini dorang ade buat macam-macam persembahan. Kene tengok jadual dia.


Kalau korang dah sampai Shenzen, memang wajiblah datang sini walaupun harga tiket macam mahal sikitkan... Rase macam dah tour satu dunia! hahaa... Masa yang diperlukan kalau datang ke sini? SEPANJANG HARI!!! Memang sakan bergambar, sebab tempatnya cantik-cantik.


Walaupun baru pukul 7, tapi memang dah gelap kat sini. Dia pasang lampu kat Eiffel tower ni memang cantik giler. Macam feeling kat Paris gittew! ;p



Ok tapak kaki dah lunyai! Kaki pon rasa mau tercabut sudah! Esok nak pergi kat satu tempat lagi yang memang rare kat Shenzen ni! Stay tuned!


Previous entry :



























Comments

  1. tak sabar nak tunggu next entry..semua tempat best2 ;D

    ReplyDelete
  2. salam..
    I'm planing my trip to HK-Guangzhou-Shenzen-Macau next january. do you have full itenary for ur trip there?. If u dont mind to share with me, kindly email me suelaiey@gmail.com.

    ReplyDelete
  3. nk Tanya,the Muslim hotel tu,tempah mcm Mana? Ada email dia ke yg blh dishare x

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Bukit Marak, Kelantan

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS

POKOK GHARQAD. pokok yahudi