Day 6 : Dapeng Fortress, Shenzen





Assalamualaikum.....


9 September 2015, Rabu, 9.00 am


Hari terakhir. Kitaorang berhasrat untuk ke Dapeng Fortress di Shenzen, China. Chekout dari hotel seawal 7.30 pagi menuju ke stesen Louhu untuk simpan barang. Sebabnya nanti kitaorang akan berpatah balik ke sini untuk kejar flight kat Hong Kong.



Boleh simpan beg & barang2 kat sini. Tapi kene bayarlah. Ada loker penyimpanan. Nak tukar duit pon boleh kot2 tak cukup duit nak shopping ke..


Now bergerak ke Dapeng Fortress menaiki bas. Bas no berapa aku dah tak ingat. Aku memang ade masalah short term memory! lol.. Sebenarnya, kat Shenzen ni, Haq ade sorang kawan. Nama dia Zou. Mulanya kitaorang macam ragu jugak dengan si Zou ni. Leh percaya ke beb dia ni?? Cakap english pon dia tak berapa faham. Siap taip dekat phone baru leh paham. hahaa....

Zou ni lah yang bersungguh-sungguh nak bawak kitaorang ke Dapeng nih. Perjalanan agak jauh jugak. Memang masuk ke kawasan desa, lalu bukit bukit yang menghijau dan pemandangan lautan luas kiri & kanan. Memang cantik!


Ni hao! Welcome to Dapeng Fortress!




Dapeng Fortress ni sebuah kota tua yang berjarak sekitar 55 kilometer dari kota Shenzhen. Kembali ke era tahun 1394. 600 tahun dulu kala.

Jom terjah ape yang menarik kat sini! 



Masuk-masuk jer ade banyak kedai cenderahati. Misi kitaorang nak cari poskad sebagai souvenier untuk diposkan kepada diri sendiri! hahaaa...


Banyak cenderahati yang unik & cantik. Memandangkan bajet pon sudah berada di bawah paras kritikal, ermmm cuci mata je lah!




Lonely Planet ranks Dapeng Village ni sebagai tarikan nombor satu kat Shenzen! So ni kira tempat wajib singgah lah kalau korang dah sampai kat Shenzen nih! hehee




Kubu Dapeng ni adalah sebuah kompleks benteng pertahanan purba yang dibina pada abad ke 19 era Dinasti Ming (1394) untuk melindungi pantai selatan dari serangan lanun Jepun. World War I.

 Kemudian pada tahun 1838, kubu ni juga menjadi tempat perlindungan dari pencerobohan tentera laut British (dengan itu bermula siri peperangan Opium Wars).

Excited!



Various old looking structures…



Ancient City





beautiful views of Shenzhen 


Kung Fu Shaolin!



Selfie dengan pak cik dari Tanah Besar China.




interesting old buildings…


Feeling2 macam dalam cerita 'Once Upon a Time in China'



Dapeng Fortress Museum












Zou belanja kami Tau Fu Fah bagi membasahkan anak tekak. Xiexie! Cuaca kat sini agak panas terik jugak!



Kat pintu depan tadi tu macam ada rumah kat atas dia. Kitaorang naik ke atas. Rumah ni dulu sebenarnya, pos pengintai musuh. So dari atas ni senang nak tinjau untuk mengamati keadaan di sekitar benteng.



Pakwe made in China! hahaa




Suatu pengalaman yang menarik melawat kat Dapeng Fortress nih!


Replika Dapeng Fortress



Poskad from Shenzen with love! XOXO


Sedia untuk dipos ke tanah air!


Keluar je dari Dapeng Fortress tadi, ternampak satu restoran chinese muslim! Teruja sebentar coz kat sini memang susah giler nak cari makanan halal! Perut pon sudah berkencorong berirama baekk punya!

Jom lah melahap!


Original nasi goreng cina made in China! hahaa


Pak cik owner kedai ni pon teruja tengok kitaorang gegadis bertudung datang makan kat restoran nih! Mungkin jarang jugak orang muslim yang datang sini. So, dengan murah hatinya, pak cik ni belanja kitaorang berdua makan free! Moga murah rezeki pak cik ni! Xiexie nin. Tapi untuk Zou, dia kene bayar lah untuk makanan dia! hahaaa....


Moga restoran pak cik ni terus maju! Korang yang datang ke Dapeng, wajib singgah kedai ni. Owner dia sangat peramah dan baik hati!



Next, kitaorang singgah ke kawasan pantai!




Nadz takes Shenzen!


Banana Boat!

Hotel mengadap pantai

Dapeng Stop


Louhu Station



Zai'jian Shenzen! Papayy Zou! Till we meet again! Back to Hong Kong!


Kembali ke Malaysia!





In a nutshell, suatu pengalaman yang indah & menarik menjelajah ke kota Hong Kong, Macau & Shenzen!


toodles!





Comments

  1. oh kenapa kita tak tahu pasal kota lama ni... aduhai mnyesal nyer.. tak pasal2 kene repeat balik hahahah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa... saya pon baru tau pasal kota ni.. awak kne ripit lah nampaknyer! hehe

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS