Road Trip Perlis - Thai Part 2


Assalamualaikum...


Disebabkan flight aku, ehh train aku pukul 7.30 malam ni, tak dapat lah nak lepak kat sini lama-lama.. Adehhh, terbit pula rasa penyesalan beli tiket awal-awal! Kalau tak, mau dah lajak p Hadyai & Krabi terus! hahaaa


Bagi menghilangkan penyesalan, kita kasi tangkap gambar kat signboard2 kat Thailand ni dulu! Baru lah feelin2 roadtrip kan! bhahaahaa... Tak dak koje! Lepas tu kene hon dekat kereta2 yang lalu kat tepi jalan! Sibuk jer! kah3...

Ban Prik

Misi mencari abam Sado di Sadao! hahaaa...


Marilah kembali ke pangkal jalan! Padang Besar sebenarnya ada 2. Satu kat perlis & satu kat Thai. Tapi memandangkan dah kesuntukan masa, terus je ke border... 


Layan tomyam sat kat Padang Besaq. Memang kaw! Pastu sempat shopping jersey kat sini! Rambang mata weyhhh! Peminat2 jersey bola sepak haruslah datang kat sini! Memang meroyan! hahaaa

Next ke Gua Kelam ke kite!


Fee entrance, seringgit aje!


Dulu penah datang p berendam kat ayaq terjun jer! hahaa


Welcome to Gua Kelam, Perlis!


Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi. Gua ni juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit.


Jambatan gantung di dalam ni menjadi tarikan pelancong. Air yang yang mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis.


Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu. Lebih kurang macam dalam gua tempurung. 


Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit.


Woww ade secret garden! Secret sangat!






Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Memang aku rasa kelam je masa depan lepas keluar dari gua nih... hahaa


Bergossip tepi sawah!


Last pitstop, lepak kat tengah2 bendang sambil melayan angin yang sepoi-sepoi bahasa! hahaaa


How to take selfie like a pro! hahaaa

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui, selama ini

Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami...


Gudbye Perthlis! Till we meet again!




Terima kasih banyak-banyak kat Dayah & Haliza coz sudi bawak aku jalan-jalan kat sini! Jadi tour guide, field trip ke Thailand. Layan kerenah gila aku nak amik gambar kat signboard, kat tengah-tengah sawah padi. hahaa... 

Aku memang dah lama teringin nak amik gambar kat tengah-tengah bendang! Al-maklumlah gua dok kat tengah2 bandar, memang jarang lah jumpa sawah padi! hehee...




In a Nutshell, walau berminggu dah berlalu, tapi entah kenapa, fikiran selalu melayang ke sana. Hatiku dah tertinggal di Araustralia mungkin.. Rindu dengan suasana yang tenang, damai & sawah padi yang menghijau! 




Moga jumpa lagi for my next trip! Tapi ermm.. rasa macam tak tercapai jer misi nak ke ladang bunga matahari di Lopburi! Awaaa, bawa ittew please! huhuu..







Comments

  1. Wishlist nanie juga nak amek gambar kt tgh bendang sawah. Masatu g langkawi pon x sempat snap.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sawah yang luas Singburi ke Chainat. Chainat, wilayah yang jadi pusat beras rata-rata tempat dari sana. Ladang bunga kat Bangkok pun ada. Happy AEC year! welcome to Thailand.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS