Solo Trainpackers ke Araustralia!


Assalamualaikum....



Aku mengembara secara solo ke Araustralia dengan menaiki keretapi. Yo, pekejadah Araustalia. hahaaa.... Tujuan aku ke Perlis adalah untuk menghadiri perkahwinan sahabat baik aku masa sama-sama belajar kat universiti dulu. 


Aku saja nak try pengalaman naik keretapi yang koc katil punya. Nak naik ETS tu, harga dia leh tahan jugak dalam RM80++ untuk sehala sebab dia laju. So aku memilih untuk naik keretapi tanah melayu. Ni trip santai ajer.. Harga untuk katil bawah mahal sikit berbanding katil di sebelah atas. Tapi tak pelah demi keselesaan. Aku memilih katil bawah dengan harga RM53.00.


Tapi untuk balik dari Perlis ke KL, koc katil dah habis. So amik yang tempat duduk biasa jer. Harga RM41. Bersedialah untuk kejang urat bontot. hahaaa... Untuk korang yang bercadang nak beli yang koc katil, better beli tiket awal. Sebulan sebelum tarikh nak pergi tu. Ni aku beli tiket pon last minute jugak!


Perjalanan mengambil masa dalam 9 jam jugak lah. Macam ni lah rupanya koc katil dia. Selesa jugak. Ada toilet kat hujung sekali.



Kalau korang bawa beg besar-besar jangan risau, boleh je letak kat bawah. Tapi jangan la sampai menghalang laluan passenger yang lain. 



Sepanjang perjalanannya, kereta api ni singgah di beberapa stesen utama. Oleh kerana tren ni hanya perjalanan malam, jadi tak dapatlah nak rakamkan gambar pemandangan di sepanjang laluan kereta api. Train dah start jalan, so tido je lah.



Sunrise!




Dan bila fajar menjelma, itu permulaan hari baru....

Ha... hari pon dah siang. Baru lah boleh nampak view. Disebabkan koc ni yang belakang sekali, aku pon usha la tingkap amik gambar railway ni. Laju jugak dia bergerak selaju degup jantungku... ehh


Dah siang-siang ni meriah pulak. Kalau malam tadi krik-krik jer... dengan bunyi cengkerik dan dengkuran.. hahaa



Merenung ke luar jendela, sambil acah-acah baca buku bagi mengelakkan kepishangan.... Al-maklumlah lone rangers! ;p




Woooo... excited gila bila dah nampak sawah padi yang terbentang luas! Dapatlah aku tengok pemandangan yang cantik sebab keretapi lalu kat tengah-tengah sawah padi. 




Pemandangan yang luas saujana mata memandang! Padi yang menghijau, damai yang mempersona. Aku leka seketika sambil mengambil gambar.


Tenang!


Macam ala-ala kat Perth! Ye lah Perthlis!



Akhirnya, sampai juga ke stesen Arau! Yaww Araustralia uolls! hahaaa






Touchdown Perthlis Indera Kayangan! 




Comments

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!