Layan tangga Batu Caves!



Assalamualaikum


1 Januari 2016


Sempena tahun baru, dengan azam & semangat berkobar, aku nak work hard & train harder! Tahun ni, ada banyak misi dan ekspedisi untuk dilaksanakan! hahaa... Bagi memulakan tahun yang bakal melakar sejarah dalam hidup aku, marilah kita test fitnes & mengasah tapak kaki di tangga batu caves!

Aku memang dah lama simpan hasrat nak panjat 272 anak tangga Batu Cave ni. Kata orang, once in a life time. hahaa... 


Ternyata kedatangan kami pagi ni agak bertuah kerana dapat menyaksikan upacara ritual masyarakat India memohon doa dan hajat. Rupanya depa nak pi semayang sempena tahun baru nih! 


Batu Caves ni menjadi tumpuan pelancong asing dan warga tempatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang keistimewaan tempat ini. Dari jauh sudah kelihatan sebuah patung yang bewarna keemasan sambil memegang tongkat dengan ketinggian 42.7 meter. Patung inilah yang menjadi kebanggaan di sini sehingga diiktiraf sebagai patung Dewa Murugan yang terbesar di dunia! Wooooo....

Gua ni adalah salah satu kuil Hindu yang paling popular yang berada di luar negara India, khusus kepada Dewa Subramaniam.


Pada tahun 2006, patung gergasi Dewa Murugan setinggi 42.7 meter telah didirikan dengan diselaputi warna keemasan. Selain patung Dewa Muruga, Batu Caves turut memiliki patung Dewa Hanuman setinggi 15 meter yang didirikan sejak sedekad lalu.


Sebenarnya Batu Caves ni merupakan gua batu kapur yang telah wujud lebih seratus tahun dahulu. Gua ni juga terkenal dengan stalaktit dan stalakmit yang begitu indah terbentuk di dindingnya. Di sinilah upacara Thaipusam akan disambut secara besar-besaran oleh masyarakat India.


Di ketinggian hampir 100 Meter dari dasar laut, kompleks kuil Batu Caves terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa gua kecil. Gua yang terbesar dikenali sebagai Cathedral Cave atau Gua Kuil. 

Didalamnya tedapat sebuah kuil Hindu. Untuk sampai ke gua ni, haruslah menempuh sebanyak 272 anak tangga. Fuhhh merecik jugak peluh jantan ehh...



Me & my partner in crime! #duohikers


Batu Caves ni, ia menarik perhatian bukan sahaja penganut Hindu Malaysia, tetapi juga penganut Hindu di seluruh dunia seperti India, Australia, Singapura, Thailand dan Eropah. Pada tahun 2007, perayaan Thaipusam menarik lebih daripada 1.5 juta penganut Hindu, menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar dalam sejarah dunia! Fuhh...


Kat atas ni, terdapat lubang kat tengah-tengah gua! Landskap yang sangat menarik!


Bagi yang nak menguji stamina, boleh la berlari-lari anak sambil memanjat anak tangga ni. Test sikit power ke idok stamina tu! Nampaknya fitness ditahap yang agak kurang memberangsangkan, below the par! lulz... Mengah siottt!


Hanuman Statue


Tengok upacara perarakan live. Terasa seperti berada di kota Mumbai! hehee


Tengok apa lagi yang menarik kat Batu Caves ni. Kami pon masuk ke Gua Ramayana. Kene bayar RM5 seorang per entry.





Jom tengok ada apa dengan gua ni?!



Struktur gua yang maha indah dengan pemandangan stalaktit dan stalakmit di dalamnya. Terdapat banyak patung-patung yang membentuk ceritera yang tersendiri tentang kepercayaan Hindu memenuhi dinding-dinding dalam gua ni. 


Penataan cahaya lampu memberi kesan khas gua yang membangkitkan suasana seram-seram sejuk... Suasana kat sini sunyi jugak sebab gua ni berada di hujung sekali kat kawasan batu caves ni.



Patung gergasi yang tengah baring nih, teringat pulak macam cerita Gulliver's Travel yang Jack Black berlakon tuh!









Struktur gua yang cantik & unik kat dalam ni.


Di penghujung gua. Nampak seperti bekas tapak melombong biji timah. Tapi telah dipagar. So tak boleh masuk kat dalam tuh.


Keluar dari gua ni, sambung panjat tangga batu caves tadi!





Kagum dengan semangat kental mak cik & pak cik yang gagah naik tangga ni untuk pergi kuil kat atas nih! Kagum jugak dengan mereka yang gigih naik merangkak & guna lutut! Agak seriau! Mungkin ni cara dorang nak menghapuskan dosa. 

Followmeto


6 round, 1632 anak tangga done! Ok menggigil tulang rusuk ehh kepala lutut! Ingat nak buat 10 round, tapi disebabkan keadaan agak sesak & agak mengganggu dorang datang nak semayang! Maybe next time leh repeat!



Acah-acah Lara Croft, Tomb Rider! ;p




In a nutshell, Bucket list #63 Panjat tangga Batu Caves checked! 





Comments

  1. mai panjat tangga seribu kenangan dekat lgkawi pulak...

    ReplyDelete
  2. mai panjat tangga seribu kenangan dekat lgkawi pulak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!

Thailand part 6 - Jim Thompson Farm

Castella Cafe, Gerik, Perak!