Dejavu di Kinabalu- Pt 1


Assalamualaikum


28 Januari 2016, Khamis, 10.00pm


Fuh, fuhhhh.... Sekarang ni baru sempat nak menaip entry pasal kinabalu ni! Minta maaf la ye kekawan semua yang dah lama ternantikan entry ni untuk menyusul! hahaaa.... Maka bermulalah episod pertama, Dejavu di Kinabalu! 

Aku sebenarnya memang rindu giler dengan Gunung Kinabalu. Akinabalu seakan-akan menyeru kembali memanggil-manggil namaku! So aku banyak jugak lah mengikuti perkembangan pasal Gunung Kinabalu ni selepas kejadian gempa bumi tahun lepas tu. Dah la ade sorang mamat ni, Musz (bukan nama sebenar) baru naik Disember lepas. Hishhhh, aku pulak yang berkobar-kobar tengok dia naik! Bikin gua panasss jerr! hahaa..So aku memang teringin nak naik lagi, nak try laluan baru yang dikatakan lebih mencabar dari sebelum nih! 

Tapi serius tak sangka aku akan naik semula tahun nih! Kira macam last minute jugak preparation aku. Bila dapat offer dari Abang Ariff, Organizer untuk Projek ni, aku rasa terkejut jugak! Tapi, rezeki jangan ditolak! Hahaaa... Aku pon telah mengajak secara paksa rela, my hiking partner, si gadis Ayu untuk join trip nih! So kitaorang berdua beriya lah dok training kat gym di saat-saat akhir! Kasi mantapkan stamina! hahaaa...

So tibalah hari yang dinantikan, aku & team anak gunung (TAG) akan berlepas ke Kota Kinabalu pada malam khamis. Tu pon lepas pulun siapkan kerja-kerja kat ofis! hahaaa... Masa kat airport je dah bikin celaru, aku & Ayu dengan confidentnya pergi ke KLIA 2... Pergi kat kaunter apehal tak de kaunter MAS ni weyhh??? Adehhh rupanya MAS semua dekat KLIA 1. Ok kene patah balik! Fuhhh, nasiblah sempat & tak terlepas flight! Almaklumlah, sebelum ni aku selalu naik Air Asia & Malindo jer kat KLIA 2... :p


Dari kiri, Fad, pengiring Adam, Dr Ramli, Adam, Abang Ariff & Khairil semasa di KLIA 1 gate sebelum berlepas ke Kota Kinabalu. Gambar yang telah dimuat naik di FB oleh Dr Ramli ni mendapat perhatian ramai dari group-group hiking! Semua memberikan sokongan padu & kata-kata semangat kepada Adam untuk mendaki Gunung Kinabalu! Gud Luck Adam!


Amboihhh, sempat ajer Cikgu Zul ambik gambar dengan pramugari cun! hahaa


Ok dah selamat take off! Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah! Kali ni pendakian kami sangat istimewa sebabnya ni project khas Abang Ariff, Cikgu Zul & (TAG) iaitu OKU Mount Kinabalu Challenge & Paragliding dari puncak Kinabalu! 

Perghhhhh perghhh perghhhh! Aku dengar pon dah bikin teruja tahap maksimum! hahaa... First sebab ade Hasrullah Azrulkhan aka Adam, pendaki yang istimewa, mendaki menggunakan tangan & lagi satu aktiviti paragliding oleh abang Anwar Rizwan aka Planta! Fuhhh.. aku teringin nak flydown dari puncak naik paragliding tuh!!! hahaaa.... 

Katanya pendakian ni akan mendapat liputan dari Majalah Tiga! Tapi, masalahnya krew dorang tarik diri di saat-saat akhir! Wartawan tu tak fit katanya! Kemon lah! Adakah wartawan mereka semakin kurang berkualiti?? Ermmm... patutlah rancangan majalah 3 makin sendu jer sekarang nih! ;p


Ku pikir sape la insan bertuah yang dapat flydown dengan abang Planta dari puncak Kinabalu tuh! Aku tanyalah dengan abang Ariff, saya nak naik paragliding tu boleh tak?? hahaaa... Abang Ariff cakap ok nanti abang bincang dengan Planta! 

Pastu lepas bincang punya bincang, ok Nadz on! Fuh, fuh.... bertambah lagi keterujaan aku! Adrenaline rush! hahaaa...... Tapi Ayu pon teringin nak fly jugak! Masalahnya payung terjun ade satu jer! Patutkah aku terbang tinggalkan Ayu setelah kami sama-sama mendaki hingga ke puncak?? hahaa.... Nantikan di episod akan datang!



Makanan dalam flight. Aku telah memilih roti jala sebagai alas perut. hehee.. Sampai je di KK, malam tu kami telah menginap di Marina Court Resort Condo. Tempat yang sama aku datang tahun lepas. Macam penthouse, ade 2 tingkat dalam dia dan 5 bilik. Satu bilik tu boleh sumbat dalam 4-5 orang.


Esok paginya, kami dah siap-siap berkemas!


Yang lain tengah syok bersantai & layan main game playstation Tekken 6 sementara menunggu team member yang lain sampai ke KK pagi ni!



To be continued!........






Comments

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya