Dejavu di Kinabalu - Pt 3



Assalamualaikum






30 Januari 2016, Sabtu, 7.00am



Tibalah hari yang dinantikan. Misi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Seawal pagi lagi kami dah bersiap-siap dan sediakan bekalan untuk mendaki secara berjemaah. Prepare roti bersalut butter, telur rebus & yang penting ada buah pisang untuk tenaga segera. Pisang ni kaya dengan magnesium dan potassium serta serat larut yang menghalang perubahan radikal dalam darah. Pastu bawak jugak coklat2, kalau ada buah kurma lagi bagus! Tenaga yang banyak diperlukan semasa mendaki.

Persiapkan air semaksimum mungkin yang korang boleh bawa. Tapi, perlu diingatkan agar berat air tidak menjadi terlalu membebankan. Air sangat penting bagi mengelakkan dehidrasi @ kehilangan air dalam badan. Bawa sekurang-kurangnya 500ml bagi air isotonik dan 1.5 liter air kosong.


View lautan awan dari depan rumah pon dah bikin teruja!


Awat anjing kat sini dah macam rupa beruang jer! hahaa.... Mungkin disebabkan anjing-anjing ni duduk di kawasan pergunungan yang tinggi dan sejuk, so semua nampak comel dan gebu sebab bulu dia tebal! heheee



Khairil yang over excited! ;p


Selfie dulu satu kali dekat homestay kami! Yeahhh!




Bersama Abang Paraglider, Anwar Rizwan aka Planta Runner yang menjadi idola gadis-gadis! Kelihatan katang disitu, bergaya dengan memikul beg payung terjun yang seberat 25kg! Wowwww! Aku nak try angkat beg tu pon memang tak terangkat! hahaaa


Yeahhhh! Taa zabarrr nak fly ngan Abang Planta! hahaaa

Apa yang specialnya hari ni 30 Januari 2016, adalah hari jadi aku yang ke .... ok rahsia! hahaa... Aku baru jer nak plan mereput kat umah on my birthday. Tak ku sangka hari ni dapat naik semula ke Gunung Kinabalu! Bila dapat offer & sponsor, rezeki jangan ditolak! heheee... 

Kalau tak, aku diberi tugas sebagai pengacara untuk buat liputan mengenai pendakian Adam nih, tapi disebabkan wartawan majalah 3 tu tarik diri di saat2 akhir, so tak jadi lah aku mengacara! hahaa


My best hiking buddy, my gym partner in crime, my colleague, my running buddy, my bebbi acah-acah lesbo partner! Hahaaa... Kami bakal berpisah sikit saje lagi! Membawa haluan hidup masing-masing. Lepas ni kau pasti rindu guling-guling kat aku!... Dah kenapa aku sedih terok ni weyhhh! uhuk-uhuk... *nangis


Kami punya permit untuk mendaki!



Beg payung terjun yang seberat 25 kilo! Harga untuk bayar porter untuk angkut payung ni sampai ke sayat-sayat ialah RM450! Hambekk ko! Memang salute kat porter yang angkat payung nih! Berat kot!



Waaa... Abang Ariff dah boleh jadi malim gunung nih! Ada gaya dah! hehee

Shades on babe! :p
Barang-barang yang berat seperti windbreaker, glove tebal, sandal, bekal air 100 plus 1L dan lain-lain, kami bagi porter bawak sampai ke laban rata. Bayaran untuk porter RM13 bagi 1 kilo. Total barang kami berdua 7 kilo x RM13 = RM91. So bahagi 2 dalam RM45.5 seorang.

Jejaka-jejaka terhangat di pasaran! Mai-mai pilih, boleh pm tepi! hahaa


Muka-muka Team Anak Gunung yang ceria & bersemangat sebelum mendaki!


Gambar kat depan peta!


Misi kami untuk sampai ke Low's Peak!


Map baru untuk ke puncak kinabalu melalui trail Ranau! Laluan dari trail Mesilau dikatakan rosak teruk akibat kejadian gempa bumi Jun tahun lalu. Sempat jugak aku merasa trek melalui laluan Mesilau tahun lepas, walaupun laluannya lebih jauh, tapi sememangnya laluan Mesilau sangat-sangat cantik berbanding laluan Timpohon!

Boleh tengok laluan Mesilau kat sini :



Terima kasih sudi datang lagi! Ok dah balik! babai! hahaaa...


Tu dia wall of fame! Tengok catatan masa dorang climbathon nih! Ni baru betul-betul power & hebat! Peserta Kenya memang mendahului carta di tempat pertama! Orang biasa naik Kinabalu dalam masa 2 hari, tapi dorang ni dalam masa 2 jam setengah boleh sampai ke puncak! Fuh fuhhh.... Padu!

Pakai jantung elektronik ka apa? Ke urat dawai tulang besi? Hahaa... Malaysia pon tak kurang hebatnya! Malaysia kebanyakan peserta dalam kalangan malim gunung sendiri yang memang dah biasa naik gunung ni tiap-tiap hari.


Masing-masing khusyuk mendengar sedikit taklimat tentang pendakian dari Abang Porter Gazlee!




Selamat mendaki!


Adam telah memulakan pendakian lebih awal dari kami semua. Lebih kurang pukul 7 pagi diiringi oleh Dr Ramli dan Cikgu Zul. Kami yang lain start mendaki lebih kurang pukul 9.45 pagi.


Laluan awal kelihatan landai & kene menurun sikit. Di persimpangan depan tu kalau tidak ada air terjun kecil. Carson Waterfall namanya. Aku dok mencari gak air terjun tuh! Ehh dah terlepas ke?? Rupanya memang dah tak de. Mungkin disebabkan musim panas, air dia kering. Singboard dia pon dah tak de sekarang.


Rehat sebentar di Pondok Ubah!


Tido jap kat trek! Kat sini kami dah start pewai dah!


Batu berdiri!


Mossy forrest!




Kat sini geng-geng yang lain terserempak dengan Adam!


Adam kelihatan sentiasa ceria semasa mendaki!


Summit trail!


Lepas tu kitaorang pulak terserempak dengan Adam di Kilometer 2.5 bersama Cikgu Zul & Dr Ramli. Rasa kagum dengan semangat Adam yang begitu kental sekali!. Bila kami rasa nak give up coz rasa penat sangat, tetiba teringat kat Adam! Kita yang cukup kaki tangan ni selalu mengadu tak larat, mengeluh tapi cuba bayangkan kalau kita yang mendaki sambil merangkak menggunakan tangan!.... 

'Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah mampu kamu dustakan?' (Surah Ar-Rahman, 55:13). Muhasabah diri sebentar!


Adam tengah berehat kejap!


Birthday wish on trek! hahaaa... terharu!


Peace Yaww!


Mat Salleh yang dari Perancis tu pon tetiba join the team! hahaaa... Layan!


Ok gud luck Adam! Kita jumpa di Laban Rata nanti! Kitaorang pon meneruskan pendakian dengan mengikut rentak masing-masing.


Laluan ni terjejas teruk kesan dari kejadian gempa bumi. Dan banyak jugak yang telah dibaiki.


Chill bebeh!


Rehat sebentar sambil menikmati pemandangan indah gunung ganang!


Bunga cantik!


Laluan hutan berlumut! 


Lepak jap makan telur rebus! Telur merupakan antara sumber protein yang baik. Telur amat mudah untuk diserap badan dan dipecahkan ke asid amino yang diperlukan dalam membina otot. 

Sebiji telur mengandungi anggaran 210mg kolesterol. Banyak kan? Tapi jika dibuang kuning telur, dan hanya makan putih telur ia dapat mengurangkan kadar kolesterol dan hypertension kerana putih telur hanya mengandungi kolesterol yang sedikit dan tinggi dengan nilai protein. Jumlah anggaran protein putih telur adalah lebih kurang 7g dan ia mengandungi protein yang tulen dan tidak mempunyai lemak. 


Semasa mendaki berselisih & terserempak dengan Pak Saigul! Pak Saigul bersama porter Izan dulu yang teman aku & Kak Anie yang pewai teruk masa turun dari Kinabalu tahun lepas! Hahaaa... Tak pasal-pasal dorang kene buat OT! 


Zon marabahaya!


Lepak jap kat pondok layang-layang! 


Kat persimpangan ni adalah pertemuan 2 laluan (Timpohon dan Mesilau).



Laluan dari Mesilau trail yang telah ditutup sepenuhnya! No entry!



Perlu melalui 2 km lagi trek yang maut untuk ke Laban Rata! Nampak 2km tu macam dekat jer kan.... Tapi hurmmm, macam never ending road! Jalan-jalan tak sampai-sampai! Mental koyak! hahaaa...


Sambil-sambil tu layan view pokok bonzai yang cantik giler!


Pakai kasut noreh getah je yang mampu! Nak beli Brooks Cascadia, harga mampu tengok je lah! huhuuu :p

Acai yang terkena AMS, Ayu & Aku!
Gadis Heroin Kinabalu!
Penat weyhh!


Mari berkenalan dengan Periuk kera!. Diawal-awal perjalanan, kami jumpa yang sangat kecil, tengah-tengah perjalanan jumpa pula yang gemok (kuat makan ni)



View kat sini memang lawa giler-giler! Magnificence! Cuma pemandangan gunung Kinabalu dilitupi kabus & awan! 


Pokok-pokok kat sini macam lukisan! Rasa macam di alam fantasi pon ada! hahaa


Terpukau!



Abang Hafiz sado sedang gigih mendaki dengan beg nya!


Kabus, berangin dan nyaman! Pokok-pokok disini, semuanya renek2 belaka!




View permukaan Gunung Kinabalu yang kelihatan terhakis akibat runtuhan batu!


Selepas rehat seketika dan bergambar, perjalanan terpaksa diteruskan untuk ke Laban Rata! Tapi di sebabkan cuaca tak menentu, kami perlu bergerak lebih pantas. Kabus tebal mulai datang bersama titisan halus seperti gerimis.


Sekali angin gunung yang sejuk datang!!! Perghhhh.... kejung kitaorang berdua menggigil! Kami pon berpelukan bagi memerangkap haba! Nak pinjam sweater tebal Fikri Hafiz, nampaknya beliau hanya memberi senyuman sinis ajer! huhuu... So, make sure korang stanby baju sejuk siap-siap lah dalam beg! Kitaorang punya windbreaker suma kasi abang porter yang bawak! hahaaa


Jumpa dengan berry hutan! Rasanya sedikit masam dan tak berapa sedap. Tumbuh merata kat dalam hutan kinabalu nih! Disebabkan lapar, kami pon bedal juga lah buah berry hutan ni. hahaaa...



Bila sampai kat sini, cuaca dah cerah balik!


Walaupun hanya tinggal 0.5 km jer lagi nak sampai Laban Rata, tapi pendakian macam tak sampai-sampai! Terasa sangat-sangat jauh! Rasa nak give up! Hampir tidak waras dah! Adehhhhh! 


Sikit saja lagi!


Hanya orang-orang yang waras saja boleh tinggal di Waras Hut! ;p

Ahhhhh finally! Dalam pukul 5 jugak kitaorang sampai kat sini! Lebih kurang 7 jam jugak mendaki! hahaaa...





Abang-abang porter sedang berlari keliling padang! Fitness training katanyer!


Lepas dah sampai, terus pergi ke cafe laban rata! Perut pun sudah berkeroncong baekk punya! Masa aku nak amik makanan tu, tetiba Abang Ariff panggil aku suh pergi kat meja makan jap! Macam ada bende yang penting jer nak bagitau kat aku! Aku dah ambik pinggan tapi tak sempat pulak nak amik makanan! Aku ingat ke dia nak bincang pasal plan untuk esok ke pasal Adam, tak pon pasal misi paragliding dari puncak! 

Sekali hurmmmm........... Surprise!!! Aku duduk je kat meja pastu depa suma dok nyanyi lagu 'Happy Birthday'! hahaaa.... Adehhhh malu la pulak! Dah la pastu, semua orang kat dalam cafe yang penuh tu pon ikut nyanyi sama! Gegak gempita satu cafe! hahaaa... Aku nak amik kamera nak rakam tapi tak sempat coz terkezutt! Terharu sampai nak menitik ayaq mata! Cover pakai shades! hahaa


Lepas tu, aku pon sambung lah pi amik makanan! Aku memang nak makan kat luar sambil menikmati view yang sangat indah dari anjung cafe Laban Rata! Aku keluar2 je dari pintu, ehhh ehh dorang yang kat luar pulak nyanyi untuk aku! Terharu lagi sekali! hahaaa... Ni semua plan Ayu! Kali ni, dia dah stanby gopro siap-siap! Coz tadi masa kat dalam, Ayu pon tak sempat nak wish & amik kamera coz Abang Ariff panggil pon secara mengejut! hahaaa...


Korang semua memang sporting habis! Geng-geng pak cik otai yang tengah lepak kat luar tu pon baek giler! hehee.. Terima kasih semua!


Thanks bebbi! hahaa

Cuaca memang cantik giler petang tu! Dengan view matahari & awan yang memang indah! Terasa seperti berada di awang-awangan!



French kiss satu! hahaa


Acah-acah titanic!
Dinner ataih awan! So heaven on earth!.....

Terima kasih kak Hani Kazai coz sudi bagi kek! Rasa touching giler! heheee... The best birthday partayyy ever! hahaaa... Sambut hari jadi di ketinggian 3272m! Mungkin tahun depan sambut birthday lagi tinggi, di ABC maybe! hahaaa.... Tapi rasa macam nak bersara dah! :p

Makan kek harijadi ataih awan!

Ayu bersama-sama dengan abang-abang idola!


Bergambar bersama lejen otai, Abang Ariff, Organizer & pengarah projek OKU Kinabalu Mount Challenge & Paragliding!


Yang lain semua sedang menikmati Dinner masing-masing! 


Kiss the sun!

Masih lagi tak boleh move on dengan view awan-awan nih!


Gelanggang sepak takraw tertinggi di dunia aku rasa lah!. Pergh...bayangkan kalau bola tu jatuh melepasi gaung. Aku syak dorang ada bola yang banyak dalam simpanan. hehee...


Lompatan kegumbiraan! hehee




Khairil, Khemah & Karrimornya menjadi props untuk bergambar! hahaa


When sun goes down, i feel the light betray me.....

Lepas makan, pergi simpan barang kejap dalam bilik. Keluar je bilik lepas dah solat jamak, layan sunset jap. Ni saat-saat matahari terbenam yang paling cantik sekali yang aku pernah tengok sepanjang hidup aku! Nak buat video timelapse tak sempat pulak nak setting kamera! hehee



Cameraman, Azrul sedang mencari sudut terbaik! hahaa



Ni hasil dia! Belum cukup terbaik nih! Boleh dibaiki lagi! hahaaa :p

Serenity! Layan awan carpet dengan suasana sejuk!
Acah-acah romantik! ;p
Luv is in the air! Sarangheyo!

Bajet-bajet nak camping kat sini! hahaa... Sejuk giler kalau nak tido dalam khemah nih!



“Mom, camping is not a date; it’s an endurance test. If you can survive camping with someone, you should marry them on the way home.” – Yvonne Prinz, The Vinyl Princess



Ni bukan 5 star hotel, tapi 5 billion star hotel! hahaa


Lepas dah puas bergambar & layan sunset, abang ariff pon paksa semua untuk balik ke bilik, berehat dan tidur! Sebabnya esok pukul 1 pagi dah kene bangun! Baru pukul 8.00 malam, aku tak boleh tidur pon sebenarnya! Tido-tido ayam ajer!


Lebih kurang pukul 8.00 malam, Adam, Cikgu Zul & Dr Ramli pon sampai kat Laban Rata disambut dengan sorakan rakan-rakan pendaki yang lain!




Tak sabar nak mendaki ke Puncak Kinabalu melalui Ranau trail & fly down Paragliding esok!


To be continued.......





Comments

  1. Nasib baik ada cerita karrimor n khemah aku

    ReplyDelete
  2. Wahh perfect birthday celebration. Mesti ingat sampai ke tua. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. The best celebration ever! memang tak kan lupa sampai bila-bila... hehee

      Delete
  3. I love ulah ..nama i pon ada tsenarai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of kos la kak! Bila nampak Pak Saigul terus teringat kat akak! hehee

      Delete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!