Sukarelawan Zoo Negara


Assalamualaikum....


Baru-baru ni, aku berkesempatan untuk join program volunteer di Zoo Negara. Fuhhhh, dah lama giler tak masuk zoo nih! Rasa kali terakhir aku masuk zoo negara ni mase aku tadika kot! hahaaa

Apa khabar haiwan-haiwan semua?? Sihat ka??


Bayaran yang dikenakan sebagai sukarelawan cuma RM10 bagi kali pertama dan akan dapat gelang volunteer. Bayaran ni sah selama setahun. Ini bermakna kitaorang boleh datang menjadi sukarelawan sebanyak kali yang kitaorang suka selama setahun tanpa bayaran. Bayaran masuk biasa bagi pelawat untuk melawat Zoo Negara ni mahai jugak lah lagi-lagi yang nak tengok panda tu!


Para sukarelawan mestilah berada tepat jam 8.00 pagi di depan pejabat Education Department untuk mendengar taklimat dan arahan dari pihak zoo negara. Jika lewat korang mungkin tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti. Peserta di berikan kumpulan dan kemudiannya diserahkan kepada beberapa penjaga zoo untuk tugasan tertentu mengikut kandang haiwan yang telah ditetapkan.


Untuk maklumat lanjut pasal volunteer program ni, korang boleh usha kat website nih :




Korang boleh jer datang bila-bila masa untuk jadi sukarelawan. Nak datang group boleh, individu pon boleh. Aku & my partner in crime, Ayu join ada satu group nih! Tapi macam tak join pon tak pe. Macam hampeh! Kitaorang gerak sendiri jer. hahaa...

Pakai baju yang bersesuaian coz korang akan buat kerja-kerja kotor lah! Nanti kene tukar pakai kasut boot Phua Chu Kang tuh! hehee




Kitaorang tak tau pon what to expect. Men redah jer nak join program nih! hahaaa... Mula-mula dorang akan bahagikan volunteer semua ikut group. Aku memang dah aim nak jumpa pak belang, nak belai-belai singa, nak pi cuci gigi rimau! kah3.... Sekali memang betul firasat ku! Dorang bagi aku & Ayu ni masuk kandang rimau! Haaaa... hambek ko nak sangat kan! 

Perghhhh.... memang cuak giler ah bile masuk kandang rimau! Sekali rimau tu mengaum, memang menjerit kitaorang nak lari tak cukup tanah! Tapi ade penghadang lah antara aku dan harimau tuh! bhahaaa... 


Korang boleh pilih nak buat kerja full day @ half day.  Disebabkan kitaorang baru first time, kitaorang cakap nak buat half day jer dari 8.00 pagi hingga 12.30. Tapi disebabkan kitaorang ditugaskan dekat tempat rimau, pak cik tu cakap kalau nak bagi makan kat rimau petang2! Kitaorang pon macam alaaaaa.... tak tau pon. Tak pe lah lain kali kitaorang datang buat full day. 

Better korang siap2 tapau bekalan buat lunch coz nak beli dalam zoo nih memang mahal berganda! Rugi plak tak pi beli nasi lemak bungkus dulu! hahaaa


Hi encik rimau! Comel lah rase macam nak bela sekoq! hahaaa


Ni rasenya aku duduk paling dekat dengan rimau sepanjang hidup! hahaa



Antara tugasan yang dilakukan seperti membersihkan kandang, bagi mandi haiwan dan juga memberi makan haiwan. Tugasan kekadang bergantung kepada kandang yang korang dapat, ada kandang memerlukan kerja yang banyak dan juga sedikit memenatkan tapi enjoy.



Masa nak cuci kandang rimau & singa ni, mula-mula kene kutip taik dia dulu coz dorang akan buat analisis berdasarkan taik haiwan nih! Nanti dorang akan bawak masuk taik tu dalam lab & tengok perkembangan binatang ni sihat ke idok! Nasib zookeeper tu yang kutip taik dia, tapi kitaorang tolong pegang & masukkan dalam plastik! Errrrr, ni memang mencabar kekuatan lubang hidong! Rasa nak termuntah pon hade! hahaaa...

Lepas tu barulah kene cuci & menyental kandang tuh kasi wangi semerbak dengan sabun daia sebalang! hahaaa...


Suami Isteri sedang bersantai! Hahaa... Anak-anak diasingkan bagi mengelakkan sumbang mahram! Lulz ;p


Jam 10.00 pagi, kami berhenti rehat untuk minum pagi. Ingat tau, pi ambik sarapan awal sebelum masuk 'bertugas'..karang pengsan plak. hahaa... 


Sambil-sambil berehat, jalan-jalan pi cuci mata tengok rimau putih kat luar kandang. Ni pon comey jugak!


Suka tengok harimau nih tengah berendam!


Jam 10.45 pagi, kami sambung kerja sehingga jam 12.30 tghari.



Kali ni masuk kandang tenuk pulak. Kami kena sapu kawasan kandang diorang, basuh bekas-bekas makanan depa, isi bekas air dan bagi makanan untuk hari ni. Mereka ni makan sayur-sayuran, betik, dan ada makanan yang berbentuk pellets.

Sebelum korang tanya, yes time sapu tu memang kena sapu dengan taik-taik diorang sekali. Tapi tak mengapa najis diorang kecik, jadi tak kisah sangatlah. hahaaa...




Tenuk merupakan sejenis haiwan mamalia. Juga dikenali sebagai Tapir, Cipan, Kipan, Badak Tampung, Badak Murai, Badak Tenuk, Badak Babi, dan Kuda Air. Tu diaaaa aihh.... banyak nau nama!



Pastu pi melawat rimau putih kat dalam kandang pulak!


Besar giler lah harimau nih! Gerun pulak tengok!


Lepas tu pergi kandang Gajah!



Dapat member baru. Dorang ni cuci kandang gajah pagi tadi. Kitaorang pergi melawat. Lepas tu dorang pulak melawat kandang harimau.


Dengan abang-abang otai penjaga zoo yang memang sporting & best!





Dah habis kerja dekat tapir, kena pergi kawasan kancil & rusa pulak. Kerja kali ni lebih senang, bawa makanan mereka, bersihkan bekas-bekas makanan diorang. Makanan mereka ni lebih kurang sama macam tapir tadi.


 Tapi yang ni mula-mula aku cuak sikit, sebab mereka ni banyak (boleh buat geng woi) pastu sesetengah mereka ni ada tanduk. Hahaha. Tapi mereka jinak je. Cool. Tapi takut jugak lah, bila aku bawak makanan diorang, rusa-rusa ni terus serbu aku.


Sumpah geli nak mam... masa dorang makan & jilat atas tangan aku! Banyak kali aku tak tahan geli pastu terus campak makanan tu kat tanah! Pastu kene marah ngan abang ngah, zoo keeper! Awat hang membaziaq nadz oiii makanan tuh! hahaaaa... 


Pastu pelawat2 semua ramai pulak dok tengok dari luar kandang masa kitaorang bagi makan kat haiwan nih! Dah macam show pulak! heheee


Si Ayu ni rileks jer tak geli! Aku geli terukkk! hahaa




Bila dah habis buat kerja, volunteers diberi peluang untuk pusing-pusing zoo. Kira masuk zoo free la. Haha. Kitaorang pun jalan-jalan la, tengok binatang. 


 Pengalaman baru & menarik buat kerja-kerja binatang ni. Kepada 'animal lovers' tu, kerja ni memang sesuai sangat lah untuk korang! Kami diajar cara bersihkan kandang haiwan, beramah-mesra & bagi makan kat haiwan-haiwan. Ok..dah pandai sikit-sikit! Dah boleh updet CV kije...

"kelebihan : bergurau senda dengan haiwan karnivor! ;p"

(terus anta CV ke NatGeo Wild di Afrika Selatan)


Program sukarelawan ni boleh disertai oleh semua orang yang berumur 16 tahun keatas. Untuk sertai senang jer, korang perlu menghubungi zoo negara bahagian “Education Department” untuk mendaftarkan diri pada tarikh yang korang suka mengikut kekosongan yang ada. Satu hari sekitar 80 orang sukarelawan dibenarkan, jadi perlu call terlebih dahulu bagi memastikan dapat tempat.

Kalau korang cukupkan 40 jam buat volunteer, boleh dapat sijil. Pastu korang boleh la buat volunteer kat mana-mana zoo worlwide! Ok nak pi zoo kat Australia pulak lah! ;p



Sebelum beredar kami di beri taklimat dan ucapan terima kasih oleh pegawai zoo negara dan di alu-alukan untuk terus memberikan khidmat sukarelawan ni di masa akan datang.

In a nutshell, seriusly letih walaupun setengah hari je kije di Zoo Negara, tapi pengalaman ....priceless! Next time nak cuci kandang zirafah & zebra pulak lah!





Comments

  1. wah sekarang dah boleh bergambar time jadi volunteer ni.

    dulu 2 3 tahun lepas, kami tak dibenarkan amek gambaq langsung. hanya memori yang menjadi kenangan :)

    ReplyDelete
  2. hi. Nak tanya, dia kasi berapa lama jalan-jalan pusing zoo lepas habis kerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut la berapa lama pon nak jalan dalam tu. Sampai zoo nak tutup pun boleh. hahaa.. Tapi masa tengahari cuaca panas x larat nak pusing semua tempat.

      Delete
    2. Zoo akan ucap terima kasih kan? Waktu luar ke waktu sebelum masa volunteer habis? Maksudnya, kalau kita halfday, kita akan kumpul dengan pihak zoo pukul 12:30 ke sebelum tu?

      Maaf tanya banyak. Sebab nak buat event ke sana jugak. Terconfuse banyak.

      Delete
    3. Lagi satu, ni halfday ke fullday?

      Delete
    4. Ni sy buat half day jer. Yup sblum habis tu dorg akan say thanks, foto2 dlu sblum balik dalam pukul 12-1 tgh. So bila dh habis tu boleh la jalan2 dlm Zoo.

      Delete
    5. Terima kasih! Semoga Allah permudahkan urusan awak macam mana awak permudahkan urusan saya. Salam!

      Delete
    6. kita boleh rakam vid x masa volunteer?

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah