Dejavu di Kinabalu Pt 4. Kesedihan di Altitude 13000 kaki!



Assalamualaikum




31 Januari 2016, Ahad, 1.00am



Semua bersiap bangun start pukul 12 lagi. Lepas tu terus turun ke cafe Laban Rata.


Bangun pepagi buta untuk menikmati supper. Carbo loading katanya... Baru ada energy nak mendaki nanti!


Muka tak cukup tido sebab gua menggigil kesejukan sepanjang malam walaupon dah pakai baju berlapis-lapis dengan selimut & stokin bagai! Macam mana nak pergi Everest nih, kalau kat sini pon dah tak tahan sejuk! hahaaa... Tapi heroin sebelah ni tido siap mengeroh lagi! Macam mana tah dia boleh tido dengan begitu nyenyak!


Sempat bergambar bersama Adam! Adam akan memulakan pendakian lebih awal dari kami semua lebih kurang pukul 1.30 pagi. Ok Adam, kita jumpa kat puncak ye nanti! Good Luck!




Briefing dari Pengarah Projek, Abang Ariff & porter diiringi dengan bacaan doa. Moga Misi cabaran OKU & Paragliding di Puncak Kinabalu berjalan dengan lancar dan selamat semuanya.



Group photo dulu sebelum start hiking. Team Anak Gunung semua nampaknya dah teruja, tak sabar dan bersiap sedia untuk memulakan pendakian ke puncak.

Lepas nih memang berpecah lah semua, mendaki ikut rentak & kelajuan masing-masing! Jarak pendakian dari Laban Rata ke puncak Gunung Kinabalu ialah sejauh 3 Km dan mengambil masa di antara 3 jam hingga 5 jam.

Dari Laban Rata yang terletak pada ketinggian 3,272m, laluan Ranau membawa pendaki ke Sayat Sayat (3,668m) sebelum meneruskan perjalanan ke puncak gunung iaitu Low's Peak pada ketinggian 4,095 m.


Jumpa Adam kat tengah-tengah jalan. Rehat kejap ambik nafas! Fuh-fuh... memang rasa macam tak cukup nafas dah nih! Jalan 2-3 tapak dah mengah! Nampaknya udara semakin menipis! Into thin air!.... Sempot mak nak!

Mendaki di dalam kepekatan hening pagi memang cukup mencabar stamina! Suasana pada ketika ni sememangnya gelap dan hanya berpandukan lampu suluh menerangi laluan. Kami berehat sebentar & mendongak ke langit! 

Nak ambik gambar bintang-bintang yang bergemerlapan di angkasa, tapi kamera aku tak cukup power. Tak dapatlah nak snap milky way. Almaklumlah kamera compact jer. Nak bawak kamera DSLR tak larat nak pikul. Jadi snap guna mati hati saja. Hahaaa.... Tapi memang view bintang-bintang yang bertaburan sangat indah!


Aku & Ayu mendaki seiringan. Dalam perjalanan terserempak dengan Abang Ariff, Khairil, Ikrom, Fikri Hafiz, Alhafiz, Hafiz Rasidi, Hafiz Aji dan lain-lain. Banyak betul nama hafiz, gua pon dah confius! hahaa... Lepas tu memang semua kene push je lah dengan Abang Ariff start dari trail tali yang curam berbatu sampai ke km8. Rehat 1 minit jer pastu dah kene paksa gerak! Tapi bagus jugak ada push factor ni, kalau tak kitaorang ni asyik nak berenti rehat jer & mental down! Dah la trail Ranau ni lebih jauh dari yang dulu. hahaa...

Yang tak sangkanya, kitaorang berjaya melepasi pondok sayat-sayat (36668m) lebih kurang pukul 3 pagi! Wowww, satu rekod peribadi berjaya dipecahkan! Tak sia-sia aku & ayu pulun fitness training kat gym! hahaaa... Kalau dulu, aku hampir-hampir tewas kat pondok sayat-sayat sebab sampai ngam-ngam pukul 5 pagi.

 Kat sini, para pendaki perlu melaporkan diri sebelum dibenarkan meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu yang memerlukan pendakian sejauh kira-kira 1.62 kilometer lagi. Sesiapa yang sampai selepas pukul 5 tak dibenarkan untuk naik ke puncak sebab takut lewat untuk turun nanti!

Hampir tiba di puncak dengan keadaan gelap, gembira, sejuk dan berangin. Tak pasti pulak suhu berapa time nih! Kan bagus kalau ada jam Suunto! Tapi memang rasa macam dah nak beku dah! Sikit lagi jer nak frosbite! :p hahaa... 

Kami pon berehat di celah-celah batu untuk berlindung dari angin sejuk yang kencang. Sekali angin dia datanggg berdesup!.... fuh bergetar tulang rusuk, tulang sum-sum suma! Menggigil beb!


Tq kasut adidas kampung walaupun gua hampir tergelincir beberapa kali kat trail tali berbatu tadi! hahaaa...


Waktu subuh pon hampir tiba, kami bersiap sedia dan solat kat atas puncak batu. Terasa begitu dekat dengan maha pencipta, rasa tenang dan damai walaupun menggigil kesejukan disebabkan angin yang sangat kencang!


Fajar pun sudah menjelma!


Berpelukan bagi menahan kesejukan! Terasa begitu romantis sekali! Mohon jangan kecam kami! bhahaaa :p Btw tq to Azrul for this lovely pics! koh koh koh 


Begitu ramai pendaki yang sedang menunggu matahari terbit! Semua sudah stanby dengan kamera masing-masing! Kat sini terserempak dengan Abang Planta. Dia dah otw nak turun dah! Aku baru je nak naik ke puncak nih! Planta bagitau, Ok Nadz, nanti kita jumpa kat depan sayat-sayat tu tau! Nak get ready operation fly down nih! Yuhuuuu... Baekkkkk! Ai ai kapten!



Puncak Gunung Kinabalu di kenali sebagai LOW'S PEAK iaitu puncak tertinggi dengan ketinggian 4,095.2 meter. Semua pendaki tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan melihat permandangan yang terbentang luas di depan mata.



Beratur nak bergambar kat depan singboard! heheee

Congrats Buddy! U did it!

Hanya ada masa seminit jer untuk ambil gambar kat sini! Signboard kali ni kecik & rendah jer, macam tak berapa syok pulak! hahaa


Puncak Kinabalu telah ku tawan, next pitstop ke puncak hatimu wahai teruna idaman! eh ehh...


Kali ni aku dapat sampai ke puncak bersama sahabat baik aku! The best hiking buddy ever! Tak de lah terasa syahdu sangat, coz dulu naik sorang-sorang jer! Hahaaa... Ternyata berdua lebih baik! Boleh berkongsi kegembiraan & kepewaian bersama-sama! 

Tapi lepas ni masing-masing akan membawa haluan hidup sendiri. Mungkin ni adalah kali terakhir kami mendaki bersama-sama! Maka, mungkin akan terkuburlah group gadis #duohikers! Selamat tinggal sayang!...... I'm gonna miss you babe!

 T__T


We came, we climb, we conquer!





Kenangan paling indah, dapat melihat matahari terbit dari puncak gunung yang tertinggi di Asia Tenggara! Dejavu di Akinabalu! Fuhhhh.... Awesome view!



Kelihatan Fikri Hafiz & Acit tengah tunggu giliran nak amik gambar kat signboard!


Abang Hafiz sado pon tengah beratur jugak!


Ok dah-dah turun, nak kejar flight paragliding nih!


Tadi masa kat puncak singboard tu, lupa pulak nak keluarkan medal kinabalu nih! Baru nak acah-acah konon dapat medal climbathon! hahaaa...


Ok ada gaya dah! Boleh masuk kat list name wall of fame climbathon kat bawah tuh! hahaa


Puncak seringgit, kami datang! hehee


Cantik betul matahari yang sedang memancarkan sinar!




“The world before us is a postcard, and I imagine the story we are writing on it.” 

― Mary E. Pearson, The Miles Between


Masa untuk merealisasikan idea ku di Puncak! Ni lah sudut yang dicari-cari! hahaaa... Menembak gambar bagai orang gila demi mencari sudut terbaekkkk seperti dalam poskad tuh! Dengan rintangan angin yang kuat, tangan yang menggigil & poskad yang hampir terbang melayang masuk gaung! Mencabar betul bagi aku yang amatur ni!


Nah akhirnya..... setelah cubaan gagal beberapa kali, ku berjaya camtumkan gambar nih! Satu kepuasan tak terhingga! hahaaaa..... Ok, boleh bawak bertanding nih! Mana la tau kot-kot dapat menang drone pulak kali nih tak pon pakej honeymoon lagi! hehee


Ok tak jadi dah! hahaaa



Cubaan untuk memegang Low's Peak nampaknya berjaya! Nice composition! Nice angle, perfect shoot! :p


Kenapa time aku nak pegang Low's Peak jadi senget cenggini!!! sedihhhhh! hahaaa 

T__T


Walaupun penat mendaki untuk smpai ke puncak, tetapi tidak penah sesekali penat untuk mendaki ke puncak hati awak! Ehhh....


Walaupun awaa tiada di sisi saya, namun awaa tetap sentiasa di hati saya. :p #pickuplinehambar






Baring2 kejap kat trek! Ehhh alamak, flight paragliding aku pukul berapa eh??? Pastu aku pon bergegas lah mau turun nak kejar flight! Snap gambar sambil berlari-lari anak! hahaaa


Masa otw turun, terserempak dengan Dr Ramli yang ingin menuju ke Puncak. Kami tanya mana Adam & Cikgu Zul?? Dr Ramli bagitau Adam tak dapat naik ke puncak coz sampai kat pondok sayat-sayat pukul 7 pagi. Tetiba kitaorang terus rasa sedih dan sayu mengenangkan Adam. 

Meskipun pendakian Adam cuma sampai ke Sayat-Sayat sahaja, namun dengan segala kekurangannya, beliau patut menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada rakyat Malaysia tentang kecekalan dan semangat wajanya!



Star jump satu kali!



Gambar lompat aku semuanya gagal! huhuuu...




Berlari-lari anak dengan kelajuan 0.5km/jam macam sipot! Sempottt! Mak aihhh jauh lagi ni nak sampai ke sayat-sayat! Lebih kurang sejam lagi! Sempat ke tak nih! Adoiiii!......


Mereka-mereka yang teruja & gembira bergambar di depan puncak seringgit! Ni je la group photo yang ada kot! Yang lain semua dah berpecah entah ke mana! hahaaa



Lompat bintang lagi sekali! Menggambarkan keterujaan tak terkata dapat jumpa puncak seringgit betul-betul depan mata! Selama ni dok tenung kat duit jer kan! hahaaa


Pegang puncak seringgit pulak! hehee


Sedang ku asyik menembak kamera, Ayu ternampak kelibat payung terjun dari jauh!!!!! Aku tak perasan mulanya! Pastu aku pon zoom kamera semaksimum mungkin! Tu diaaaaaaaaaaaaa! Nampaknya, ku dah tertinggal flight! Aduh-aduh sayang...... kenapa kau terbang! 

T___T


OMG! Sampai hati kau Planta tinggalkan aku! Damnnnn you! Aku dah bayar kot untuk tempat duduk penumpang kelas pertama! wuwuuu.... Ku mencarut di dalam hati! Jilake betul! Taguneeee.... hahaaaa.... huarghhhhhh!..... *nangis... 


Payung terjun nampak macam semut di kejauhan! Memasuki lautan kepulan awan-awan yang tebal! Macam mana lah perasaannya bila awan-awan gebu tu tersentuh & terkena pipi ye??? I wish i was there! I'm dying to fly down! 

T___T


Aku pikir, sape la yang bertuah sangat tuh amik tempat duduk aku! Siapakah yang Planta bawak fly down skali ngan dia tu eh??? Adakah Adam, Abang Ariff, adik dia Syafiq, tak pon Planta fly down sorang-sorang??? 

Fikiranku melayang habis dah entah ke mana! Rasa nak terduduk menangis kat situ jer!.... Tapi ayaq mata tak mau keluar pulak macam dah beku! huhuuuuu.....


Mereka yang menyaksikan Paragliding take off dari Sayat-sayat di ketinggian 3,668m dari aras laut. 


Tahniah Planta!


Misi Paragliding dari Puncak Gunung Kinabalu ni telah dijayakan oleh Mohd Anwar Mohd Ridzuan aka Planta. Beliau yang mempunyai pengalaman selama 5 tahun sebagai Paraglider merasakan ia adalah suatu pengalaman yang sangat mengujakan dan sukar digambarkan dengan kata-kata. 

Terbang dari ketinggian 13,000 kaki dari Gunung Kinabalu merupakan impian yang menjadi kenyataan. Ia bagaikan suatu khayalan dapat menikmati keindahan Puncak Borneo dari udara melalui Banjaran Croker dan terbang di atas awan tebal. 


 Disebalik keterujaan untuk terbang, pelbagai aspek keselamatan yang perlu diutamakan. Pelbagai faktor yang perlu diambil kira iaitu porter perlu membawa peralatan untuk terbang dan payung terjun yang seberat 25kg naik ke Pondok Sayat-sayat. 

Selain itu, keadaan batu-batu dan struktur permukaan yang tidak rata di Gunung Kinabalu juga merupakan cabaran besar yang perlu di atasi. Ini bagi mengelakkan risiko payung terjun terkoyak dan tali terputus terkena batu tajam.


Begitu juga, faktor cuaca dan angin amat penting. Angin dari atas gunung sangat kencang dan beliau perlu bergelut untuk menstabilkan kedudukan tali payung terjun dan tempat duduk penumpang supaya dapat mengawal payung terjun dengan baik.


Rupa-rupanya, Abang Porter yang bawa payung terjun tu yang terbang bersama Planta! Memang rezeki dia lah! Waktu terbang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mendarat di pekan kundasang.


Official video from Trod's Adventure! Tandem Paragliding fly down!


Aku redha tak dapat naik Paragliding tuh. Bukan rezeki aku nampaknya! Mungkin ada hikmah di sebalik kesedihan di Altitude 13000 kaki ni. Aku rasa mak aku dah doa kot supaya aku tak fly. 

Dia dah risau masa aku nak naik Kinabalu ni. Dah la semalam birthday kau, lepas tu kau nak turun gunung terbang guna payung terjun pulak! Aishhh budak nih! Aku cakap kat mak, peluang ni datang sekali jer seumur hidup mak! huahuaaa... 


Tak pe, kau tunggu Planta! Tak kira, aku akan tuntut untuk fly kat semenanjung nanti! hahaa




Muka ketat jer dah tak leh senyum dah ambik gambar! Mood pon dah ke laut!


Gambar pon semua dah ke laut jugak disebabkan kesedihan melampau! Tak berjaya dah nak mencari sudut terbaekk! huhuu

fail
fail lagi
fail lagi2
fail lagi3.....

Turun gunung dengan hati yang lara! Gagal mengawal emosi dengan baekk! Ku terkena sindrom AMS! Acute mountain sadness! Bukan sickness ye! hahaaa... Tetiba si Ayu terkena tempias! So sorry babe, iolls tak sengaja ok! I sebenarnya tak sanggup nak tinggalkan u turun gunung sorang-sorang. Kita dah naik sama-sama, so turun pon sama-sama la ye! Touching tak?? lulz :p




Di depan puncak Donkey Ears yang telah patah! Begitu lah juga patah hatiku melihat payung terjun terbang meninggalkanku! Pedihhh! huhuuu



















Selamat tinggal Akinabalu!





“Climb the mountain not to plant your flag, but to embrace the challenge, enjoy the air and behold the view. Climb it so you can see the world, not so the world can see you.”

― David McCullough Jr.



Lalu di kawasan runtuhan bongkah-bongkah batu. Laluan ni agak bahaya kerana batuannya longgar dan kalau tersilap langkah boleh tergelincir. Aku pon hampir tersadung jugak beberapa kali.











Laluan baru yang bertangga. Masa ni belum siap sepenuhnya. Sekarang dia dah bukak dah. So tak payah lalu kat kawasan runtuhan batu tu lagi lepas ni.




Sumpah, sampai sekarang aku masih tak boleh move on dengan pemandangan awan karpet yang sangat cantik macam nih! Terasa seperti di negara kayangan! Ku sedang keliru, adakah ini realiti ataupun sekadar fantasi??






Permandangan yang sungguh cantik dapat di lihat semasa pendakian turun melalui Trail Ranau.









Sampai kat Laban Rata, masuk cafe untuk breakfast. Aku cuba berlagak cool! Walaupun dalam hati ni sedih, hanya tuhan yang tahu! hahaa


Walaupun Adam tidak berjaya sampai ke puncak, beliau tetap ceria! Tak pe, lain kali boleh naik lagi! Tak terbang gunung dikejar... ehh



Team yang lain bergambar kenangan bersama Adam sebelum memulakan perjalan turun ke Pondok Timpohon.


Selamat tinggal Laban Rata! Pendakian kali ni sangat bermakna & memang penuh dengan suka duka! Terima kasih tak terhingga kepada Abang Ariff, Cikgu Zul, Dr Ramli, Ayu dan seluruh Team Anak Gunung atas peluang dan pengalaman ni. Tahniah kepada semua pendaki terutamanya kepada Adam & Planta. OKU & Paragliding Mount Kinabalu Challenge 2016 done!


Memang takkan boleh move on sampai bila-bila! hahaaa.....



Mungkinkah akan ada pendakian buat kali ketiga??? Via Ferrata maybe?? Tak pon Paragliding lagi sekali. Kalau kali ni, aku berjanji tak naik kat puncak dah dok ambik2 gambar! Aku stanby jer kat sayat-sayat! hahaa...

Jumpa lagi Sang Gunung 'Semangat' Aki Nabalu.


Semua peserta yang berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu akan diberi sijil. 


In a Nutshell, Senarai Baldi Saya, mendaki Gunung Kinabalu Checked for 2nd time! Yeayyyyy!


Next, nak pergi roadtrip explore tempat-tempat menarik kat Sabah ni & honeymoon hingga ke hujung dunia! To be continued..........




Comments

  1. okey ! nampak sangat muka frust tu kena tinggal dengan flight paragliding.. mesti buat come back kan nanti ? ^_^

    ReplyDelete
  2. Pick up line memang terbaik lah!

    Sayu bila baca part Adam tu. T_T

    ReplyDelete
  3. Yang tak sangkanya, kitaorang berjaya melepasi pondok sayat-sayat (36668m) lebih kurang pukul 3 pagi! Wowww, satu rekod peribadi berjaya dipecahkan! Tak sia-sia aku & ayu pulun fitness training kat gym! hahaaa... Kalau dulu, aku hampir-hampir tewas kat pondok sayat-sayat sebab sampai ngam-ngam pukul 5 pagi.

    kalau tak dipecahkan lemak manakan dapat hasilnya..
    terbaiklah naddz!

    ReplyDelete
  4. x pnh tau kat atas tu blh buat paragliding..berdebar masa tgk dorg nk take off tu.rasa geli perut like ada butterfly sdg terbang²..haha. sis..nak tnya..port mana yg u ambik utk picer yg last² tu..ats roof ke (picer sblm sijil).sbb dah 2x sy p..mcm x perasaan plk tmpt tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh tu dekat tmpt lapang sebelum sampai kat laban rata tu. Dorang slalu main bola kat situ.. nak tangkap gmbar kat situ gayat skit sebab kena lompat tempat dia agak tinggi! hahaa

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS