Dejavu di Kinabalu Pt5 : Poskad dari Sang Gunung Akinabalu!


Assalamualaikum



Benda yang aku paling suka sekali bila pergi travel ialah hantar poskad dekat diri sendiri! hahaa.... Macam sadis je kan! koh koh koh.... Bila dah balik dari trip, mesti tertunggu-tunggu bila poskad aku nak sampai. Rasa berdebar nak tunggu poskad sampai tu, macam tunggu orang nak datang meminang jer! Ehhhhh ehh... Lulz :p


Finally, seminggu lepas turun dari Gunung Kinabalu, poskad pon sampai kat rumah aku! Imma so excited! heheee... Kalau bagi kat diri sendiri pon dah cukup teruja, kalau dapat dari orang lain lagi lah! Macam dapat surat cinta dari malim penunggu gunung pulak! hahaaa


Poskad kali ni memang betul-betul aku pos dari atas gunung iaitu di Pendant Hut, pada ketinggian 3,289 meter. Akhirnya, tercapai jugak impian aku nak pos dari sini. Peti Pos di Altitud Tertinggi di Malaysia! Dulu aku pos dari Laban Rata jer coz bila dah sampai kat cafe tu, memang tak lah nak naik balik ke Pendant Hut tu! Memang dah pewai habis nak mendaki balik! Pastu, aku memang dah berjanji dengan diri sendiri, satu hari nanti nak repeat naik kinabalu semata nak pos dari sini! Gilo! kah3....


Beruntung lar sape yang dapat poskad dari aku nih! hahaaaa :p

Bila pos dari sini, akan dapat cop khas gambar Gunung Kinabalu dan aras ketinggiannya! Ni yang rare nih! hahaa... Kalau dulu, pos dari Laban Rata, dapat cop Ranau jer! Sama macam pos dari bawah jer... hahaa





Kalau korang bercadang nak naik Gunung Kinabalu, boleh la pos dari sini! Boleh jadi souvenier jugak pos dekat family, kekasih hati, crush, skandel-skandel, jiran tetangga & kawan-kawan! hahaaa... Coz bila bagi keychain @ fridge magnet kan macam too mainstream..... Bowrengggg! hahaaa... Bagi poskad mungkin lebih bermakna dengan bagi ucapan atau kata-kata yang sweet-sweet gittew! Ye la penat mendaki ke puncak cinta, ehh ehh puncak gunung semata-mata nak pos nih! Orang yang dapat poskad tu pon hati terus berbunga, cayaq habih & melting! Aummm! Cia cia cia.... :p

Kalau sesiapa berhajat nak buat Via Ferrata,
korang akan stay kat Pendant Hut ni!

Poskad & setem boleh jugak beli kat sini. Tapi aku nasihatkan, korang beli siap-siaplah dekat bandar KK tu. Lagi ada banyak pilihan poskad kinabalu yang cantik & murah. Kat atas gunung ni memang semuanya mahal. Korang boleh tulis siap-siap kat poskad tu sebelum naik gunung atau masa tengah berehat dalam dorm kat Laban Rata tu. Lagipun bila korang dah turun dari gunung, sure nak pegang pen pon dah menggigil coz penat sangat. Macam terkena parkinson pulak! Tulisan pon dah jadi macam bukan takat cakar ayam jer, dah macam cakar rimau! kah3....

View yang sangat mengancam dari Pendant Hut!


K. Bye!





Comments

  1. Replies
    1. Tu lah mahal tuh! Hehee... pos dri atas gunung! :)

      Delete
  2. Boleh bagi cara nak pos tak? Maksudnya start dari beli - setem nak dapat kat mana - bayar berapa ringgit utk pos tu? Maaf saya selalu guna email je nak hantar something. Kalini nak try merasa cara zaman orang dulu-dulu. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi cara nak pos kena pergi kat postbox tu mse otw turun dari puncak gunung kinabalu. Masa naik ke puncak xnampak sebab gelap. Ataupun masa free2 lepas dah sampai Laban Rata boleh la naik ke atas skit ke Pendant Hut tu ada postbox tu just masukkan dalam tu je. Nak pos poskad or surat tak payah bayar pun free jer. Poskad & setem beli siap2 masa kat bandar KK. Setem tu kena beli kat pejabat pos. Poskad kat kedai souvenier ada banyak.

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS