Jalan-jalan Sabah, Rumah Terbalik



Assalamualaikum



1 Februari 2016, Isnin, 11.00am


Turun je dari Gunung Kinabalu, masing-masing semua dah berpecah dan ada yang terus balik ke KL malam semalam jugak. Tak sempat pon nak wish gudbye kat semua coz dorang turun gunung dah macam pelesit! Semua dok berlari nak kejar flight! hahaaa... Aku & Ayu turun rileks2 jer coz sakit kaki, sendi & otot2! Fuh2.... Ni la penangan Gunung Kinabalu! Kan best kalau dapat terbang jer masa turun gunung! huhuu... Dah macam cacat pulak jalan kengkang! hahaa

Aku memang dah plan nak stay & jalan-jalan kat Sabah nih. Malam tu, Aku & Ayu balik ke bandar KK & stay di J&J Hotel. Satu malam RM80. Hotel backpackers jer! Esok pagi aku amik kereta sewa yang aku dah book. Aku nak sewa kereta Viva jer, tapi dia bagi Saga pulak! Harga kereta sewa RM150 untuk 2 hari! Fuhhh dah habis diskaun aku deal baekk punye! hahaaa... Lagi bagus dapat Saga coz boleh sumbat backpack gedabak yang tetiba dah beranak pinak lepas shopping kat Pasar Philipine! kah3...


So, let's hit the road babe!



Memandu sambil tido! Kena ada ilmu ni! Weyh ajar aku macam mana kau buat! hahaaa :p




Tips memandu di Sabah, guna waze ajer! hahaaa. Kitaorang nak ke hujung dunia iaitu di Kudat! Sebelum tu singgah di Rumah Terbalik dulu!



Rumah terbalik ni terletak di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, di daerah Tuaran. Waktu operasinya dari 7 pagi sampai 7 malam.


Harga tiket RM10.60 termasuk GST.




Rumah seluas 1,500 kaki persegi ni seperti kediaman biasa, dilengkapi dua bilik tidur, satu ruang tamu, satu ruang makan, satu beranda, ruang dapur dan tandas. Bezanya semua ni dibina terbalik iaitu dengan keadaan bumbung di bawah dan lantai di atas.


Rumah ni yang turut senget sebanyak tiga darjah pastinya amat berbeza kerana ia akan mencabar logik minda setiap pengunjung.


Sedang duduk di ruangan menunggu untuk masuk ke dalam rumah terbalik nih! 


Kami masuk secara berkumpulan dan dipandu oleh pekerja di situ. Di larang bawa kamera sama sekali. So,tak dapat la nak tunjuk benda-benda yang terbalik di dalam rumah tersebut. Korang akan rasa pening-pening lalat sikit sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu rumah berkenaan kerana segala peralatan seperti kerusi sofa, baju sidaian dan sebagainya berada dalam keadaan terbalik.

Peralatan lain termasuk almari, lubang tandas, dapur dan rak buku melekat di siling manakala lampu dan kipas yang biasanya berada di siling pula ada di kaki anda. Semuanya betul, bukan replika. Benda paling berat yang diorang lekatkan adalah mesin jahit. Sebenarnya, takde la besar sangat dalam rumah terbalik ni. Rasanya 15 minit je dah selesai menikmati kehidupan yang terbalik. Keluar je dari rumah ni, hidup aku pon dah jadi tunggang terbalik! hahaa


Menurut Malaysia Book of Records, Rumah Terbalik di Tamparuli Sabah yang dibuka pada Februari 2012, merupakan pertama di Malaysia dan rasanya pertama di Asia Tenggara. Selain di Sabah, kita boleh menjumpai tarikan rumah terbalik ni di German, Brazil, Jepun, Poland, Sepanyol, Russia, Canada, Austria, Korea Selatan, Tennessee dan California.

Dikatakan, pencipta Rumah Terbalik ini ialah Elexander Yee, seorang usahawan dan pengusaha lodge pelancongan di Sukau, Pantai Timur sabah dengan melibatkan kos RM 500,000. 


Pelawat diminta untuk memalu gong sebagai tanda memaklumkan kedatangan  pada tuan rumah.


Tiket sebanyak 10.60 amatlah tidak berbaloi ketuk gong sebanyak sekali, jadi aku telah ketuk banyak-banyak kali bagi memuaskan hati yang telah berbolak balik! bhahaa 

Ajet-ajet pro tangkap gambar! Nampak kat cermin pulak! hahaaa

Disebabkan kat dalam rumah tak boleh ambil gambar, so kat luar dia ada sediakan beberapa tempat terbalik untuk bergambar.


Jamban & sinki terbalik!
Cubaan untuk memetik bunga di taman!

Tersepit kat bumbung kereta! lulz :p


Pembinaan rumah istimewa ni mengambil masa kira-kira lima bulan manakala 11 bulan lagi untuk membina restoran, kedai cenderamata dan pelbagai kemudahan lain yang keseluruhannya menelan kos kira-kira RM1.2 juta. 



Korang yang datang kat Sabah, wajib lah singgah kat sini! Next, kitaorang pon meneruskan perjalanan yang mengambil masa 4 jam lagi untuk ke Kudat! Fuhhhh....




Comments

  1. Boleh share contact no kereta sewa yg murah tu?

    ReplyDelete
  2. boleh ambik gmbar dlm rumah terbalik tu ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Bukit Marak, Kelantan

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS

POKOK GHARQAD. pokok yahudi