Pasir Berbisik & Savannah Pt-3




2 April 2016, Sabtu, 9.00 am



Setelah puas melihat Gunung Berapi Bromo, kami meneruskan perjalanan ke Pasir Berbisik! Pasir Berbisik masih lagi di dalam kawasan Taman Nasional Bromo-Semeru-Tengger.




Kat sini memang macam kat padang pasir, cuma pasir dia berwarna hitam. Pemandangan kat sini pun memang cantik! Deruan angin bertiup kencang, desir-desir pasir di padang tandus pula berterbangan membawa butiran-butiran pasir bagaikan bisikan yang menyerukan indahnya alam. Fuhhh..... macam ayat-ayat cinta pulak! hahaaa :p


Pagi ni cuaca sangat cerah, langit biru terbentang luas dan tampak di belakang gunung bromo tinggi menghadang.


Masing-masing tengah amek mood nak feel the whisper!


Padang pasir ni memang sejauh mata memandang hanya ada hamparan pasir.


Jump high!






Tempat ni pernah menjadi lokasi shooting sebuah filem yang berjudul Pasir Berbisik lakonan Dian Sastrowardoyo.


The whispering sand!





Berhenti disini sekejap jer untuk bergambar seterusnya kami ke Savannah pula.


Edelweiss... the unique attraction!



Gunung Bromo memiliki pesona alam yang sangat lengkap, mulai dari pemandangan cantik matahari terbit, deretan megah kawah bromo, lautan padang pasir dan terakhir hamparan rumput menghijau di padang savannah! Asyikk banget!


Bukit ni dinamakan Bukit Teletubies kerana Savannah ni mirip dengan Bukit yang terdapat dalam rancangan kanak-kanak Teletubies! Pemandangan disini memang sangat indah dengan kehijauan rumput yang segar dan bukit bukau di kiri dan kanan sepanjang perjalanan.

 Terdapat juga bunga-bunga warna putih & ungu yang sedang mekar di padang Savannah! Sumpah ohsem giler! Acah-acah aksi Dilwale la kat tengah-tengah padang Savannah ni! Hahaa…

In a Nutshell was here!




Savannah Checked!




Special dedication to our bestfriends yang berada di Arab Saudi! Walaupun korang tak dapat join trip krik-krik ni, tapi nama korang dah sampai kat Savannah nih! hehee


We missed you!




Kawasan bukit teletubbies ni sangat nyaman kerana udara sejuk masih setia menyapa kami. Letaknya di sebelah utara gunung Bromo, sejauh mata memandang kali ini hanya ada warna hijau dari rumput dan pepohonan.



Tinki Winky, Dipsy, Lala, Pooh! Teringat pulak cerita Teletubbies! hahaa...


Aku berdoa semoga suatu hari nanti akan kembali ke tempat yang teramat indah ini!…


Nak propose boyfriend sat! Will you marry me sayang??? hahaaa.....


Lepas dah puas bergambar kat sini, kitaorang pon bergerak berangkat pulang ke rumah persinggahan lebih kurang pukul 2.00 petang. Disebabkan tak tidur sepanjang malam semalam, kitaorang boleh bantai tidur dalam Jeep tuh. Mengantok terokk bhai! 

Tak kira la bergoyang ke, tunggang terbalik pak supir tu bawak Jeep, kitaorang boleh jugak terlelap sampai terhantuk kepala, badan suma! Hahaaa…. Memang tak boleh blah punye mengantuk gila tahan gaban! Sedar-sedar je dah sampai kat kawasan rumah pastu kepala sakit benjol terhantuk kat Jeep! Hahaaa…. Sumpah lawak!


Petang tu, kami bersiap-siap nak ke air terjun Marakadipura. Excited pulak nak pergi air terjun ni. Tapi sampai-sampai jer kat depan pintu masuk air terjun ni, dia cakap tak boleh masuk! Aduhhhhh!... Sedih bak ang! Dia cakap sekarang ni musim hujan, jadi ada runtuhan kecik kat kawasan air terjun tu & bahaya. So ditutup buat sementara waktu. Ermmmm kuciwa tak dapat mandi kat air terjun nih! Tak pe la mungkin tak de rezeki.

Lepas tu kitaorang pon terus bergerak menuju ke Kota Malang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5-6 jam jugak dari Surabaya. Sampai di Malang terus check in homestay & keluar cari makan. Esok banyak lagi tempat yang kitaorang nak pergi! Nak pergi petik epal! yuhuuu......



To be continued……









Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS