Muzium Sisa Hartaku Gunung Merapi!



Assalamualaikum



4 April 2016, 9.00 am


Next kami pergi melawat ke Muzium Sisa Hartaku. 



Rumah yang terletak pada lereng Gunung Merapi tepatnya di kampung Petung, Kepuharjo, Cangkringan, Sleman, Yogyakarta ini bukan rumah biasa. Rumah ni menjadi saksi kedahsyatan letusan Gunung Merapi pada tanggal 5 November 2010. Rumah ni milik pasangan Kimin dan Wati dan anaknya Sriyanto itu telah diubah menjadi museum mini Sisa Hartaku.




 Seramai 352 orang nyawa yang terkorban semasa letusan ni. 

 Ada yang kini telah berpindah ke tempat yang jauh sedikit dari kawasan letusan. Namun ada juga yang masih di situ. Di sini dihimpunkan beberapa benda yang tertinggal selepas letusan tersebut.




Indonesia berada di atas jajaran lingkaran gunung berapi yang berjumlah 500 kesemuanya dan 129 daripadanya masih aktif. Akibat tsunami tahun 2004, ada gunung berapi yang tak meletup beribu tahun, menjadi aktif semula seperti Gunung Sinabung. Siap meletus lagi pada tahun 2013. 

Makanya kita yang ada di Malaysia, jangan senang hati sangat kerana kita ada Gunung Kinabalu yang jika aktif semula dan meletus, debu vulkaniknya boleh sampai ke Semenanjung. Gunung Tahan pun boleh tahan juga ancamannya jika aktif semula. Allah swt juga yang Maha Mengetahui. Janganlah kita semua lalai dan leka hendaknya.


























Letusan Gunung Merapi 2010 bermula pada hari Selasa tanggal 26 Oktober 2010, apabila Gunung Merapi memulakan satu siri letusan yang berterusan sehingga bulan November. Letusan ini dinyatakan pihak berkuasa sebagai yang terbesar sejak 1870-an.

Lebih 100,000 orang telah dipindahkan dari kawasan terbabit. Namun, masih ramai yang tinggal atau kembali ke rumah mereka semasa gunung ini masih meletus. Kepulan abu gunung berapi ini turut menyebabkan gangguan besar terhadap penerbangan di seluruh Jawa.








Di sini ditunjukkan sisa-sisa harta kesan terkena lava Gunung Merapi yang meletus pada tahun 2006 dan 2010. Ada barang-barang dapur, motor, kerusi, jam dinding, haiwan ternakan dan macam-macam lagi lah.


Terdapat juga Al-Qur'an yang diletakkan di rak. Hebatnya kekuasaan Allah s.w.t. apabila gelas yang diperbuat daripada kaca boleh cair tetapi Al-Qur'an yang diperbuat daripada kertas cuma terbakar sedikit sahaja di bahagian tepi dan dalamnya tidak rosak langsung. Tempat ini sangat menarik untuk dijadikan iktibar dan diteladani.















Bila tengok kesan ledakan gunung berapi ni memang sangatlah dahsyattt! Dulu sini memang kawasan perkampungan yang subur tanamannya. Tapi sekarang memang lenyap habis! Terasa sadis & insaf. Ramai yang terkorban dalam tragedi ni. Syukur di Malaysia tiada gunung berapi. Tinggal di kawasan gunung berapi ni terasa seperti di zon perang! Letusan & gegaran boleh berlaku bila-bila masa jer.



Next, kami nak ke Timang Beach! yuhuuuu........


To be continued.........







Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Bukit Marak, Kelantan

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS

POKOK GHARQAD. pokok yahudi