Petik Epal di Malang & Coban Rondo Pt-4



3 April 2016, Ahad 8.00 am


Hari kedua di kepulauan Jawa, Indonesia. Pagi yang indah dan nyaman di Kota Malang! Hari ni kami nak pergi Wisata petik apple! Yeayyyyy!

Kota Malang ni terletak 90 km di selatan Surabaya. Ia merupakan kota kedua terbesar di Jawa Timur setelah Surabaya. Ia terletak di tengah wilayah pegunungan di ketinggian 400m di atas permukaan air laut.
  

Kota Malang ni merupakan kawasan tanah tinggi. Jadi kawasannya subur untuk pelbagai tanaman & sayur-sayuran. Kat sini memang banyak giler ladang epal. Tapi epal dia kecik jer.. Aku baru je ingat epal dia besar-besar! Again, reality vs expectation! Hahaaa….


Tapi walaupun epal dia kecik tapi rangup. Kami pergi ke ladang Bumiaji. Pokok epal dia renek-renek je. Tak tinggi pon. Epal dia kebanyakannya warna hijau sahaja.


Better korang pergi sini pada waktu pagi. Masa pagi-pagi, epal dia masih banyak untuk dipetik dan tak terlalu ramai orang. Kalau dah tengahari, cuaca dah panas sikit & semakin ramai orang yang datang dan sesak terus ladang kat sini. Nak petik epal pon berebut nanti! Hahaa…

Jom layan gambar kat wisata ladang epal nih.


Kami diberi plastic bag untuk petik seberapa banyak buah epal yang kami nak. Kat sini, korang boleh petik epal sambil makan sepuas-puasnya. Lepas dah petik, dia akan timbang berapa kilo & bayar. Murah jer. Sekilo dalam RM5 ke 6 ringgit. Tapi kalau nak lagi murah, ada yang dijual kat tepi-tepi jalan sepanjang kat ladang nih! Tapi beli banyak-banyak pon tak larat nak bawak balik nanti berat beg. Hahaa…


 Dulu cita-cita wa nak kerja petik epal kat Ladang Ostrolia… hahaaa.. Ajet-ajet skit la macam kat Aussie! lol ;p


Lepas dah puas petik epal, kitaorang bergerak menuju ke Wisata Air Terjun Coban Rondo. Coban Rondo ni terletak di Kecamatan Pujon, Kabupaten Malang, Jawa Timur.



Coban Rondo terletak pada ketinggian 1135 m di atas permukaan laut. 


Coban Rondo ni ade sejarah & kisah yang menarik di sebalik air terjun nih! 



Fuhhhh….. Memng cantik gler air terjun nih! Terpesona seketika! Kitaorang pergi ambil gambar dekat-dekat. Memang basah la baju semua terkena tempias air terjun. Merecikkkk bhaiii! Nak mandi pon boleh, tapi disebabkan kekangan masa, kitaorang bergambar jer! Nyaman betul dekat sini. Kalau dapat berkelah syok jugak!

Aku sempat lah grab sehelai t-shirt Coban Rondo sebagai kenang-kenangan!


Air terjun ni memiliki ketinggian 84 meter. Memang tinggi!



Lagenda Coban Rondo :


Asal usul Coban Rondo dikatakan berasal daripada sepasang pengantin baru yang baru saja melansungkan pernikahan. Mempelai wanita yang bernama Dewi Anjarwati dari Gunung Kawi yang menikahi dengan Raden Baron Kusuma dari Gunung Anjasmoro. Setelah usia pernikahan mencapai 36 hari (selapan) Dewi Anjarnawati mengajak suaminya berkunjung ke Gunung Anjasmoro, yang merupakan tempat asal si suami. Namun orang tua Anjarwati melarang kedua mempelai pergi karena usia pernikahan mereka baru berusia 36 hari atau disebut selapan. Namun kedua mempelai tersebut berkeras juga nak pergi tanpa memikirkan risiko yang bakal terjadi di perjalanan.


Ketika dipertengahan jalan, keduanya dikejutkan dengan kehadiran Joko Lelono, yang tidak jelas asal-usulnya. Joko Lelono terpikat dengan kecantikan Dewi Anjarwati, dan berusaha merebutnya. Akibatnya, berlakulah perkelahian antara Joko Lelono dengan Raden Baron Kusumo. Raden Baron Kusumo berpesan kepada pembantunya puno kawan yang menyertai kedua mempelai tersebut, agar Dewi Anjarwati disembunyikan di suatu tempat yang terdapat di Coban atau air terjun. Perkelahian antara Raden Baron Kusumo dengan Joko Lelono berlarutan dan akhirnya, keduanya mati. Disebabkan itu, Dewi Anjarwati menjadi seorang janda yang dalam bahasa jawa disebut "Rondo". Sejak saat itulah Coban atau air terjun tempat bersembunyi Dewi Anjarwati dikenali dengan Coban Rondo. Kononnya, di bawah air terjun ini terdapat gua tempat tinggal persembunyian Dewi Anjarwati dan batu besar di bawah air terjun merupakan tempat duduk sang putri yang mengenangkan nasibnya. 


Begitulah Al kisahnya...


Kat dalam taman ni macam-macam aktiviti menarik korang boleh buat. Lepas layan air terjun, kitaorang bercadang nak main ‘Maze Runner’! Acah-acah nak jadi Thomas! Hahaaa…


Kat sini, Maze ni dipanggil Labirin. Besar jugak kawasan dia! 


 Sementara sesat tu, selfie dulu satu kali! Hahaa…


Musz, Lend & Aku bergabung bagi menewaskan Zue! 3 vs 1.


Nampak macam senang! Konon nak lumba siapa paling cepat keluar dari Maze nih! Last-last semua sesat tah kemana. Zue je yang keluar paling pantas.


Fuhhh tak larat la nak sesat dalam nih lagi! Aku pon naik kat atas menara tu nak tinjau jalan dia. Perghhhh memang susah jugak terbelit2! Pastu Zue nak pergi kat tengah-tengah air terjun tuh! Berpusing-pusing jugak banyak jalan mati! Aku nak jerit dari atas pon tak berapa dengar coz jauh. Last-last dia Berjaya jugak sampai kat air terjun tuh & patah balik keluar. Bravo Zue!





Lepas tu, kitaorang main panah pulak! Ajet-ajet macam Legolas pulak dalam LOTR. Hahaa.. Walaupon dulu aku pernah kerja sebagai ‘archery instructor’ tapi ni archery dia lain macam sikit! Pakai buluh. Agak susah jugak nak aim. Hantam saja lah labu. Tapi kene jugak bull eye! Heheeee…. Member aku yang lain, suma arrow ke laut! Hahaa…


Lepas main panah, kitaorang main ATV pulak! Memang aku dah lama mengidam nak main menatang nih! Kalau kat Malaysia tu mahai sangat! Last-last kat sini jugak baru dapat main! Hahaa…. Kira murah jugak dalam 20-30 ringgit untuk 2 round. Best jugak main bende nih! Heheee…. Teruja!









Layan dulu makan masakan Padang di Kota Malang sama pak supir.


Sepatutnya kami nak pergi satu lagi tempat kat Malang ni, Muzium Angkut. Tapi disebabkan kekangan masa, terpaksa la skip. Kitaorang nak ke Jogjakarta naik keretapi. Kami naik Malang-Yogyakarta keretapi Malioboro Ekspres.




Harga Rp 182,500 lebih kurang RM56 sehala. Kami beli untuk pergi balik sebab nanti flight akan naik kat Surabaya balik! huhuuu... Mula-mula beli tiket flight ingat nak pergi Surabaya jer tapi dah alang-alang tu lajak ke Jogja skali! Tapi rupanya jauh jugak perjalanan nak ke Jogja! Tak study habis2 pasal route trip trans java nih! Sekali lagi aku dikecam oleh ahli-ahli geng krik-krik! Ok lepas nih aku nak letak jawatan sebagai ketua rombongan! kah3.... :p



Perjalanan dari Malang ke Jogjakarta mengambil masa lebih kurang 8 jam jugak! Fuhhhhh…. Mereput jugak duk dalam train nih! Rasa seperti rakyat marhaen yang mahu pulang ke desa kayaknya dong! 





Disebabkan budget ciput, konon nak jadi backpackers kental, kami ambik kelas ekonomi. Memang ekonomi sangat! Duduk rapat-rapat giler sampai berlaga kaki & kepala lutut! Kesian dengan budak kecik & baby. Nampak sangat tidak selesa. Tidor pon kene statik & tegak jer, sampai rase sengal & bengkok pinggang aku! Rasa bersyukur pulak dengan keretapi tanah melayu. Hahaa…..


Next, kami nak ke Gunung Merapi di Jogjakarta! yuhuuuuuu.........





To be continued!.......








Comments

  1. Asalammualaikum akak nadzirah hata ni ada instagram tak? Bukan apa saja nak follow sebab blog ni banyak membantu trip saya terima kasih :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya