Candi Borobudur - Pt 8




Assalamualaikum






5 April 2016, 8.00 am



Hari ke-4 backpackers kental  trip trans Java.


Bila bercakap pasal nak pegi bercuti ke Jogjakarta, tempat yang paling femes yang wajib dilawati sudah semestinya Candi Borobudur.





Sebelum tu, misi mencari poskad untuk diposkan kepada diri sendiri & juga sahabat yang berada nun jauh di tanah arab yang tak dapat join trip kali nih!



Candi Borobudur diwartakan sebagai salah sebuah tapak tinggalan sejarah oleh UNESCO dan merupakan Candi Buddha yang terbesar di dunia. Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana.

Ia mula dibina sekitar tahun 750 hingga 850 oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya. Nama Borobudur diambil sempena nama salah sebuah kampung berhampiran iaitu kampung Bore manakala Budur adalah Candi jadi ia membawa maksud Candi Bore.


Gigih ni cari mencari sudut yang sama macam dalam poskad nih! Hahaaa.... Tangan pon gigil coz jenuh tangkap banyak kali kat tengah-tengah panas! Fuhhh..... Merecikkk peluh bai!


Jika Mesir berbangga dengan piramid dan Sphinx, China dengan Tembok Besar, Kemboja dengan Angkor Wat. Maka, warga Indonesia berbangga dengan Borobudur.





Kemegahan dari mahakarya Candi Borobudur ni juga terletak pada 24 pintu gerbangnya yang dijaga oleh 32 arca singa.





Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang. 

Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan balustrades.







Borobudur dibina sebagai tempat pemujaan penganut agama Buddha kerana ketika itu seluruh pulau mistik Jawa didiami penganut Buddha. Setiap tahun, sambutan Hari Wesak telah disambut di sini pada bulan Mei. Pembinaan semula kuil Borobudur menyebabkannya semakin terkenal di kalangan penganut Buddha dari seluruh dunia. Hari Wesak adalah untuk memperingati hari kelahiran, nafas penghabisan dan masa apabila Boddhisatva menjadi Buddha.


Pengaruh Buddha dan Hindu merosot dengan ketibaan agama baru iaitu agama Islam. Sehingga kini hanya terdapat 2 juta penganut Hindu Buddha di Indonesia dengan tumpuan di pulau Bali. Selepas Islam, pengaruh Kristian turut berkembang luas di Indonesia selama 350 tahun dengan jumlah penganut seramai 5 juta orang.


Kemerosotan Borobudur semakin teruk apabila ia ditimbus oleh abu lava gunung berapi. Terdapat dua buah gunung berapi yang masih aktif iaitu Gunung Sundoro-Sumbing dan Gunung Merbabu-Merapi di Sungai Progo. Kawasan ini terpilih sebagai tempat pembinaan kuil kerana penduduknya ramai dan pertanian padi sawah dapat dijalankan kerana tanah lava gunung berapi sangat subur.


Candi ni mengalami beberapa kali pengstrukturan semula dek kerana gempa bumi dan jugak letusan gunung berapi yang telah merosakkan binaan candi ni. Mengambil masa yang agak lama untuk pulih kepada sedia kala. Time aku datang ni, ada beberapa area yang masih lagi ditutup untuk kerja-kerja pemulihan.




Ukiran yang terdapat di dinding ni begitu halus. 


Jumlah stupa yang dimiliki Candi Borobudur adalah sebanyak 1,545 buah. Terdiri dari 73 stupa besar dan 1,472 stupa kecil. Stupa tersebut menjadi ciri khas bagi kuil Buddha.


Jumpa lagi sudut yang dicari! hahaa


Berjaya mencantumkan gambar poskad & gambar yang sebenar! hehehh



Kuil Borobudur dibina atas bukit setinggi 265 meter dari dasar laut.

















Kawasan sini memang panas bahang. Tips nak pergi sini :

1. Bawak air
2. Bawak payung, topi & shades
3. Kamera


 Masa nak masuk & keluar dari candi ni, memang asyik kena follow dengan orang jual-jual barang. Memang ramai akan ikut. Kita ni ibarat gula & mereka semut. Gitulah umpamanya. Selagi tak beli, selagi itulah kena follow. Kena pekakkan telinga je. Pastu cakap je tak nak.

 Mereka ni memang tak akan mengalah selagi kita tak beli barang-barang tu. Last-last member aku beli jugak la keychain.


Masa otw balik dari Borobudur, jumpa pokok bunga & sawah padi yang cantik! 
Pi tangkap gambar sat! hahaa


Pak Jitho merangkap photographer kitaorang, layankan aje kami nih! hahaa...















Next pitstop ke Kalibiru!



Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya