Pantai Timang, Jogjakarta Pt-7




Assalamualaikum



4 April 2016, 1.00 am



Lepas je melawat candi Prambanan tadi, kami meneruskan perjalanan untuk ke Timang Beach. Tapi sebelum tu, singgah dulu kat sini nak makan lobster! yummehhh!....


Tepi jalan nak masuk lorong rumahnya ada signpost ni.


Ni la tempat makannya! Memang jauh jugak masuk ke dalam kawasan kampung-kampung.


P usha2 kat belakang umah ade kolam tempat lobster ni berenang-renang!


Memang besaq bak ang udang galah nih! Tangkap gambaq dulu sebelum kene goreng! hehehh


Tu diaaaa dah siap dimasak! OMG imma so hungry!


Yuk makan dulu dong sebelum pergi libur-liburan!


Memang enak banget sih lobsternya! Padu hingga menjilat lidah ehhh jari! 


Aku close up lagi lobster ni. Aduhhh, sedap dan manisnya isi lobster ni masih terasa lagi kat lidah. Maafkan aku andai ada yang terliur, sebab aku memang tengah craving for the lobster. Ada jugak kang yang meripit ke Jogja semata-mata nak makan lobster nih, haish.


Lepas dah makan, lepak solat semua, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Timang. Perjalanan nak ke sini memang jauhhhhhh! Lebih kurang 3 jam setengah jugak lah dari Candi Prambanan tadi. Laluan ke sini pon memang agak mencabar, jalan yang sempit berbatu-batu. Ni lagi sekali meredah offroad tapi bukan naik jeep, kali ni naik MPV. Memang jahanam la weyh kereta nih! hahaaa.... Pak Jitho memang terer giler bawak MPV nih! Salute sih sama lo Jitho! Hahaaa.... 



Pantai Timang adalah wisata berupa pantai di wilayah yang menjadi batas antara lautan dan daratan yang terletak di Kabupaten Gunungkidul, Daerah Istimewa Jogjakarta. Pantai Timang merupakan salah satu pantai di Jogja yang pasirnya berwarna putih.




Pantai Timang terletak di antara Pantai Siung dan Pantai Sundak Gunungkidul. Akses menuju ke pantai ni cukup sulit, jalan ke arah pantai ni masih banyak yang belum diterokai kerana lokasi pantai ni cukup terpencil. Keunikan pantai ni ialah terdapat sebuah pulau yang menjadi habitat lobster diseberang pantai.



Finally, sampai jugak kat sini selepas mabuk dok dalam MPV meredah offroad! hahaaa... Cuaca memang cantik, panas terik dengan laut yang membiru! 


Hanya ni je kawasan pantai yang ada di sini. Pantai Timang memiliki pemandangan yang sangat menawan dengan pasir putih yang terhampar bersih disepanjang pesisir pantai ni. Pantai ni curam, tak sesuai nak mandi manda. Sekali ombak datang, memang disapu bersih kawasan pantai yang terhad tu.


Kawasan pondok untuk melepak sambil layan view!


View yang super awesome! Warna air pun cantik je walau sentiasa berombak ganas.





Rasa macam dekat Australia jer! Tak sangka kat Jogja ada laut yang cantik macam nih! Walaupun cuaca agak bahang dengan angin bayu laut, tapi seronok je lepak kat sini lama-lama. Banyak benda yang boleh diperhatikan. Tengok ombak membadai tebing pun boleh leka!



Ehhh jumpe lagi geng-geng abam yang kat Gunung Merapi tadi! Adakah ini jodoh??? heheee :p Dorang dah naik dah gondola ni. Binaan gondola ni adalah dari hasil kerja penduduk kampung, tanpa sebarang bantuan kos dari pihak kerajaan. Buat guna bahan-bahan terpakai dengan kos yang minimum jer. Kreatif jugak dorang nih!


Dari jauh dah kelihatan batu besar yang seolah-olah terapung di lautan ni. Ada kumpulan pelancong yang dah pun menyeberang ke sana. Dengan ombak yang membadai ganas, bukan takat seriau dah aku rasa. Memang gerun!



Dibalik kerasnya perjuangan menuju kesana, ternyata Pulau Timang tempat yang paling baik untuk mencari hasil laut. Masyarakat setempat sering menggunakan kereta gantung ni ataupun dipanggil gondola menuju Pulau Timang untuk mencari hasil laut yang banyak terdapat di sana terutamanya Lobster.



 Hasil laut berupa Lobster yang memiliki nilai jual yang tinggi inilah yang membuat mayarakat setempat rela bersusah payah dan berjuang untuk menuju kesana dengan medan berbahaya untuk mendapatkan hasil tangkapan tersebut.


Dengan Pak Fajar, boss Trip Javanesia Travelbuddies!


So tunggu apa lagi, jom la test kegayatan ke Pantai Timang naik gondola nih! Ade bran??? hahaa


Menyeberang ke Pulau tak berpenghuni hanya dengan menggantungkan nyawa di seutas tali nilon sementara deburan ombak pantai selatan Jawa yang terkenal ganas siap memangsa? Ingin tahu rasanya saat berada di pulau itu seorang diri?


Fuhhhh, my turn! Memang cuak giler sih! Gopro on!


Angin yang bertiup kencang dan deruan ombak yang sesekali membasahi menambah 'kencangnya' detak jantungku dan bikin menggelegak adrenalinku. Betapa tidak, andai tiba-tiba ada angin kencang atau ombak yang besar menerpaku, aku bisa saja terlempar dari kerusi gondola dan terjatuh ke dalam gulungan ombak yang berderu di bawahku.


 Bapak yang mengemudi gondola tu menarik tali dengan begitu pantas! Rasa sekejap je dah sampai ke seberang.



Jarak nak ke Timang Beach ni lebih kurang 200 meter naik gondola.


Selamat mendarat di Pantai Timang! hehee


Sekarang ni, pulau ni kami yang punya! hahaaaa


Geng krik-krik berjaya menakluki pulau yang tak berpenghuni nih! hahaaa... Jom turun ke bawah menikmati pemandangan lautan kepulauan Jawa yang terbentang luas!




Dibutuhkan mental yang kuat nak pergi ke pinggiran atas batu nih! Gayat woi! hahaa...  Ni la kawasan dorang nak memancing dan tangkap udang galah! Tengok betapa kencangnya ombak yang menghempas ke batu tu!


You're an island, I'm just a little boat
I'm heading somewhere I don't even know
Hope you don't mind me stopping by your shore
Come with me and you'll never be alone

Open up your heart to me
We'll explore the seven seas
Sail away and find your dreams


Bila datang kat sini, teringat lagu nih! 

My Favourite song! Yuna - Island


Fuhhhh, memang terbaek lepak kat sini!

Serenity!


Hati-hati naik tangga nih! Macam nak mereput dah gayanya! hahaa


Kawasan atas ni berbatu dan tak rata. Batunya pulak tajam dan licin, masih kebasahan mungkin dek ombak ganas yang menyapa.



I need vitamin sea!





Dah hari pon semakin sore, yuk pulang ke seberang! Masa balik ni, saje aku naik gondola berdua dengan zue! Syok jugak naik dua orang! hahaa... Kalau naik dengan suami lagi best, boleh peluk-peluk! ehhh... :p


Sebelah kanan dari Pantai Timang, area sini banyak cliff berbatu. 


Fefeeling hindustan sat sensorang kat atas pelantar nih! Gayat bak ang! Mana hero nih! hahaaaa.... Mereput nak tunggu watak hero malaya masuk dalam blog Nutshell nih! hahaaa


Rasa macam tersejat jer dok kat pantai timang tadi! Dehydrate! hahaa... Minum fresh oren dulu bagi membasahkan tekak sambil layan view yang sangat indah! Heaven!

Nadz was here!

Special dedication untuk mak & abah! hehehh



Pantai yang terkenal dengan lobster dan gondola kayu ni menyajikan petualangan tersendiri! Timang Beach checked! 



Esok nak ke Borobudur pulak! To be continued........


Comments

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya