Ada Apa dengan Tadom Hill, Banting?


Assalamualaikum



Baru-baru ni, aku balik ke KL dan sempat join program member iaitu bersantai di Tadom Hill. Tadom Hill ni terletak di Kampung Labohan Dagang, Banting Selangor. Ianya dibina di kawasan yang agak pendalaman dan dikelilingi oleh ladang kelapa sawit.


Waktu Operasi : Hari Isnin hingga Ahad (10.00 pagi hingga 6.45 petang)


Kalau nak datang sini, kena pergi waktu pagi. Dalam pukul 8.30 pagi orang dah ramai beratur dekat kaunter main entrance. So first come first served. Muatan masuk ke Tadom Hill untuk walk in - day pass adalah seramai 150 Orang. 

Kalau datang lambat dan dah penuh quota, korang mereputs dulu la, cuci mata dan tunggu sesiapa yang dah keluar baru boleh masuk. Nak tunggu orang keluar, mungkin lambat la dalam tengahari atau petang. Coz bila dah seronok berendam & main air dalam tu memang tak ingat lah nak balik! hahaa


 Bayaran masuk :



Normal Day PassWeekday
(Mon – Fri)
Weekend
(Sat – Sun)
Peak SeasonSuper Peak Season
AdultRM 20RM 23RM 25RM 28
Child (Aged 3 – 12)RM 15RM 18RM 20RM 22
Bagi kanak-kanak berusia 2 tahun kebawah dan warga emas berumur 60 tahun ke atas, masuk adalah percuma.

Disekelilingi Alam Semulajadi, Tadom Hill Resort ini terletak 12 minit dari Lapangan Terbang KLIA dan 45 minit dari KL, menjadikan ia destinasi percutian yang sesuai kepada sesiapa yang merancang percutian pendek di hujung minggu.


Resort ini dikelilingi 40 ekar bukit batu kapur, tasik dan terselindung dari dunia luar. Resort yang bertema Eco-Pelancongan ini memberi anda pilihan sama ada nak bermalam di chalet yang di perbuat oleh buloh, ataupun didalam kemah.


Usha-usha dulu kawasan sekitar sini.




Tempat bersantai & port baik nak cuci mata sambil tengok abam sado tengah berendam dalam tasik! hahaa :p


Selepas membuat bayaran, kami diberikan gelang ala-ala macam masuk ke water theme park pulak. hehee


Lepas dah masuk sini, kami pon cari la port yang best. Kat sini ada beberapa pondok buluh. Lepak kat bawah pondok tak de la panas sangat. Kalau nak datang sini, lebih baik korang bawak bekal makanan dan boleh berkelah. Nak makan kat cafe dia pon boleh tapi harga agak mahal sikit lah. Nak buat BBQ pon boleh kat sini.


So sebelum nak terjun dalam air, isi perut dulu. Kalau lepas dah penat berendam nanti boleh sambung makan balik. Pastikan stok makanan yang korang bawak mencukupi lah kalau nak lepak sampai petang. hehee



Sebelum nak masuk dalam air, korang kene pakai life jacket. Lepas dah keluar dari tasik tu, letaklah life jacket tu kat tempat dia balik coz ramai lagi yang tengah menunggu turn nak guna. 


Tadom Groove adalah aktiviti utama jika anda mengunjungi Tadom Hill.   Aktivitinya berendam dalam tasik yang biru kehijauan. Walaupun ianya sebuah tasik, air nya bersih dan selamat untuk aktiviti mandi-manda. 


Selain daripada bersantai mandi-manda bersama keluarga, pelbagai aktiviti  boleh dilakukan seperti bermain kayak buluh yang disediakan. Semua kemudahan seperti jaket keselamatan dan rakit buluh adalah percuma. Anda boleh melakukan aktiviti ini dari 10:00pagi hingga tasik ditutup iaitu 6:30petang.


Nak main rakit buluh ni pun kene amik cepat-cepat. Biasalah kalau dah pergi hari minggu memang ramai orang, semua berebut nak main rakit nih. hahaa


Disebabkan tak de kayu pendayung yang mencukupi, so guna cara manual je lah. Guna tangan untuk mendayung rakit! Disebabkan muatan agak berat, rakit bergerak dengan kadar yang amat perlahan! 


Rakit kami penuh, havoc dan paling ramai sekali. Semua teruja nak naik rakit, so sumbat sampai 15 orang sekali kot! Harap-harap tak tenggelamlah rakit ni! Hahaaa...




Keterujaan mendayung rakit! :p



Tasik ni agak dalam. So memang diwajibkan untuk pakai life jacket. Kat sini ada Tadom Splash, iaitu diving platform dan tali tarzan swing untuk korang nak terjun tiruk.



Tengah tengok pelbagai aksi dorang dok terjun dari atas platform tuh! Tapi dah datang sini takkan nak tengok jer.... Jom la terjun, ade bran??? hahaa


Abam Bob sedang beraksi! Jaga-jaga percikan tiruk dia memang merecikkk habis! Dushhhh.... hahaa



Aku yang ajet-ajet berani! Bhahaaa... Padahal dah sampai hujung platform tu gayat terokk! Walaupun nampak macam tak tinggi, tapi sebenarnya kalau tengok dari atas tinggi. Ketinggian dia 5 meter. Fuhhh... 


To jump or not to jump!


Bila dah terjun, memang seronok la. Rasa nak terjun lagi! Pastu aku try tarzan swing pulak!


Fasiliti di sini memang terbaik. Mereka menyediakan kemudahan seperti Cafe, tandas, bilik mandi, surau dan lain-lain


 Tadom Hill menitikberatkan kebersihan tandas nya. Keadaan tandas cantik dan bersih. Ia juga diasingkan bagi lelaki dan perempuan. Selepas habis aktiviti boleh mandi dan bersihkan diri di tandas yang disediakan.


Tandas buluh


Bagi pengunjung yang beragama Islam, di Tadom Hill juga menyediakan ruang solat ataupun Surau.


Hampir segala dekorasi dan reka bentuk di Tadom Hill ini adalah diperbuat daripada buluh.


Best ke Tandom Hill ni?


Tadom Hill adalah satu tempat yang sangat sesuai bagi anda yang meminati aktiviti luar ataupun ingin bersantai bersama rakan dan keluarga. 
Tempat ni memang best untuk relaks, berehat, tenangkan diri dan jiwa dari kemelut kerja atau pun kehidupan bandar. 


Kalau bercadang nak bermalam kat sini, better la korang tempah awal-awal coz selalunya memang fully book, lagi-lagi kalau hujung minggu ataupun musim cuti sekolah.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai pakej pemginapan dan aktiviti menarik yang lain, boleh la tengok kat website ni :




In a Nutshell, Tadom Hill checked! 


Till then, adios....





Comments

  1. view nmpk menarik, tp riso jugk bwk anak2 kat sini, ni kawasan lombong, mata mmg tak lpas pandang budak2 ni pergi mana..huhuu

    ReplyDelete
  2. salah tu patutnya pedalaman bukan pendalaman.

    ReplyDelete
  3. dkt ngn kampung...tp..xprnh sampai...nk p le nnti/.tqvm info

    ReplyDelete
  4. Nak tanya bayaran masuk tu sekali dengan aktiviti ke bayaran aktiviti ada harga lain ? Terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. Kat situ bas boleh masuk tk means klu budak2 sekolah naik bas pastu boleh antar smpai depan resort or berjln kaki utk masok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh masuk sampai ke resort..car park sgt2 luas

      Delete
  6. hi , tadom hill ni ada menyediakan kemudahan bermalam tk kat situ?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS