Hutan Lipur Lata Tembakah, Terengganu!



Assalamualaikum


Dah lama tak pergi mandi manda kat kawasan air terjun. Moh kita ke Lata Tembakah! Lata Tembakah atau juga dikenali sebagai Hutan Lipur Lata Tembakah ni terletak di Hulu Besut, Besut, Terengganu. Ia adalah antara hutan lipur yang terkenal di negeri Terengganu. Hutan Lipur Lata Tembakah adalah di bawah pengawasan Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu di bawah Unit Rekreasi HLLT.


Hutan Lipur Lata Tembakah boleh dicapai melalui simpang Kg Oh/ Pasir Akar dan kemudian ke kanan menuju ke Hulu Besut/ Keruak/ Kampung Bukit Payong dari Kuala Terengganu. Jika anda dari Kota Bharu, boleh melaluinya melalui susur ke Hulu Besut/ Kampung Keruak berhampiran jambatan Jerteh.


Apa yang menarik, Lata Tembakah ni terdiri daripada air terjun setinggi 7 tingkat dan airnya sentiasa mengalir jernih dan segar dan tiada hentinya. Di pintu masuk Lata Tembakah terdapat satu jambatan gantung.


Dalam usaha Jabatan Perhutanan Terengganu (JPT) untuk mempopularkan kawasan ni, pelbagai prasarana telah dibina untuk kemudahan pengunjung yang hadir. Antaranya ialah lorong pejalan kaki dibina bagi memudahkan pengunjung bersiar-siar di kawasan hutan ini. Pondok rehat pula boleh dijadikan tempat melepaskan penat selepas mendaki atau lokasi berkelah selepas puas berendam dalam kesejukan air sungai.


Kawasan ni dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan, bermalam dan lain-lain aktiviti di hutan lipur, sila berhubung dengan Unit Hutan Lipur Dan Rekreasi, Ibupejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung.


Lata Tembakah terletak di dalam hutan lipur, oleh itu terdapat banyak khazanah alam samada pokok-pokok hutan yang bernilai tinggi mahupun koleksi pokok-pokok herba yang mempunyai khasiat tersendiri disekelilingnya. Selain itu terdapat kemudahan untuk para pengunjung.


Di antara kemudahan yang terdapat di sini adalah chalet penginapan yang di uruskan oleh Pejabat Perhutanan yang disediakan dengan harga berpatutan. Juga disediakan tapak perkhemahan bagi mereka yang gemarkan aktiviti atau ingin merasai suasana alam di sini. Di samping itu kemudahan asas lain turut terdapat di sini seperti wakaf, tandas serta kerusi rehat.



Merangkumi kawasan seluas 300 hektar dan terletak kira-kira 24 km dari Jerteh dan 130 km dari Bandar Kuala Terengganu. Kawasan Hutan Lipur Lata Tembakah merupakan sebuah hutan hujan tropika yang dikelilingi oleh hutan simpan kekal. Kawasan ini mula dimajukan sekitar tahun 1987 dan menjadi tarikan pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negeri disebabkan oleh beberapa keistimewaan yang terdapat disini.


Daripada Jambatan gantung di pintu masuk, untuk ke air terjun di tingkat 5, ia mengambil masa lebih kurang 60 minit dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Manakala untuk ke air terjun tingkat pertama, ia terletak lebih kurang 700m yang mengambil masa kira-kira 20 minit berjalan kaki.


Disebabkan kami gerak pon dah lewat petang, jadi tak sempat lah nak naik sampai tingkat ke-7. Nak sampai kat sini pon dah agak semput jugak. Almaklumlah dah lama tak hiking. hehee


Kat sini kawasan dia relaks, tenang & ada banyak anak-anak ikan. Air terjun dia memang jernih dan sejuk!







Hutan lipur yang masih suci daripada pembangunan ini menyajikan keindahan flora dan fauna menakjubkan. Desiran air terjun disulami kicauan pelbagai unggas memberikan pemandangan sungguh mendamaikan dan mampu mengajak pencinta alam pemikir yang mahu mentafsir kejadian ciptaan Yang Maha Esa.


Kehijauan landskap semula jadinya sudah lama menambat hati pengunjung yang sering menjadikan hutan lipur ini sebagai lokasi riadah bersama rakan atau keluarga pada hujung minggu. Kedinginan airnya membuatkan pengunjung tidak puas mandi, apatah lagi apabila dikelilingi panorama air terjun.




In a Nutshell, bagi anda yang ingin berkunjung ke Terengganu, jadikan Hutan Lipur Lata Tembakah ni sebagai destinasi yang mesti anda lawati!



Next time kene repeat naik sampai tingkat 7! hehee








Comments

  1. Assalammualaikum.....igtnya besok nk pegi..lama sgt x pegi..kebetulan balik kampung..last pergi masa tahun 1997 klau x silap..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.....igtnya besok nk pegi..lama sgt x pegi..kebetulan balik kampung..last pergi masa tahun 1997 klau x silap..

    ReplyDelete
  3. Lata tembakah ni ada perkampungan jin diantara lata tembakah dan lata belatan.kalau naik sampai tingkat 7 dan masuk ke dalam lagi anda mungkin akan hilang

    ReplyDelete
  4. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..😉

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah