Bukit Batu Chondong



Assalamualaikum





Haritu aku berkesempatan pulang ke kampung halaman dan sempat juga melepaskan gian pergi hiking ke Bukit Batu Chondong. Short form nyer orang selalu panggil BBC.

Nak tau kat mane BBC ni? Jom kasi terjah!



Bukit Batu Chondong ni terletak di belakang Zoo Negara. Nak ke sini korang akan melalui entrance Zoo Negara, ada lorong ke belakang korang terus je pandu kereta naik bukit kat atas tu lalu kat kawasan perumahan, lepas tu ada sungai kat tepi dia. 

Laluan kat bukit dia memang agak berliku sikit dan sempit. Kalau nak senang, waze kan ade, tak pon gunalah google maps. Taip je " Bukit Batu Chondong" ataupun "ATV Adventure Park Kemensah". 



Ni starting point untuk mendaki ke Bukit Batu Chondong. Ada sorang abang tu jaga kat tempat parking kereta. Kereta boleh park di bahu jalan. Kena bayar RM1 setiap seorang.


 Kami start mendaki dalam pukul 9.30 pagi bermula dengan trek pacak dengan keadaan tanah agak licin (sebelah kebun berpagar). 


Agak tercungap juga la aku nak mendaki mula-mula tu. Baru kat sini dah pewai! Ni la penangan makan banyak! Sebelum hiking dah bantai dulu nasi lemak sepinggan! Exersice pon idok! Mendapatlah! Tapi chill je la, tak lari pon bukit dikejar. Kita mendaki santai-santai jer sambil sepak-sepak daun. Hahaaa


Dari sini, dah nak masuk hutan pokok buluh.


Laluan pokok buluh ni agak panjang juga sebelum sampai ke puncak. Di laluan ni cabaran dia trek agak licin sebab dipenuhi dengan daun buluh dan banyak nyamuk! Digalakkan untuk pakai baju lengan panjang dan sarung tangan untuk elak digigit nyamuk!

Selfie dulu!


Kat sini jalan dia ada beberapa cabang. Inilah satu-satunya papan tanda ke BBC.


Bahagian paling mencabar adalah halangan terakhir sebelum sampai ke puncak. Dia punya mencabar sampai rasa tak confident nak naik atas walaupun dekat je. Memerlukan kekuatan tangan, kaki dan skill untuk memanjat menggunakan tali di pokok dengan sokongan batu besar. Kat sini memang aku gayat sikit lah nak manjat! Macam rock climbing! Tapi aku gayat terokk sebenarnyer! hahaaa


Lepas tu dah sampai atas dah! Tadaaaaa....


So nak sampai kat atas ni lebih kurang 45 minit jugak lah. Kalau korang yang fit tu dalam setengah jam dah sampai kot!



Ni puncak yang pertama. Rileks2 dulu hirup udara segar & tangkap gambar kat sini.

Team adik beradik!
view kat sini memang padu!
Please don't try this at home! :p
Gayat bak ang!


Bukit Batu Chondong (BBC) 260 meter checked!

In a nutshell was here! yeayyyhh


Ni kat puncak kedua pulak. Nak ke sini korang perlu jalan ke depan sedikit dari puncak pertama tu. Hati-hati dengan batuan tajam di sepanjang trek.








View yang lebih mengancam kat sini. Kalau zoom kat puncak gunung sana boleh nampak Genting Highland!



Kita ke puncak yang ketiga pula. Macam cantik je kalau nak bergambar atas batu tu kan. Nak ke sini, korang kene jalan ke depan lepas tu menurun bukit sikit lepas tu kene panjat batu.


Kalau nak tangkap gambar macam ni posing maut kat atas batu ni, kene la suruh kawan korang duduk standby kamera kat batu yang sebelah sana. hahaa


Dok kat celah batu sana demi nak amik angle terbaik kawan korang yang tengah posing atas batu ni. lulz :p

Seriau dok kat tepi-tepi tebing ni aihhh! Hati-hati bro!



You need special shoes for hiking — and a bit of a special soul as well.
Terri Guillemets



View kat puncak ketiga ni pon memang awesome! Nampak lembah gaung dan gunung ganang. Macam dekat bukit tabur pun ade jugak.

Disclaimer *Sila abaikan pipi yang pau itu! uhuks...

“The mountains are calling and I must go.” (John Muir) 



Hiking kat sini memang best, sangat sesuai untuk nubis kubis macam aku yang dah lama mereputs, treknya jelas, view yang nice, cuma ada sedikit bahagian yang curam-curam berbatu. Terdapat juga tarikan lain kat sini, boleh main ATV dan juga berkubang di air terjun Sofia Jane.



Sebelum turun, lepak dulu di bawah beirut dekat puncak pertama berkelah sambil gossip-gossip, makan bubur & laksa... Thanks member yang rajin tolong masakkan makanan. hehee... Jumpa geng2 hikers yang baru kenal kat sini. Hai2!


In a Nutshell, Bukit Batu Chondong memang terbaek! Happy hiking guys!


Comments

  1. Negara, saya kira di Bali ternyata di Malaysia
    cantik yah, jadi ingin ke sana

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!

Thailand part 6 - Jim Thompson Farm

Castella Cafe, Gerik, Perak!