Diari Sepanjang 2016


Assalamualaikum



Tahun 2016 pon dah hampir ke penghujungnya. Tahun ni banyak sangat benda yang berlaku dalam kehidupan aku. 

Bak kata pepatah, Life is About Ups and Downs but It's Your Choice to Scream or Enjoy The Ride..


Tapi benda yang aku tak boleh lupa sekali sepanjang 2016 adalah aku dapat sambut birthday kat atas Gunung Kinabalu! Mungkin ni rezeki yang tak disangka dapat naik Gunung Kinabalu lagi buat kali kedua dengan trail yang baru dan ditaja oleh Team Anak Gunung. Tahun depan konon lah nak sambut Birthday dekat gunung yang lagi tinggi, ABC maybe. Tapi impian tu macam terkubur jer disebabkan bajet yang tak mengizinkan! hahaa... Nampak nyer mereput kat rumah je lah. 

Tapi disebalik kegembiraan tu, ada juga kisah sedih bila aku tertinggal flight Paragliding dari Puncak Kinabalu tu & pendakian Adam terhenti di Sayat-Sayat sahaja. Memang kecewa jugak lah tapi semua tu telah ditebus. Hahaaa... Aku dapat terbang Paragliding 2 kali iaitu di Jugra dan Kuala Kubu Bharu. Tapi apa la sangat kan kalau nak dibandingkan kalau dapat fly kat banjaran croker terbang melepasi lautan awan putih gebu atas Gunung Kinabalu tu kan. Tapi apa pun terima kasih kat Abam Planta, idola gadis-gadis, yang sudi menerbangkan aku & sahabat aku, Ayu. 

Adam pun telah berjaya menawan Puncak Kinabalu baru-baru ni. I wish i was there actually to see the moment of truth! Tahniah kepada Team Anak Gunung kerana telah berjaya mengulangi kembali misi pendakian Adam yang tertangguh masa awal tahun haritu. Sebenarnya abang Ariff ada ajak aku lagi untuk join the team, tapi disebabkan komitmen kerja aku terpaksa melupakan sahaja hasrat aku untuk naik buat kali ketiga. Inshaallah aku akan kembali lagi ke Puncak Gunung Kinabalu suatu hari nanti dengan misi 'Via Ferrata'. hehee

Lepas tu aku dapat pergi ke tempat yang dah lama aku mengidam nak pergi. Backpacking trip ke Surabaya dan Jogjakarta. Dapat tengok kawah asap Gunung Berapi Bromo kat depan mata! Tengok sunrise kat Bromo dan Merapi! It was priceless moment! Bucket list aku pon dah banyak jugak tick off untuk tahun nih.

Dan kemuncak hidup aku, aku berhenti kerja dan dapat kerja baru. Kene training selama 2 bulan kat akademi. Aku rasa kehidupan dalam akademi tu sebijik macam throwback kehidupan aku masa kat zaman universiti dulu. Tiap-tiap hari kene berbaris nak pergi kelas, rollcal setiap hari setiap malam, kawad, kene denda, kene maki, kene bersukan semua. Tapi masa kat u dulu aku dah pernah kene lagi teruk sebenarnya almaklumlah study kat dalam kem askar. So bila kene balik kat Akademi tu macam tak de apa sangat lah. Just enjoy the moment dengan kawan-kawan baru yang datang dari pelbagai background.


Yang paling best sekali, trip impian aku selama 2-3 tahun ni nak panjat Gunung Rinjani memang terkubur lah! Sebabnya aku tak sangka pun kene start training dalam bulan 4. Aku dah plan trip ni dah lama, dah beli tiket flight & trip mendaki dan plan backpacking ke Lombok semua hangus! Tapi aku redha je lah. Nak berenti kerja pun last minit kene bayar balik kat company sebab bagi notis berhenti tak sampai 2 bulan. Kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan. Harapnya, satu hari nanti aku dapat pergi Lombok. Rinjani, kau tunggu aku datang! hahaa

Dulu, aku selalu fikir nak hidup merantau, nak kerja jauh-jauh. Kalau boleh aku nak kerja kat oversea. Konon nak ikut jejak langkah kawan-kawan aku yang kerja kat Saudi. Hahaaa... Tapi sekali bila dah habis je training, aku dapat posting jauh la jugak! Aku dapat kat Kelantan. Haaaa hambik ko nak keje jauh sangat! Aku bajet-bajet dapat kat Sabah ke, Johor atau Perlis. Tapi haaaa ke Klate ke kita! Tak pernah terfikir pun aku akan dapat kat sini. 

Kehidupan di Pantai Timur sangat lah berbeza dengan kehidupan aku dikotaraya kat tengah-tengah bandar metropolitan. Terasa terasing pulak di bumi sendiri. Kat sini tak de pun tempat-tempat hiburan untuk ko melepak, tengok wayang ke, karok ke. Tempat hiking bukit-bukit pun macam tak de je dikala bosan gian nak mendaki. Bila aku drive nak balik rumah aku kat PJ, memang aku terasa jauh betul. Dah la balik pun sorang-sorang drive dalam 9 jam. Mohon bertabahlah untuk 4 ke 5 tahun nih! hahaa

Bila balik kat rumah family aku haritu, kucing kat rumah kitaorang dah tak de. Sedih jugak sebenarnya. Selalu bila balik aku suka peluk Jack dan main-main dengan dia. Bila dia tak de rasa sunyi jer rumah. Aku syak Jack dah meninggal sebab masa aku balik bulan 11 haritu dah 2 minggu dia tak balik rumah. Masa last dia kat rumah, family aku cakap dia sakit teruk. Tak lalu makan, muntah-muntah semua. Pastu last-last dia terus hilang tanpa dapat dikesan! 

Teringat pulak aku kat cerita Life of Pi! Harimau tu dah kurus kering dan sakit, terus je pergi masuk dalam hutan bila dorang dah selamat sampai kat darat & never say gud bye! Haiwan ni tahu, bila dah hampir tiba saat kematian dia, dia akan pergi meninggal dekat tempat yang tersorok dan terasing supaya orang-orang yang dia sayang tak tengok masa dia mati! Aduh, tetiba rasa sebak nak menangis pulak! Cisss hati tisu jugak aku nih! hahaa... I love & miss u Jack! Semoga kau tenang disana! RIP Jack!

 T___T

Queen & Jack dalam dakapan abah!

Impian aku nak jadi seorang penulis pun termakbul jugak. Walaupun sekadar penulis picisan, banyak jugak artikel aku tersiar di majalah dan surat khabar. Kat rumah aku tu dah boleh jadi Gallery gambar kot, aku tampal semua hasil penulisan aku kat dinding. Hahaaa... Harapnya tahun depan aku dapat menulis dengan lebih banyak dan Inshaallah satu hari nanti aku nak terbitkan buku travelog sendiri. 

www.hmetro.com.my/ Tips Kembara Bajet



Tapi kalau tengok pun aku dah jarang update blog disebabkan kerja. Kerja aku sekarang memang sangat lah berbeza dengan apa yang aku pernah buat dulu. Memang mencabar untuk nubis kubis macam aku. Dulu aku suka sangat tengok cerita Korea, Spy Myung Wol. Haaa... sekarang keje aku pun lebih kurang macam tuh! hahaaa... Tapi nasib baik aku tak kene kerja kat belah-belah sempadan tuh! 

Kawan-kawan yang lain ramai yang dah settled down dan ada kehidupan sendiri, bahagia dengan suami, isteri dan anak-anak. My bff aka #duohikers pun dah selamat mendirikan rumahtangga. Aku je yang masih lagi sendiri. Aku dah seru pon jodoh tapi masih tak kesampaian. Sesat agaknya! :p Lelaki yang sweet-sweet talker nih yang paling bahaya! Kemon lah guys, walk the talk! Actions speak louder than words.. Ahhh, persyaitonkan mereka semua! Cintaku dah tenggelam macam tenggelamnya Kapal Van Der Vijk. Ni semua salah Zainuddin yang membiarkan Hayati pergi... ehhh2... emo pulak! hahaa... I Would Rather Be Single Than With The Wrong Person. Chill bro!



Life must go on and face it! Aku rasa jodoh aku kat benua yang lain kot! Kepada encik jodoh, jomlah travel dan hiking sesame & cepat lah lamar aku kat puncak gunung! huahaaa... kena move on dengan kadar segera sebab hiking buddy aku #duohikers dah selamat menikah! Now i'm looking for new hiking partner? Anyone? :p Pada pendapat aku, kebahagiaan bukanlah semata-mata bila kita hidup dengan seseorang. Bila sorang-sorang pun kita boleh bahagia jika tau caranya. Happiness is when you know what you want in your life!

Oklah, secara keseluruhannya aku rasakan tahun 2016 adalah tahun yang manis bagi aku. Walaupun takde apa yang boleh dibanggakan tapi yang paling penting ialah hidup aku lebih bermakna dan ceria berbanding tahun yang sebelumnya. Aku amat berterima kasih kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang aku sebab tanpa mereka siapalah aku. I heart you all!

THIS IS MY LIFE IN A NUTSHELL. Untuk tahun 2017, aku cuma merancang secara kecil-kecilan. Aku juga tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada perancangan aku, just go with the flow dan selebihnya aku serahkan pada Allah SWT. Tapi apa yang lebih penting bagi aku sekarang ialah untuk terus berfikiran positif dan hidup dalam mood yang ceria. 

Selepas 10 bulan mereputs tak pergi mana-mana trip, now i'm back guys! Backpacking trip dalam misi mengejar Bunga Matahari. More to come. Taaa zabar nak tick my next bucket list! Senarai Baldi Saya! See u next year!

Akhir kata, 2017...please be good!






Comments

  1. All the best and good luck utk awk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. insyaAllah everything will be good, all the best Nadz & good luck. keep writing & i like ur story..
    Walaupun waktu ketika dulu (when i was single la) this is what i want to do, travel sana sini, terjah, redah sana sini, tapi takat itu yg i mampu, now i have more important thing to do, with handbag kiri kanan (kids), parenthing, motherhood..
    reading ur story seperti kita berada di tempat u travel, kipidad & don't give up

    *selama ni silent reader je..huhuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!