Pantai Sri Tujuh



Assalamualaikum


Wat gapo tuh?


Jom santai-santai hujung minggu di Pantai Sri Tujuh. Pantai ni terletak di Tumpat, Kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lagun di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. 


Pantai Sri Tujuh ni berhampiran dengan Pengkalan Kubur dan Stesen keretapi Tumpat. Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh ke sini dengan menaiki kereta api dengan bayaran RM32 seorang. Banyak teksi dan kereta sewa di stesen kereta api untuk pergi ke pantai.


Penduduk tempatan tengah kutip siput kat tepi sungai ni. 



Sebuah resort terapung telah dibina di Pantai Sri Tujuh. Ia dikenali sebagai Resort Sri Tujuh, lengkap dengan kolam mandi , gelanggang futsal dan padang latihan bermain golf.

 Pengunjung akan makan di gerai-gerai yang disediakan sambil menikmati panorama laut dan mereka yang menunggang bot ski. Bot nelayan kelihatan pulang ke pangkalan pada waktu-waktu tertentu.


 Pada hujung minggu, ada di antara pengunjung mendirikan khemah sambil memancing ikan.



Pantai Sri Tujuh ni menghadap ke arah Laut China Selatan yang bersempadan dengan negara jiran, Thailand. Terdapat beberapa teluk dan beting pasir boleh disaksikan di beberapa kawasan pantai berkenaan turut menambahkan lagi keindahan landskap Pantai ni.


Lepak sambil layan makan aiskrim kelapa tepi pantai dengan tiupan angin bayu laut sepoi-sepoi bahase. Indah!


Life’s a beach enjoy the waves.


In a nutshell, I'm in need of vitamin sea!



Toodles....








Comments

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!

Thailand part 6 - Jim Thompson Farm

Castella Cafe, Gerik, Perak!