Siri Jelajah Thailand part 1



Assalamualaikum




Day 1

Jumaat- (30.12.2016)


Kota Bharu - KLIA2 - Bangkok, Thailand


Apa yang membuatkan hati aku berkobar-kobar untuk menjelajah bumi Thailand ini adalah kerana misi aku & the geng untuk menjejaki Bunga Matahari! Antara bulan yang sesuai untuk melawat ladang bunga matahari ini adalah dari bulan November sehingga Januari setiap tahun. Selepas itu, semua bunga tersebut akan layu dan dituai untuk dibuat kuaci dan minyak bunga matahari.


Disebabkan aku sekarang bekerja di Kelantan, jadi aku kene bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu menuju ke KLIA2. Seawal jam 6.30 pagi lagi, aku dan kawan sekerjaku Atiqah telah bertolak menuju ke airport. Perjalanan dari KB-KLIA2 mengambil masa sejam. Kami selamat tiba di KLIA2 lebih kurang pukul 9.00 pagi. Flight ke Bangkok pula pukul 3 petang nanti.


Sementara menunggu kawan aku lagi sorang daripada KL yang akan bersama-sama menuju ke Bangkok, aku pun roger2 la sahabat yang bekerja kat area KLIA nih! Nasib baik dorang pun kebetulan baru balik bertugas. So daripada ku mereputs sampai petang, aku pun lepak la bertanya khabar dengan dorang nih! Tq Abam Syah sebab payung kami semua makan tengahari! Jimat duit blanje kitaorang! Al-maklumlah trip backpackers! lulz :p Moga murah rejeki abam! Hahaaa....


Round table, aku, Abang Kawasan aka Syah, Ain Sabah bah, Mommy hot Faz, Xue Li & Tiqa. Glemer la korang masuk blog picisan aku nih! Kah3....


Gud bye Malaysia! See you next year! Gonna miss 2016 very much! The best year in my life!


Fazlin, Syah & Nadz! Spartan team reunited! Miss u guys! Till we meet again!



Perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Don Mueng Airport, Bangkok mengambil masa 2 jam. Lapangan terbang ni tak terlalu besar kerana lapangan terbang yang utama di Bangkok adalah di Suvarnabhumi Airport. Kat sini lebih kurang macam airport kat Subang.


Lapangan terbang ni dikatakan salah satu lapangan terbang antarabangsa yang tertua di dunia dan tertua di Asia yang masih beroperasi sehingga kini. Ia mula beroperasi sejak dari tahun 1914. Fuhhh dari perang dunia pertama tu!



Sampai je kat Immigresen, orang ramai giler! Kene beratur panjang. Perut pulak dah lapar. Bagi mengisi perut yang tengah berkeroncong, kami pun makan hotdong segera. Baru tahu ade jugak jual ready to eat sausage. Kawan aku yang beli. Dia cakap ade je banyak jual kat pasaraya. So tak payah goreng, boleh dimakan begitu sahaja. Rasa dia.... ermmmm agak pelik lagi aneh bagi aku! Macam rasa dan bau makanan kucing pun ade! kah3...



 Pemeriksaan Imigresen yang sesak di kaunter. Mungkin ramai yang balik ke kampung halaman masing-masing bagi menghabiskan cuti hujung tahun barangkali. 


Masa kat kaunter ni aku amik gambar kawan aku. Pastu ade pulak pegawai dia nampak & kitaorang kene marah dengan pegawai tu! Aihhh kecoh betol bikin havoc kat kaunter immigresen! I said delete now! Delete now! Memang berdesing & panas jer telinga aku bila pegawai pompuan tu menjerit! Hahaaaa... Aku cuba berlagak cool padahal gelabah jugak la panggil kawan aku! Weyh camne nak delete gambo dari tepon ko nih! Pastu tunjuk phone depan muke dia kitaorang padam gambo tuh! Memang suara dia terngiang-ngiang sampai sekarang! Trauma! Bhahaaaaa



Lepas keluar je dari sini, jangan lupa beli Tourist simcard yang berharga 300bath untuk 7 hari. 


Destinasi pertama yang kami pergi ialah Chocolate Ville. Untuk pergi ke sini, kami menaiki grab car. Harga grab car 200bath. Grab car disini ada kemudahan wifi. Jadi boleh menjimatkan data bagi mencari maklumat untuk menuju ke lokasi tersebut. Hehee.

Dari Don Muang Airport nak ke sini lebih kurang 30 minit. Kalau korang stay dekat bandar Bangkok, nak ke sini lebih kurang 45 minit ke sejam bergantung pada keadaan traffic. Traffic kat sini memang sesak macam kat KL. Tiada pengangkutan awam kalau nak ke sini selain teksi.


 Chocolate Ville ni bukan lah tempat yang ada menjual coklat tetapi ia merupakan restoran terbuka dengan konsep bangunan dan landskap yang seperti ala-ala di perkampungan Eropah. Memang cantik suasana kat sini. Kami tidak makan pun disini kerana tiada makanan halal. Cuma datang untuk jalan-jalan dan mengambil gambar. 





Kami dah plan untuk datang sini lepas touchdown. Baru nak layan sunset kat sini, tapi disebabkan kat immigresen tadi dah beratur lama sangat, sampai kat sini hari pun dah gelap.  Kat Thailand, waktu adalah sejam awal dari Malaysia tapi pukul 6 petang dah gelap macam 8 malam.


Entrance Fee : FREE

How to Get There : By Taxi, Grab car, Uber (Tiada BTS skytrain @ MRT untuk ke sini)

















Boleh naik kat atas lighthouse ni kalau nak tengok view 360 dari atas. Tangga dia agak curam, tinggi dan sempit. Kat atas ni pun tak boleh naik ramai-ramai. Walaupun agak gayat, memang cantik view dari atas ni!







Kalau nak feeling2 romantik, bercinta dengan suasana eropah boleh lah datang kat sini!




Kami datang sini dengan angkut backpack sekali! Ermmm Backpackers sangad kennn! Dari airport terus ke sini. hhahaa... Pastu dah tak larat nak jalan coz beg berat, nak tangkap gambar lagi!





Alamat :
Chocolate Ville,
351, Khan Na Yao, Bangkok
Thailand





Seterusnya, kami menuju ke Preme Hostel di Sukhumvit dengan menaiki teksi dengan tambang 350bath. Hostel ni berhampiran dengan Asoke BTS Skytrain Station, Sukhumvit MRT Subway Station dan Terminal 21 shopping mall. Hotel semua kami booking seminggu sebelum pergi di Booking.com. Kami check in disini dua malam dengan harga 3000bath.





Semua kiraan ni adalah total untuk 3 orang.

Grab car : 200bath
Simcard : 300bath
Teksi : 350bath
Air mineral : 34bath
Hotel : 3000bath

Total lost for day 1 : 3884bath




To be continued.....





Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat