Sunflower Trip!



Assalamualaikum


Trip kali ni aku hanya buat preparation last minute lebih kurang sebulan. Memang dah lama sebenarnya impian aku nak pergi tengok keindahan ladang bunga matahari. So kebetulan start plan bulan 11 memang dah cantik la sebab tengah nak start berputik musim bunga kat negara gajah putih ni. Nak pergi ke Sunflower Fields, Tuscany - Italia tu jauh sangat, so kita pergi Thailand je la yang mampu dengan budget yang ciput! hehee... 

Sawaddi kha!



Aku plan nak pergi seminggu. Tapi ape nak buat weyh sampai seminggu kat Bangkok! Takkan nak mereput kat tengah bandar Bangkok yang sesak tu je?? Research punya reseach membawa aku sehingga ke Khao Yai, utara tanah Thailand. Antara route yang aku lalui bermula dari Kota Bharu - KLIA2 - Don Muang Airport, Bangkok - Sukhumvit - Kanchanaburi - Ayutthaya - Khao Yai - Pak Chong - Korat - Nakhon Ratchasima - Lopburi - Ratchathewi - On Nut - Don Muang Airport, Bangkok - KLIA2 - Kota Bharu. 

Ni bukan bendera bergerak ye! :p kebetulan pulak baju & tudung aku matching dengan bendera Thailand! hahaaa
Sunflower field at Jim Thompson farm, Pak Chong!

So kali ni, aku nak bawak korang dalam siri jelajah ke bumi Thailand dalam misi mengejar bunga matahari! Plan asal nak pergi tengok sunflower field kat Lopburi jer. Tapi sebenarnya kat sini memang banyak tempat yang ada bunga matahari. Plan untuk ke Saraburi terpaksa dibatalkan sebab aku dah jumpa 3 ladang bunga matahari yang besar sepanjang perjalanan! hahaaa... Entry lepas ni memang penuh dengan bunga-bungaan je lah! 


Bukan setakat bunga matahari jer yang aku jumpa, macam-macam jenis bunga lagilah aku jumpa terutamanya dekat Khao Yai! Dah ajet-ajet macam kat Europe jer! View dia aku toksah cita la! Memang cantik gler! Make your jaw drop! hahaaaa....


If I had a single flower for everytime i think about you, I could walk forever in my garden.
The Bloom, Nakhon Ratchasima
 Selain pergi taman bunga, banyak lagi tempat-tempat yang menarik dan rare yang aku pergi. Antaranya pasar atas landasan keretapi, pasar terapung, jumpa binatang yang comel, Alpaca, melawat tempat dan kota bersejarah Ayuthaya, merentas dari shopping mall ke mall yang lain sampai nak tercabut kaki, hiking ke kawasan air terjun yang unik, Erawan Waterfall, rambang mata nak shopping kat Chatuchak weekend market dan  macam-macam lagi! 

Sleeping Buddha 
Ancient city!

Buddha's head in the root!

Smashing Pumpkin!

Alpaca yang gebu gebas & comel! Rasa nak gigit2 jer! haha


Boleh la berlari-lari anak nak buat scene menyanyi lagu hindustan kat celah-celah taman bunga nih! ewahhh2! Tapi hero mana hero?? kah3...

Cosmos field!
Harga tiket flight Air asia yang aku beli adalah KB-KL-KB = RM129, KL- Bagkok - KL = RM321. Insurans travel untuk trip ni aku ambil dengan Etiqa Takaful selama 8 hari = RM30. Stok makanan aku bawak banyak jugak. Sebabnya di utara Thailand susah nak dapat makanan halal. Beli stok makanan, biskut, roti, tuna, coklat, gula-gula, mee segera dan pek makanan Brahims = RM100. Jangan lupa bawak bekas makanan, botol air, sudu dan garfu supaya senang bawak bekal makanan dan boleh makan bila-bila masa ketika lapar semasa dalam perjalanan.

Bajet keseluruhan untuk trip selama 8 hari ni lebih kurang RM1500. Setiap hari aku akan tido & check in di tempat yang berlainan. So kejenya asyik packing bag lepas tu unpack balik. Jadi skill untuk punggah & mengemas barang untuk disumbat ke dalam bagpack dalam masa yang singkat amat diperlukan! Hahaaa


Pasal transportation pulak, memang segala jenis pengangkutan awam aku naik. Kat kawasan Bangkok senang jer nak dapat transport. Aku naik tuk tuk, MRT, Sky train, Teksi, Uber, Grab Car, motor, songteuw. Kalau di kawasan luar bandar aku kena naik keretapi old school punya, bas, van, mini bus dan kereta sewa.

Sunflower field, Lopburi!

Cukuplah belanja gambar dulu! Haaa teruja tak teruja?? Banyak kisah dan peristiwa menarik dan tak boleh aku lupakan sepanjang trip nih! Sekarang, hatiku dah tertinggal di Thailand! Nak tau kisahnya, aku akan cerita kat entry akan datang! 


Sabai-sabai!











Comments

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Hiking Gunung Datuk!

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya