Ada apa dengan Khao Yai, Thailand?



Assalamualaikum



Pernah dengar tak Khao Yai? Mungkin kalau anda ke Thailand, lepak di kota Bangkok itu dah terlalu mainstream. Aku mencadangkan supaya anda naik sedikit ke sebelah utara iaitu lebih kurang 3 jam perjalanan dari kota Bangkok untuk ke Khao Yai iaitu yang terletak di daerah Nakhon Ratchasima. Nak tahu apa yang menarik di sini?


Di Khao Yai, anda akan dapat menikmati kesejukan dan hamparan pergunungan bagaikan berada di Eropah.




Disini terdapat Khao Yai National Park yang sangat luas dan meliputi empat wilayah, yang ditetapkan sebagai Taman Negara Thailand sejak tahun 1962. Tempat ini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang popular kerana salah satu air terjun di taman nasional ini, iaitu Haew Suwat, menjadi lokasi shooting filem Leonardo DiCaprio, "The Beach" (2000). 




Memang filem ini berkisar tentang pergolakan di kawasan Segitiga Emas Asia Tenggara, dan sebahagian besar lokasi shooting-nya adalah di Phi Phi Island. Tapi di saat Leo yang di dalam filem tersebut berperanan sebagai Richard, melompat dari atas sebuah air terjun yang memukau, lokasinya diambil di kawasan pemuliharaan tertua di Thailand ini.


Cokchai Farm


Chokchai Farm terdiri daripada 8000 ekar tanah, menempatkan pelbagai spesies haiwan seperti lembu, biri-biri, rusa, arnab, kuda, burung unta dan banyak lagi. Ia terletak di Jalan Pak Chong, Nakhon Ratchasima. Harga tiket masuk ialah 300bath.

Chokchai Farm adalah ladang yang pertama di Asia Tenggara yang mengeksport lembu ke banyak negara dan mereka juga menerima 3 anugerah Emas dari Anugerah Pelancongan Thailand. 


Ladang ini ditubuhkan pada tahun 1957 sebagai ladang sayur-sayuran oleh Mr Khun Chokchai Bulakul iaitu seorang pemuda yang bercita-cita untuk menjadi seorang Koboi semasa kecil.


Menjelang 1965, Chockchai cuba melibatkan diri dalam penternakan lembu daging sehingga berjaya menternak sebanyak 10,000 ekor lembu.


Ladang Chokchai merupakan ladang ternakan lembu tenusu yang memang terkenal di Thailand dan merupakan Ladang lembu tenusu terbesar Asia Tenggara!

Selain aktiviti tenusu, ladang tersebut turut memberi fokus kepada aktiviti lain seperti penternakan lembu daging, agro pelancongan dan juga perniagaan restoran stik.



Sebelum masuk ke kawasan ladang, kami semua wajib untuk mencuci tangan dan pakaian kami disembur dengan sanitizer bagi menjamin kebersihan.



Di Chokchai Farm, anda boleh merasai pengalaman memberi makan kepada haiwan, melihat bagaimana kakitangan disini melatih haiwan dan melakukan proses pembiakan baka lembu, dan anda juga boleh belajar cara untuk memerah susu dengan menggunakan tangan! Memang menarik!


Selepas sesi tour di sekitar ladang, kami semua diberikan aiskrim percuma. Produk aiskrim tenusu ini berjenama Urmmm.. Milk! Aiskrim berperisa pisang ni rasanya memang sedap dan lemak berkrim!


Selepas sesi taklimat dan demo, kami dibawa ke pertunjukan cowboy atau rodeo yang juga merupakan salah satu aktiviti yang ada di Chokchai Farm.


Disini juga terdapat ladang bunga yang begitu cantik! Boleh la kalau nak buat scene menari lagu hindustan kat sini! hahaa



The Bloom



The Bloom, taman bunga terbesar di Thailand ini terletak di wilayah Khao Yai, Pak Chong. Harga tiket masuk ialah 120bath.


Dengan luas sekitar 100 hektar, The Bloom ini diperindahkan dengan tanaman lebih dari 30 jenis bunga iaitu mawar, lavender, bunga matahari, kosmos dan sebagainya.








Taman bunga ini berlatar belakangkan kawasan pergunungan. Cuaca disini memang nyaman dan dingin.


Terdapat juga penternakan kambing biri-biri disini. Pengunjung boleh memberi makan kepada haiwan disini.


Terjumpa pula ladang bunga matahari di tepi jalan Pak Chong ni. Hati terus melonjak teruja! Nak bergambar disini dikenakan bayaran 20bath.



Palio Piazza



Palio Piazza ini merupakan 'Walking Street Shopping Center'. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini.


Palio Piazza ini diilhamkan dari Tuscany Village, Itali. Terdapat kira-kira 140 lot kedai, bar dan kafe yang berwarna-warni dengan hiasan bunga-bungaan dan pokok yang menjalar di sekitar bangunan yang membentuk landskap indah seperti berada di Eropah.


Ada pelbagai kawasan menarik disini seperti Palio Piazza, Palio Garden, Piazza Grande, Piazza Felice dan Palio Market.


Primo Piazza




Sebuah lagi tempat dengan gaya eropah dikelilingi bukit bukau dengan landskap yang mempesona boleh didapati di Thailand iaitu Primo Piazza. Harga tiket masuk ialah 100bath.


Apa yang menarik di sini selain struktur bangunan terracota yang seakan berada di Itali ialah terdapat ladang haiwan dengan rumput yang menghijau di sini. Anda boleh bermesra dan memberi makanan kepada haiwan-haiwan yang jinak disini.





Kambing biri-biri dan Alpaca yang sangat gebu dan comel yang diimport khas dari Australia.



Jim Thompson Farm



Ladang ni hanya di buka kepada pengunjung setahun sekali iaitu bermula pada Disember hingga Januari. Ketika ini musim bunga sedang berkembang mekar dan buah-buahan telah masak ranum. Bayaran masuk adalah 150 bath. Harga tiket berbeza jika datang pada hujung minggu.


Ladang ini diambil sempena nama pengasasnya iaitu James Harrison Wilsom Thompson yang dilahirkan di Greenville, Delaware, Amerika Syraikat pada 21 Mac 1906. Beliau merupakan saudagar atau pedagang kain sutera yang terkenal di Thailand dan juga seorang jutawan terkenal di Asia.


Jim merupakan saudagar tekstil dan sutera yang berjaya membangunkan dan mempopularkan semula industri ini di Thailand dengan menubuhkan Thai Silk Company pada tahun 1947 dan masih sehingga kini mendapat sanjungan diatas usahanya itu. 


Untuk mengelilingi kawasan ladang ini, perkhidmatan tram di sediakan secara percuma kepada pengunjung. Terdapat 5 hentian di sini:


1. Fields of Cosmos & Organic Vegetable Garden

2. Pumpkins Patch & Flower Labyrinth 

3. Isan Village

4. Jim Thompson Village

5. Jim Thompson Market




Bunga kosmos yang sangat cantik! 



Terdapat juga ladang bunga matahari yang saujana mata memandang di Jim Thompson Farm ini!


Jadi, jika anda ke Bangkok, jalan lupa untuk singgah ke Khao Yai! Dalam next entry, aku akan cerita dengan lebih lanjut tentang penginapan, kos perbelanjaan dan macam mana cara nak ke semua tempat ni dengan lebih terperinci. 





Till then, Sawaddeeka....








Comments

  1. Salam, boleh x sy minta full itinerary utk prjalanan ke cni?... Sy naik flight AA akn trun ke don muang airport. Planning mmg nk ke cni cuma xtau nk mula dr mne n stay mne serta bajet skli😂 Email:zaheda300@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis,sis nak pergi bila jom la sekali kami bulan 10 nak pergi

      Delete
  2. Salam boleh miss share intinery plus cara nak jalan ke sana? Guna private tour berpakej or guna public transport?

    Terima kasih😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy xde proper itienary pun. Byk main redah juga. Pakai public transport.. Tp boleh baca day by day yg sy tulis start dri bangkok smpi khao yai

      Delete
  3. salam , boleh tak minta itnary? saya nak pergi tahun depan bulan 4, nak tahu transportion nak ke sana, plan saya nak naik train

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy xde proper itienary pun. Byk main redah juga. Pakai public transport.. Tp boleh baca day by day yg sy tulis start dri bangkok smpi khao yai

      Delete
  4. salam u all sewa kereta n drive sndri ke? ok x jalan raya dr bangkok ke khao yai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sewa kereta dgn driver. Jalan dia ok je boleh waze

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat